Pledge contract between us.. (Tajuk amek guna google translate =P Assalamualaikum dekat readers aku sekalian. Lame dah tak cite pasal novel so aku cite pasal novel pulak r ari ni ye? Actually, novel ni aku dah habis bace dalam dua minggu lepas lagi, cuma nya aku macam takde mood pulak nak cite pasal novel ni. Tak jumpe time yang sesuai. Tapi, memandangkan ari ni macam tak bape nak ade cite, aku rase sesuai sangat r kot aku cite pasal novel yang aku bace tu ari ni kan? Tambah lak aku memang suke taip entri rilek je bila tibe ari jumaat ni.. =)
Seperti biase, novel ni aku dapat dari kakak aku yang tibe tibe baik hati (Sampai aku pun jadi agak pelik =P bagitau ade novel yang baru die beli. Kakak aku ni siap bagi aku hold lagi novel baru tu untuk aku bawak balik umah sewa aku. So, macam pepatah melayu.. novel akak hulurkan, tangan aku tadahkan. Memang aku time je r novel tu dengan hati yang suci, murni lagi ikhlas dari hati.. =P Mula mula memang aku biar je novel tu tanpa dibaca. Tapi suatu malam yang bosan buat aku bukak novel tu dan terus aku rase nak bace novel tu sampai habis.
Sedikit jalan cerita novel tu boleh bace dekat bawah ye =)
Cerita dalam novel ni berkisarkan mengenai sakinah, anak kepada pasangan keluarga yang miskin. Kemiskinan yang dihadapi keluarga sakinah ni memang kritikal sehingga memaksa sakinah untuk berhenti belajar. Namun begitu, dalam hati sakinah.. dia masih menyimpan niat untuk menyambung semula pelajaran nya suatu hari nanti. Kedatangan kenalan lama emaknye semasa mereka masih muda dulu telah membuka sedikit ruang untuk sakinah belajar semula. Namun begitu, sakinah rasa amat terkejut apabila diminta oleh kenalan emaknya itu untuk..
Amar rafiq, anak seorang kaya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Namun begitu, entah dimana silapnye.. rumah tangga amar rafiq tidak dapat dipertahankan. Perginya isteri amar rafiq mengikut lelaki lain menyebabkan amar rafiq benci dengan makhluk bernama wanita. Hilang terus kepercayaan amar rafiq terhadap mana mana wanita yang dikenalinya. Bagi amar rafiq, semua wanita sama sahaja sifat dengan bekas isterinya. Kebencian amar rafiq terhadap wanita semakin bertambah apabila..
Rudi, seorang "budak main" yang gemar bertukar teman wanita. Dengan status kewangan yang kukuh, tak hairan ramai wanita terpikat padanya. Perangai buaya rudi bermula sejak die belajar lagi. Semuanya kerana rudi telah menyambung pengajian di luar negara. Namun begitu, disebalik perangai buaya rudi, sebenar nya rudi merupakan seorang kawan yang sangat baik.. cuma tersasar dengan pengaruh barat mase belajar dulu. Tapi, secara perlahan rudi mula mengubah cara hidup nya yang terlebih sosial itu apabila rudi secara tak sengaja terjumpa..
Maria yang pergi membawa diri jauh dari rakan rakan nya akhirnya pulang semula ke tanah air. Pergi nya maria jauh dari negara sendiri disebabkan cintanya tidak berbalas, dimana lelaki yang dicintainya memilih untuk berkahwin dengan wanita lain yang juga merupakan seorang kenalan nya. Namun cinta maria terhadap lelaki tersebut tidak pernah padam. Maria berasa amat terkejut apabila mendengar cerita rumah tangga lelaki yang dicintai nya itu telah retak akibat kecurangan isterinya. Namun, maria rasa lebih terkejut bila mendapat tahu..
Kontrak janji setia antara kita.. panjang nye tajuk novel.. @.@
Aku rase novel ni baru lagi sebab bila cek tahun percetakan pertama (Kalau tak silap aku) ialah pada 2012. Kire baru tahun ni r novel atas tu exist kan? Cite dalam novel ni bagi aku takde r memeningkan kepala pun sebab plot cite memang agak direct. Aku tak suka sangat dengan heroin novel yang bagi aku terlalu baik dengan hero yang awal awalnye memang perangai tak boleh blah. Ape pun, secara overall nye, aku rase novel ni boleh dijadikan bacaan santai untuk sesape nak novel yang jalan cite sweet tapi takde r sweet tahap jiwang terlebih tu. Sekian. Salam.. =)
Note: Chocolate, Vanilla dengan Cappuccino makin "malas" nampaknye.. err.. +__+