Relaxation.. Assalamualaikum.. same macam tajuk entri, genap tiga minggu aku dekat tempat keje baru. So, satu kelainan environment tempat keje baru yang aku rase berlainan dengan tempat keje aku yang sebelum ni.. iaitu reaksi rilek bos aku bile berdepan dengan tender dan proposal yang memang urgent tak ingat. Memang first time aku keje dengan satu company yang ade tender nak kene submit dan urgent gile, tapi bos wat macam nothing happen dan buat keje macam bese je. Tak rush langsung. Speechless aku kejap.
Cite detail macam ni. Actually kalau nak di ikutkan aku ade satu proposal yang perlu aku submit hari isnin ni dan memang aku kelam kabut prepare dokumen yang diperlukan. Tambah lak aku baru lagi dekat tempat keje baru, so banyak lagi yang aku tak tau. Proposal tu pulak ikut tarikh asal sepatutnye kne submit ari selasa hari tu (19 mac 2013) so disebabkan memang tak logik r dokumen yang baru sampai seminggu yang lepas nak dihantar dalam tempoh mase seminggu. (Drama tipu orang boleh r wat macam tu)
So, lepas hantar emel bagai dapat r extension untuk submit sampai hari isnin depan. Tapi still aku kelam kabut sebab first, banyak dokumen yang kne submit dan yang kedua pulak, memang aku still takde full idea pasal proposal yang aku kne prepare. Standard r kan, bende baru bagi aku. Memang kne amek time jugak untuk betul betul faham. Tapi macam bese, salah satu step dalam preparation proposal ialah submit schedule of rate dan spec berkaitan dekat beberapa supplier untuk dapat price dan quotation certain items..
Sebab aku pun baru lagi, aku just follow arahan bos aku untuk submit sume tu dekat beberapa supplier yang die mention. Aku rase sesape yang keje macam aku akan tau ape situation yang mungkin jadi sebaik sahaja selesai submit sume dokumen berkaitan dekat supplier kan? Percentage untuk supplier tu kembali dengan price dalam mase yang aku tetapkan memang tipis sangat.. dan memang bende yang same turut terjadi dalam penyediaan proposal yang ni. Memang bagi aku cukup menguji kesabaran betul.. +___+
Salah satu dari supplier call aku sehari sebelum tarikh yang aku tetapkan untuk bagi price dekat company aku dan cakap yang dorang tak boleh nak quote sebab takde kefahaman yang cukup. Memang sabar je r aku. Kalau betul tak boleh nak quote, patut nye awal awal dah bagitau aku bukan sehari sebelum tarikh yang aku bagi tu.. Grr.. Lepas tu aku try call supplier yang kedua untuk tanye dorang nye progress pulak. Supplier kedua ni lagi r bagi aku rase nak maki orang je. Tapi terpakse gak aku gelak hipokrit kejap dalam fon tu.. -__-
Boleh pulak, sebaik je aku call dan tanye progress, jawapan yang aku dapat dari supplier tu, fail aku send tak boleh bukak dan ade part yang dorang tak receive. Memang geram aku. Aku awal awal dah mention dokumen tu aku send dalam empat emel yang aku separate sebab saiz attachment besar sangat. So, patut nye kalau dah tau ade part yang dorang tak receive, cepat cepat r bagitau aku so boleh aku resend balik. Tapi boleh pulak lepas aku call tanye baru nak bagitau pasal tu. Rase macam nak tembak orang je.
Memang makin cuak r aku. Dateline dah dekat, price still tak dapat lagi.. cane nak complete kan proposal tu? Nasib baik salah satu supplier cakap yang dorang dah habis quote dan akan submit price dekat aku tapi semalam sampai pukul enam petang tak datang jugak price die. Makin stress aku. Cane nak buat ni? Tapi bile memikirkan kne submit hari isnin (even takde price lagi) aku call r bos dan tanye perlu ke datang keje sabtu ni? Bos rilek jawab " No need... Just relax and continue your work on monday.." (O.O) Camtu je?
Terus aku turun ofis, start kete, balik kampung.. Setel masalah!