Tuesday, August 11, 2015

Farewell Kamen Rider Orga..


Farewell kamen rider orga.. Assalamualaikum. Untuk kali ini, aku nak cerita sikit pasal kamen rider yang tak pernah muncul dekat mana mana siri kamen rider, tapi cuma ada dalam movie. Bahasa popular untuk kamen rider yang seumpama ini dipanggil movie exclusive kamen rider, atau dalam bahasa melayu kamen rider eksklusif untuk movie je, dekat series memang takde. Sebelum aku lebih spesifikkan tentang movie exclusive kamen rider yang aku nak cerita, biar aku briefly terangkan ape yang dimaksudkan dengan movie exclusive kamen rider.

Seperti yang aku taip dekat atas tadi, movie exclusive kamen rider ni merupakan satu term yang diberi kepada kamen rider yang dicipta khas untuk tambah konflik dalam setiap movie kamen rider. Biasanya movie exclusive kamen rider ni semuanya evil dan akan jadi final villain yang kamen rider season tersebut akan fight dekat akhir movie. Aku pada awalnya memang suka dengan design movie exclusive kamen rider ni. Tapi selepas dilambakkan dan design pulak makin lama makin pelik (contoh macam Core dengan Poseidon) aku mula rasa tak best!


Movie exclusive kamen rider, orga!

Takpe, design pelik kita abaikan. Aku nak fokus dekat salah satu dari movie exclusive kamen rider yang aku suka, orga. Orga ni merupakan rider dan jugak final villain kot? yang hanya muncul dalam movie kamen rider 555 yang berjudul paradise lost. Aku yakin mereka yang betul betul follow kamen rider 555 mesti tau akan movie tersebut? Ape, korang ingat kamen rider takde movie? Memang silap sangat tu. Orga ni muncul hasil alternate ending kamen rider 555 dalam paradise lost compare dengan ending series kamen rider 555 yang asal.

Dalam series kamen rider 555, yuji kiba dan kawan die, yuka dan kaito hidup sampai ke penamat. Tapi, berbeza dalam movie dimana kaito dan yuka kena makan hidup hidup dengan raksasa depan die. Tambah buat yuji kiba ni bengang bila rase dikhianti salah sorang rakan die, mari padahal yang depan die tu bukan mari sebaliknya smart girl yang menyamar sebagai mari. Nak balas dendam nye pasal, yuji kiba akhirnya setuju jadi salah sorang tentera orpenoch dan transform jadi orga. Tapi lepas tau the truth, die sacrifice diri die untuk selamatkan mari.


Favourite scene.. RIP izumi masayuki.

Tengok tajuk entri pun lain macam kan? Memang pun. aku saja fokus dekat orga berbanding movie exclusive kamen rider yang lain lepas dapat tau pelakon watak tu dah meninggal. Izumi masayuki yang berlakon sebagai yuji kiba, horse orpenoch dan seterusnya jadi kamen rider orga telah meninggal dunia pada umur 35 tahun. Memang bila aku baca info tu macam tak percaya. Aku respek lakonan izumi ni dalam series tu, sorang orphenoch yang pilih untuk protect manusia. Twist dalam movie tu pun memang nampak villain gile. Ape pun RIP orga.

3 comments:

Unknown said...

assalamualaikum, hai bro...lama tak jenguk sini..
btw, sejujurnya aku blur tahap maksimum bilaaa baca entry kau ni
aku bukan lah peminat kamen rider tp takdelah pulak aku tak suka
cerita2 fiksyen jepun nii.. cuma bagi cerita ni, seyes aku lost..
heeeee..peace sikit.. tu je komen aku even takde kena mengena dgn entry ko..

Kira Sakura said...

aritu kata kat aku tak habis2 dengan GA
ko pun tak habis2 dgn menatang kamer rider ni, padahal dah tua
dah ada anak angkat pun!!!!
wahahahahahaha :p

https://modrnmumthingy.com said...

wah .... kamen rider orga nih memang femes dulu kan .. teringalah pulak zmn dulu zmn muda-muda

https://modernmumthingy.com

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates