Friday, December 28, 2012

Pledge Contract Between Us..


Pledge contract between us.. (Tajuk amek guna google translate =P Assalamualaikum dekat readers aku sekalian. Lame dah tak cite pasal novel so aku cite pasal novel pulak r ari ni ye? Actually, novel ni aku dah habis bace dalam dua minggu lepas lagi, cuma nya aku macam takde mood pulak nak cite pasal novel ni. Tak jumpe time yang sesuai. Tapi, memandangkan ari ni macam tak bape nak ade cite, aku rase sesuai sangat r kot aku cite pasal novel yang aku bace tu ari ni kan? Tambah lak aku memang suke taip entri rilek je bila tibe ari jumaat ni.. =)

Seperti biase, novel ni aku dapat dari kakak aku yang tibe tibe baik hati (Sampai aku pun jadi agak pelik =P  bagitau ade novel yang baru die beli. Kakak aku ni siap bagi aku hold lagi novel baru tu untuk aku bawak balik umah sewa aku. So, macam pepatah melayu.. novel akak hulurkan, tangan aku tadahkan. Memang aku time je r novel tu dengan hati yang suci, murni lagi ikhlas dari hati.. =P Mula mula memang aku biar je novel tu tanpa dibaca. Tapi suatu malam yang bosan buat aku bukak novel tu dan terus aku rase nak bace novel tu sampai habis.

Sedikit jalan cerita novel tu boleh bace dekat bawah ye =)

Cerita dalam novel ni berkisarkan mengenai sakinah, anak kepada pasangan keluarga yang miskin. Kemiskinan yang dihadapi keluarga sakinah ni memang kritikal sehingga memaksa sakinah untuk berhenti belajar. Namun begitu, dalam hati sakinah.. dia masih menyimpan niat untuk menyambung semula pelajaran nya suatu hari nanti. Kedatangan kenalan lama emaknye semasa mereka masih muda dulu telah membuka sedikit ruang untuk sakinah belajar semula. Namun begitu, sakinah rasa amat terkejut apabila diminta oleh kenalan emaknya itu untuk..

Amar rafiq, anak seorang kaya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Namun begitu, entah dimana silapnye.. rumah tangga amar rafiq tidak dapat dipertahankan. Perginya isteri amar rafiq mengikut lelaki lain menyebabkan amar rafiq benci dengan makhluk bernama wanita. Hilang terus kepercayaan amar rafiq terhadap mana mana wanita yang dikenalinya. Bagi amar rafiq, semua wanita sama sahaja sifat dengan bekas isterinya. Kebencian amar rafiq terhadap wanita semakin bertambah apabila..

Rudi, seorang "budak main" yang gemar bertukar teman wanita. Dengan status kewangan yang kukuh, tak hairan ramai wanita terpikat padanya. Perangai buaya rudi bermula sejak die belajar lagi. Semuanya kerana rudi telah menyambung pengajian di luar negara. Namun begitu, disebalik perangai buaya rudi, sebenar nya rudi merupakan seorang kawan yang sangat baik.. cuma tersasar dengan pengaruh barat mase belajar dulu. Tapi, secara perlahan rudi mula mengubah cara hidup nya yang terlebih sosial itu apabila rudi secara tak sengaja terjumpa..

Maria yang pergi membawa diri jauh dari rakan rakan nya akhirnya pulang semula ke tanah air. Pergi nya maria jauh dari negara sendiri disebabkan cintanya tidak berbalas, dimana lelaki yang dicintainya memilih untuk berkahwin dengan wanita lain yang juga merupakan seorang kenalan nya. Namun cinta maria terhadap lelaki tersebut tidak pernah padam. Maria berasa amat terkejut apabila mendengar cerita rumah tangga lelaki yang dicintai nya itu telah retak akibat kecurangan isterinya. Namun, maria rasa lebih terkejut bila mendapat tahu..


Kontrak janji setia antara kita.. panjang nye tajuk novel.. @.@

Aku rase novel ni baru lagi sebab bila cek tahun percetakan pertama (Kalau tak silap aku) ialah pada 2012. Kire baru tahun ni r novel atas tu exist kan? Cite dalam novel ni bagi aku takde r memeningkan kepala pun sebab plot cite memang agak direct. Aku tak suka sangat dengan heroin novel yang bagi aku terlalu baik dengan hero yang awal awalnye memang perangai tak boleh blah. Ape pun, secara overall nye, aku rase novel ni boleh dijadikan bacaan santai untuk sesape nak novel yang jalan cite sweet tapi takde r sweet tahap jiwang terlebih tu. Sekian. Salam.. =)

Note: Chocolate, Vanilla dengan Cappuccino makin "malas" nampaknye.. err.. +__+

32 comments:

Unknown said...

best giler novel ni..aku dah beli...aku suka part sakinah dgn amar je...aku byangkan amar hensem giler...hehheee

Payeh Kuced said...

aku rasa baru tadi aku nampak novel ni kat kedai.. alaa, rugi tak beli.. aku dok tgh ralit ngan novel online skang ni.. heee...

Admin said...

bunyi macam best :D

Zehan Ilyana said...

baguslah kau ni...rajin membaca..hihi..
aku dah lama tak baca novel2 gini..adeih..

Unknown said...

best lah cerita dia, rasa macam nak beli. wa suka baca novel woo. hohoho. eh eh, engko baca novel juga erk. erm erm , jarang jarang jumpa lelaki yang baca novel, yg aku kenal suka baca nvel abg aku sorang saja kot, kau lah org kedua hahaha

نورعيم said...

sakinah tu blh belajar blk tp kenakawen dgn anak dia kan? tak pn kena jaga ank kepada amat rafiq tu. eh awl2 lg dah dpt teka.

amar tu tambah benci kat pmpuan bila parent dia paksa dia kawen dgn sakinah.

si rudi plak berubah bila jmpa sakinah yg ala2 perempuan melayu terakhir tu kan.

maria pulak kononnya kembali ada harapn nak kawn dgn amar tu tp kesudahannya amar tu dh kawen. tambah frust dia.

semua betul kan? hihi.

haha tipikal novel melayu mcmni la.

Gdsbnga said...

Kata dh habis baca awat cite takat tuuu jeee ? Kauu ni tk syok ah gini . Aku tk baca novel gini so mmg kau tk kn spoil kan aku pung . Hehe . Tp kau akan spoil kan mood org yg excited nak baca . Aku kalau baca novel melayu yg jiwanggg ah aku suka , tp bila part novel tu dijadikan filem/drama aku rasa meremang bulu roma smpi part jiwang tuu . Rasa malu pun ada . Tk sweet pun wei . Siyes . Tp klu korea ke jepun ke aku rasa sweettnyeee omeyyynyeee tk geli pun . Tang melayu eyuw eyuw je aku geli . Hahahahaha

faa_razak said...

1. kemain tajuk translate gi BI =p
2. "novel akak hulurkan, tangan aku tadahkan" ni first time jumpa pepatah melayu gini . suka hati je kan . haha
3. novel ni macam menarik je kan . apa kata bagi hadiah untuk birthday syifa nanti . HAHA .

Zubaidah said...

ko mmg cm google translate la. aku berkenan la ngan cover dye. lain dri yg laen. dri sinopsis ko nie, citer nie cam serious and byk konflik je. nie terbitan ape nie?

Unknown said...

gempak ,nk kene rembat novel nih..

misz aisya said...

perghhh sinopsis dy kemain!

aku cerewet nak beli novel tau. sbb bnyk kali trkena, cover lawa, sinopsis mcm best tp isi dalam..kureng :(



so, aku nk try novel ni. tenkiu.

Nadia Johari said...

dalam stu novel ade bnyk citer ke..?/

kindergartenlibrary said...

huwaaaa !! asal kr letak cmni !! hahaha

nelly dah lama x baca novel tau !
:P

Unknown said...

maaf anda adalah mangsa Tag aku . hihi :D

http://kamihardsman.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html

inche hlovate said...

minat bace novel ke? sya ade banyak novel..nak pinjam? hihi

ehh sorry baru prasan shasha pun tag you. tak kira sya nak tag juga

http://akupencintahlovate.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html

cinta siswi said...

haha.. sronok pak bace sinopsis yg pndek itu.. nk kena usha jgk ni..wee

pikir kool said...

novel cinta melayu slalunya libatkan variasi protagonis yang sama.

laki nakal/jahat jumpa pompuan baik.

akhirnya laki nakal berubah. yeay!

the end. abis cite. hehe bila la agaknya laki ni nak tukar jadi vampire atau werewolf?? baru bes skit baca.

Unknown said...

memang novel baru ni... aku belum baca lagi... beli pun tidak... tahun depanlah aku baca dan beli... insyaAllah...

Anonymous said...

ade gak orng suke bce novel eh..novel yng wajib dibce kat college un bce sinopsis je..hahaa

Anonymous said...

Ahaai.Jalan cerita yang sama.Mesti aku tidur sebelum habis baca ni.

najwa nano said...

susahnya nak cari lelaki suka baca novel..aku suka baca novel tapi aku tak suka beli sebab sekali aku baca habis pastu aku tak sentuh-sentuh dah.jadi aku pinjam je novel orang.hehe

ayat last skali tu ko nganjing aku ea kr?cepuk kang.haha

Badrina Ibtisam said...

Rajinnya baca novel.......
Cer baca 'Sayangku CASPER' pulak! ='D

Hansyirah Takezur said...

serius rindu nak ada masa senang2. sekarang mengadap buku subjek jeee... aaaa....

eh, aku dah hapdet ok... bukan malas, banyak gila subjek kena hadam.. doakan aku ye.. :P

missha said...

serius dah lama tak baca novel.. errr..alngkan buku2 yg kena baca pun tak baca lagi..huk2

btw,, bukan malas... tapi2.. maklumat bertimbun nak kena hadam kot... :'( tsk..

*sah2 pas ni taklekh dok cappuccino lagi kan....* hoho..

er.. apsal dah mcm sesi luahan pulak ni =.='

aku HaniAsyira said...

cover dia cun lah.. malas nya nak beli novel ni.. bukan apa, income takda kan.

kheyla said...

skrg novel kt pasaran banyak jalan cerita yg same.. so agak boring..
hihi but its ok.. itulah yang org suke dari buku2 ilmiah yang lain..
am i right...??
owh yeah.. hepy new year.. semoga thun 2013 ni.. membuatkan kita semua lebih bersyukur dengan nikmat yang diberi.. insyaallah..

Liyaa Mf said...

Aku rasa novel ni macam different from others je. Cewwah! Perlu ek london? :P

Err maksud aku memang nampak laen dari yang laen. Cover dea, laen. Jalan cite pun aku rasa cam agak, agak r menarek. Tapi, tapi bila part last tu kau kata kau tak suka heroin dea yg terlalu baek, em aku mula cam tak suka gak. Hehehe. Aku memang cerewet part heroin. Tak suka yg baek sgt & tak suka yg konon2 keras sgt. Err taktau nak explain tp cerewet kan aku? #_#

Insyaallah, ada masa ada duet aku carik novel ni. Hihi

*Aku salah sorang yg maken malas. Aku exam. Sory. Bukan malas tp busy*

THE AUTHOR said...

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

محمد رازيق said...

aku tak sempat lagi beli novel ni bro. hehe. tp boleh try baca ni. btwselamat tahun baru 2013 bro :) selamat maju jya :)

walinong sari said...

aku, bukan kaki novel.



okay, aku blah.



heh.

Kira Sakura said...

satu yg aku malas baca novel cinta nie bila jalan citenya lebih kurang sama je. huwaaaaaa tue yg aku dh bosan nk baca novel tue.

kat note tue aku macam terperasan disitu adalah aku. kihkihkih :p

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates