Monday, March 10, 2014

Dangerous of Don't Want to Know


Dangerous of I don't want to know.. Assalamualaikum, alhamdullilah, masih ade sudi jenguk, komen blog aku yang buat mase ni memang bersawang r. Insyaallah, aku akan kembali menaip dengan aktif balik suatu hari nanti. Time kasih dekat kengkawan yang mengucapkan takziah dan simpati dengan ujian yang menimpa aku tahun lepas. Jangan risau, insyallah aku dah makin ok cume part dahi kiri ni memang scar die kekal sampai bile bile r. Means, jatuh r saham aku.. =P

Sebenarnya banyak yang aku belajar dari peristiwa yang happen kat aku hujung tahun lepas tu. Antara yang paling penting bagi aku, aku mula faham sangat bahaya sebenarnya someone yang tak tahu or tak nak ambil tahu something yang die rase tak kan happen kat diri die sendiri. Sebabnye, once something tu happen kat diri sendiri banyak benefit yang ko boleh dapat akan lost macam tu je disebabkan sifat “I don’t want to know” tu. Amek contoh terdekat, aku sendiri..

Fallen Incident:

Insiden jatuh dengan teruk aku tu menyebabkan tangan kne plaster so memang harapan r nak wat keje yang memerlukan aku depan komputer tu. So, lepas dapat rawatan sume, dr telah bagi aku medical certificate atau bahase manje nye mc selama lebih kurang sebulan untuk betul betul recover. Tapi mc yang company bagi cuma 14 hari setahun and baki mc aku time tu dalam 8 hari je. Tambah baki annual leave pun takleh cover sebulan cuti. Means? Unpaid leave! +__+

Tapi ape yang aku dan maybe 90% orang tak tau, setiap company provide 2 jenis mc. Satu is outpatient leave which means normal mc bese dr bagi in case deman, tak sihat (ofis aku allowed 14 hari setahun) Satu lagi ialah inpatient leave. Inpatient leave ni satu lagi mc yang korang boleh dapat dengan syarat korang pilih untuk masuk wad. Benefit inpatient leave ni, lagi lame duration mc yang korang boleh dapat. Macam ofis aku bile cek ade provide 2 bulan inpatient leave.. (0.0)!

Cara untuk entitle inpatient leave cukup simple. Korang just perlu mintak dr (bese nye dekat hospital swasta) untuk masuk dalam wad at least sehari dan dari situ korang dah dapat total inpatient leave yang company provide. Senang cite, kalau tau bende ni awal.. jumlah mc aku boleh dapat ialah 2  bulan inpatient leave + 8 baki mc aku tahun ni = 68 hari cuti tapi gaji sepanjang cuti tu still berjalan macam bese. Means, 2 bulan gaji masuk sambil goyang kaki kat umah weh! 

Mungkin ade yang argue cakap kos nak masuk wad dekat hospital swasta ni agak mahal. Aku tak nafikan tapi tu bukan masalah sebab aku yakin kebanyakan company ade provide insurans cover untuk employee die (Kalau takde, advice aku cari keje tempat lain) Company aku pun turut cover insurans untuk pekerja die and aku baru tau jumlah yang company cover lepas insiden tu (Nampak tak bape banyak aku lost kat situ?) Tapi hikmah di sebalik kejadian.. sekarang aku dah tau.. =)

Tapi, bende aku share ni jangan salah guna pulak. Contoh, macam korang jatuh then seminggu lepas tu boleh baik tapi sebab nak cuti lame korang discuss dengan dr untuk masuk wad dan entitle inpatient leave, dapat cuti lame.. (-_-“) Memang company tak leh halang korang wat camtu tapi kalau hujung tahun tak dapat bonus jangan serang aku r ye.. =P Tujuan aku share ni so that mereka yang betul betul perlukan rehat lame tau ade cara nye tanpa risau gaji kne potong.

Breakdown Incident

Baru nak hepi mengenangkan lagi dua hari appointment dengan dr untuk cek keretakan tangan dan remove plaster, hikari pulak boleh breakdown.. T__T Menangis aku rase nye. Memang mase tu aku tak boleh nak pikir ape ape langsung. So aku biar je sesape yang boleh carrier hikari untuk bawak hikari ni pergi bengkel kete yang terdekat dengan umah aku. Lepas tu buat r ape yang rase perlu buat janji hikari aku boleh berfungsi balik.. @.@

Satu bende yang aku tak pernah tau secara detail ialah hikari yang aku beli tu ade 100% warranty means dari tayar ke interior ke exterior ke enjin ke handling, aku leh pergi ke service centre dan technician dekat sane akan buat ape ape yang patut dan make sure hikari or kete kete yang same brand dengan hikari function dengan baik balik dan ape yang lebih best, sume tu akan dilakukan dengan percuma! Atau bahase feveret orang ramai, for free!

Tapi of coz everything kat dunia ni ade terms and conditions die. So, untuk kete macam hikari term die cukup simple. First, tarikh beli dengan tarikh breakdown tak exceed 3 tahun atau pun bersamaan dengan 100 000 km jarak perjalanan. Term ni memang aku qualify sebab aku gune hikari tu tak sampai setahun pun lagi and memang aku sendiri pun pelik, cane hikari leh breakdown just 2 weeks after aku tak drive hikari? Simple answer. Ujian Tuhan.

Tapi aku dah langgar second term dengan biar bengkel luar handle hikari dulu. Lebih worst, bengkel luar bukak enjin hikari. Memang at that time, warranty aku tak valid dah. Member ofis suggest aku biar je bengkel luar setelkan. Tapi lepas aku pikir aku decide untuk hantar ke centre even aku kne bayar sendiri kos repair yang kalau aku add up few hundred, aku dapat deposit 1 hikari lagi.. T__T Reason aku mudah, aku nak balik warranty aku yang hilang tu.

Memang tu je cara yang ade. Kalau aku biar bengkel luar setelkan, aku akan lost warranty dan service free 60k aku forever and aku rase lagi banyak aku dah lost kat situ. Tapi once aku hantar hikari untuk centre setelkan, aku leh continue balik warranty untuk hikari so next time, kalau di uji lagi macam ni, aku dah tau ape aku perlu buat is hantar hikari masuk centre dan sume problem akan disetelkan free of charge. So, bagi aku.. good decision isn’t it?

So kesimpulan nye, tu r sedikit cite yang aku nak share dengan korang sume. Boleh nampak kan dekat situ bahaye nye sifat “I don’t want to know” tu. Aku kne spend few thousand disebabkan sifat tu sedangkan kalau aku tau hak yang aku ade dan ape aku boleh dapat, aku tak perlu kuar satu sen pun. Next time aku akan share dengan korang cane aku dibantu leh manager hr aku untuk buat tuntutan socso. Sekian dari aku untuk kali ni. Assalamualaikum.

Note: Sesame berdoa agar MH370 kembali dengan selamat.. amin.. =)

13 comments:

dear anies said...

syafakallah...

Kira Sakura said...

setiap kejadian berhikmah

dan inilah hikmahnya. dan lepas nie insyaAllah tak buat lagi dah kan.

good info untuk ko sendiri dan orang lain. lepas nie kena rajin research pasal diri sendiri dan sekeliling la hihihihi :p

aizamia3 said...

bagus untuk mereka yang baru nak bertapak dalam alam pekerjaan.. perkara yang rasa tak perlu amik tahu tapi sebenarnya itulah yang paling penting bila berlaku musibah pada diri.

Belog Budak Steady said...

Moga cepat sembuh

Anonymous said...

setiap dugaan tanda ALlah sayang dan mahu kita lebih dekat padanyer... mudah2an semua dh back to normal yer.. & terus doakan MH370 juga

czueka zulaikha said...

aku doakan kau cepat sihat... kesian nya...papepun thanks sharing... bertambah jgk la ilmu aku ni hehe...

*get well soon* and *pray for MH370*

Zubaidah said...

WEYH, MOGA KO CEPAT SEMBUH. biasa la tu, byk benda berlaku bukan mcm yg kite expect and sometimes disebabkan sikap ignorance yg ada dalam diri kita. tapi kena yakin semua benda ada hikmah. baru aku taw kalo kat tempat kerja ada 2 jenis mc. hrmmmmm

Unknown said...

salam bro...lama aku tak datang sini
aku baru tahu condition kau..
Alhamdulilah lah kau selamat bro..
patah sikit je ek? hihi :P
tapi betul gak apa kau cakap bro..
kadang2 sebab sikap ignorance ni boleh sebabkan banyak kesan buruk kan..aku pun kena dah.. T.T

Unknown said...

lamaaa jugak tak menjenguk ke sini ;)

Lieza Nordin said...

lai ingat dah update sal fixi..ahaha..

Lieza Nordin said...

lai ingat dah update sal fixi..ahaha..

CikTeddyCorner said...

Tengah baca ni dalam hati pun ikut sekali 'weh banyaknya lost'.haha btw InsyaAllah moga cepat sembuh ye KR! Selamat tahun baru =)

Camy Alya said...

almost one year last post haha

well kay are how are you?
aku masih ada

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates