Two different places.. Assalamualaikum readers (bace style upin ipin ok? =P 6 hari bulan baru nak wat first entri bulan disember. Terbaik!! =__= Actually aku memang bizi sampai hujung minggu ni sebab ade tender yang aku kne submit hujung minggu ni. Banyak blog kengkawan aku tak singgah atas kebizian tersebut. Sori nanti aku terjah balik ye? (Mintak simpati) Sebenarnye ade sedikit kekonfiusan mengenai tender tersebut yang wat aku jadi kelam kabut. Tapi wat mase ni malas nak cite pasal kekonfiusan tu. Kalau ade yang nak tau baru aku cite boleh? =) Aku patut taip entri ni semalam tapi sebab agak bizi aku drag satu ari. Ape pun, selamat membaca entri aku tak pasti betul ke tak ni ye? =P
Note: Entri ni aku taip berdasarkan imaginasi aku sahaja. Harap maklum.
Di sebuah tempat di negeri perak, tanggal 13 disember tahun 1960, seorang bayi perempuan telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Namun begitu bayi tersebut telah mendapat didikan yang sempurna dari kedua orang tua nya. Semasa zaman persekolahan, kehidupan keluarganya sangat susah. Belanja yang diperoleh setiap hari tak sampai 50 sen pun. Kalau tak silap, setiap ari.. duit belanja yang diterima hanya 20 sen sahaja. Tapi dia tetap tabah dan redha dengan kesusahan keluarga dia. Pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran tapi mengenangkan kesusahan keluarga, dia merahsiakan hal itu namun akhirnya dimarah kerana menyembunyikan perkara tersebut.
Di sebuah tempat lain yang juga terletak di negeri perak, seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan pada tarikh 25 oktober tahun 1958. Bayi lelaki ini merupakan anak bongsu kepada sebuah keluarga yang hidup dengan bertani serta bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan keluarga dia. Hal itu menyebabkan bayi lelaki itu membesar menjadi seorang yang pandai berdikari dan cepat matang. Malah, lebih matang daripada abang yang dilahirkan sebelum dia lagi. Pernah diceritakan, dia pernah membawa basikal ke sekolah yang terletak beberapa belas kilometer sambil membonceng abangnya yang tak larat nak mengayuh basikal sendiri. Boo ramai ramai to that kind of abang.. Malu weh! =P
Masa berlalu dan kedua dua mereka membesar menjadi seorang pemuda dan seorang wanita. Bayi lelaki tadi telah mendapat pekerjaan di sebuah tempat di negeri perak. Takdir menentukan tempat itu sangat dekat dengan tempat tinggal bayi perempuan tersebut. Di pendekkan cerita, mereka telah berjumpa antara satu sama lain. Bagaimana cara mereka berjumpa, tak dapat aku nak ceritakan sebab aku pun tak tau =P Nak tanye macam pelik sebab tak pernah aku nak tau pasal tu pun sebelum ni =P Tapi dari maklumat yang aku dapat dan boleh dipercayai, keluarga bayi perempuan tersebut sangat suka dengan attitude bayi lelaki tadi dan berhasrat menjadikan dia seorang menantu dalam keluarga mereka.
Selepas dipermudahkan semua urusan antara kedua dua belah famili, satu perkahwinan telah diaturkan untuk merapatkan lagi hubungan antara mereka. Akhirnya pada tarikh 5 Disember (Tak silap aku r) tahun yang aku pun tak tau bila, bayi lelaki dan bayi perempuan tersebut telah selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami dan isteri dalam satu majlis yang aku rase mesti meriah kan? Standard r majlis kawin kot.. =P Sepanjang perkahwinan mereka, mereka telah dianugerahkan tiga orang puteri, seorang putera dan seorang putera yang memang cool, baik ati, berhemah tinggi lagi sopan santun =P. Sehingga kini, mereka masih lagi pasangan suami isteri even kadang kadang ade perang gak.. Err.. +__+
Ape pun, dekat sini.. saya selaku seorang putera yang memang cool, baik ati, berhemah tinggi lagi sopan santun yang dimention dekat atas tadi =P ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang saya pun tak tau keberapa.. T__T Ape pun, semoga hubungan ini kekal sampai syurga ye =) Actually, aku pun tak sure betul ke tarikh 5 disember tu tapi rase nye betul r kot. Aku harap jangan ade yang tanya kenapa cerita aku kali ni based on imaginasi je. Soalan mintak baling kasut tu.. =P Thinks outside box ok. Jangan jadi macam aku yang pernah suatu ketika dulu tanya kenapa mak abah kawin tak ajak saya? How innocent I am at that time. Sekarang bile ingat balik, baru terasa bodoh nye aku. -__-
Pakai baju micky tu putera cool, baik ati, hemah tinggi lagi sopan santun tadi =P
27 comments:
8 dis besday abah aku..
ok, komen takde kaitan..
bye..
omomomo omeyyynyeeee hang mase kecik ! haha . mase kecik je okey ;p
cute nyaaa !!! geram aku nak cubit budak tu.. haishhh.. comel la wehh....
bila pulak aku nak baca kisah anniversary ko ni ?
Ehhh, ada iras cina lah u time kecik
selamat hari ulangtahun perkahwinan buat mereka berdua.:)
Perasannya putera tersebut. Disebabkan terlalu perasan, aku telah menyumpah putera tersebut jadi mesin basuh. Bolehlah jual kat kedai nanti.hehe :P
comey la. :D
base on imagination.. hehe...
OE pun tak pernah tahu bila ibu dengan ayah OE kahwin sebab diorang pun tak ingat.. hehe... ^^
kecik2 ko comel
bile besar err tinggi galah haha
hehe. selamat ulang tahun perkhwinan untuk parents hang bro. ko ke putera tu? hehe
selamat hr ulangtahun buat mereka...
hehehe, nak ckp mse kecik ko suka micky mouse kan..ahahahah...
tinggi sgt angkat bakul tuu..
wak pon besday 5 disember semalam yee.. ehHHee
saya tak pernah tanya kenapa mak abah x ajak masa kawen dulu...tp bila nak bergambar dengan abah, abah x nak, then abah cakap...dulu abah nikah x mo amik gambar...ggrrrrrrrrrrr!!!!
ala tomey2..bkn ko yg tomey tp mak pak hang.
weyh, aku prnh ckp bnde bodoh kat kak aku mse kecik2.
kakak : letih jugak mengandung ni.
aku : tulah, sape suh kawen??!
kne marah ngan abah. demn!
imaginasi ckup tinggi . selamat ulang tahun untuk mereka berdua . tapi statement last tu mmg takleh belah . masuk bakul angkat sendiri -..- haha
hahaha...memang ngang" tol lah soalan tu. how come u ? -,-" haha. msa tu kan u lom lahir lagi. neyyy
okay, seronok sngt baca pasal ni. :D congrat for ur mum and dad and yeah, happy aniversary. u jadi budak baik okeh. hahahaha..
Hish comelnya budak yg pakai baju mickey mouse tu! He..he...
alaaaa sweetnye....hepi aniversary u8ntie n uncle......tomeinye dak pkei bju mikey tu...
PSSS...rietta pown dpt taw sebab kazen mohon...club tu join ikut outing...bleh check kat web...
untong laaa dilahirkn sbg putera y cool, baik hati, hemah tinggi dan sopan santun..kn..hew2..~
kata mak,"sejuk perut mak...~~"..^^
btw,nice story..~selamat ulg thn perkhwinan utk mereka ye..xD
selamat ulangtahun perkahwinan buat mak ayah putera yang cool tu.. :p
selamat ulang tahun yea untuk dua2 nya kalau betul.. kalau salah pun selamat jugak yea..
putera pakai mickey mouse tu sama ke muka sampai ke besar?? *thinking..
aku tanya je mak, ayah aku macam mana kenal.. macam mana kawin.. sampai mcm mana dpt kakak pun aku tanya.. =P
perangai ko sama dgn anak sedara aku masa kecik..
"kenapa ayong takda masa ibu kawin?"
ahhh siyess..sya tak suka kalo ade tender nk kne hntar.. mesti nk buka fb kejap pun tak boleh
wah sukanyer dgn pic lama tu
Selamat annibersery untuk Pakcik dan Makcik! Hehehe. Muga kekal bahagia hingga ke syurga. Dan diharapnya, bersabarlah ngan karenah putera Pakcik dan Makcik yg tersangat perasan cool tu. Saya tau, Pakcik dan Makcik mesti dah lama takleh blah ngan perangai tak matang dea kannn? :P
selamat ulangtahun perkahwinan pakcik dan makcik! :)
semoga kekal ke syurga hendaknya.
(baru baca entry ni)
selamat hari ulangtahun perkahwinan buat makcik dan pakcik.. moga sentiasa di bawah lindunganNYA dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)
muntah aku baca tang cool tue. hahahahahahaha
sama mcm anak sedara aku. tgk gmbr kawen mak ayah dia. mengamok pasal takde dia dlm gambo tue. sama la mcm ko kan. stended la budak bijak mmg suka tnye soklan luar kotak kan? kihkihkih :p
hahaha best betul imaginasi si kay ni.
wkwkw gelak guling2..haha
memang tersangat cool...
unsur riya' = KR :D
hehe..mohon jngn tacinggggg..haha
stndard la soalan masa kecik, :) spontan n unexpected. :D
Post a Comment