Event yang dimaksudkan.. ^__^
Four Pi.. Assalamualaikum.. Rase lame sangat tak update pape. Bukan setakat tak update malah blog walking pun lame tak buat. Ikut hati nak update, blog walking selalu tapi wat mase ni memang tak mampu.. Sampai bile? Aku pun taktau.. Dekat rumah sewa pulak, internet memang takde so jangan r hairan nape asal malam je.. aku hilang dari dunia maya tu.. +__+ Ok takpe. Kepada readers yang masih sudi menerjah blog aku ni, hari ni aku nak cite mengenai 2p ke 2p = 4p
Awal bulan mac ari tu, sorang member sekolah rendah telah wat satu event yang dipanggil program percutian ke pulau perhentian atau 2p ke 2p atau 4p. Tujuan program untuk merapatkan balik hubungan antara bebudak sekolah rendah dulu. Sebab aku pun tak pernah jejak pulau tu lagi, memang aku klik join je r. Tambah lak cara pembayaran bagi aku tak membebankan. Boleh pilih sama ada bayar lump sum 530 atau bayar bulanan iaitu mac 150, april 200, mei 180. Bijak bijak..
Cara pembayaran tak membebankan.. sume boleh bayar.. =)
So, even waktu tu aku baru tukar keje dan dah habis banyak untuk deposit dan umah sewa baru.. still mampu lagi nak bayar harga program tu. At last, harga jadi lagi murah lepas kitorang decide untuk cut off harga bas.Tapi macam bese, program program macam ni.. sebelum dijalankan dengan jaye nye, mesti akan ade problem yang datang dulu. Untuk program ni, masalah kitorang hadapi ialah tiga orang tarik diri dekat nak last last minit. Memang menguji kesabaran betul.
Tapi ade problem.. ade solution. So, solution yang kitorang amek ialah cari orang yang boleh ganti mereka yang tarik diri. Memang agak susah sebab dah last minit tapi berjaya gak kitorang cari dua orang untuk ganti. Sorang lagi? Dah takde jalan lain.. kire burn je r. Pendek kan cite, seperti yang kitorang plan.. kitorang akan berkumpul ramai ramai dekat tempat yang ditetapkan dan bergerak same same dalam pukul 10 malam. Tapi kalau dah name nye melayu, plan pun melayu.. +__+
Muka mereka yang tak tido 9 jam ++..
Aku rase dah lambat sebab kuar umah dekat pukul 9 lebih memang terkejut r bile tengok.. sorang pun tak sampai lagi! Paling takleh time bile sorang member yang dok dekat area rumah aku tiba jam 11 malam.. memang jauh perjalanan ke tempat berkumpul tu rupenye ye.. -__- Dipendekkan cite, plan asal kitorang untuk bergerak pukul 10 malam akhirnye drag sampai pukul 12 malam. Lepas ni, program lain.. aku pun nak join datang lewat gak! (semangat baru =P)
Kalau waktu gerak lari, confirm r waktu tiba pun lari. Kitorang sampai sane dekat pukul 9 pagi. Lepas dah setel dengan urusan pembayaran yang agak amek mase, lepas tu urusan parking kete pulak.. akhirnye mase yang kitorang tunggu. Naik bot ke tempat yang dituju. Memang time tu penat drive dekat 9 jam tadi hilang macam tu je. Masing masing memang excited habis! Aku lagi r sebab tu r first time aku lalu negeri kelantan dan first time jejak kaki kat terengganu.
Memang cantik r pantai die! ^^
Pukulan ombak memang terbaik! Mase awal awal dalam bot tu masing masing agak cuak gak r. Mane tak nye, ombak boleh tahan kuat sampai melambung tinggi gak bot kitorang naik. Tapi lame lame enjoy pulak kitorang dalam tu. Brader yang conduct bot tu lagi terror. Siap buat aksi stunt lagi dalam tu. Kitorang just tengok je r. Nak tiru? Confirm jatuh dalam laut nye.. =P Lebih kurang sejam atas bot tu.. akhirnye kitorang selamat sampai dekat tempat yang kitorang tuju. Alhamdulillah.
Aktiviti start dalam pukul 2 petang. So, memang takde mase nak rehat pun. Tapi sebab excited, penat tu memang tak terase sangat r. So, petang tu kitorang telah bersnorkelling dekat beberapa check point. Mula mula memang aku takut gak r nak masuk dalam laut tu.. tambah kedalaman memang sangat dalam, so even dah pakai life jacket pun still takut takut lagi. Tapi bile tengok yang pompuan pun selamba terjun, memang aku pun terjun sekali r. Mane boleh tak terjun! Malu r =P
Sebelum snorkeling, posing dulu..=)
Tengok dalam laut.. memang tak tergambar dengan kata kata (ayat nak sastera ^^) Cantik sangat dalam tu! Coral, ikan sume nampak dekat depan mata je. Memang bagi aku pengalaman yang berharga r. Tambah lak first time aku bersnorkelling kan. Memang seronok sangat r. Tak silap aku, kitorang dapat pergi tiga checkpoint je ari tu disebabkan ombak yang tak bape nak mengizinkan. Balik chalet, mandi, makan, petik gitar jap lepas tu masing masing selamat masuk dreamland!
Esok, lepas sarapan dan main beach volleyball jap.. macam brader tu cakap.. die nak bawak kitorang dekat beberapa buah pulau. Aku lupe name pulau tu so pandai pandai cari sendiri.. ^^ Tapi, second day kat sane.. macam kawan aku bahan sampai ke hari ini.. aku telah "tewas" memang mabuk laut aku second day kat sane. Pelik sebab semalam ok je. X__X So, second day aku dalam bot je. Memang tak mampu nak watpe. Ape pun thanks dekat kengkawan yang memahami.
Antara coral yang dapat dikesan sebelum "tewas" +__+
Turun dari bot, sepantas panther aku balik chalet dan bumm! Dekat maghrib baru member kejutkan dan mase tu pun rase macam dah ok dari kemabukan laut tadi. Lepas dinner kitorang lepak ramai ramai sambil buat aktiviti sendiri. Sorang member rakam ucapan masing masing tapi bile tibe turn aku, ucapan tak dapat nak dirakam disebabkan memory yang dah full.. +__+ (ko saje nak kne kan aku ke ape ni am?) Esok pagi, lepas breakfast.. packing dan ready nak balik.
Lepas lunch, kitorang berpecah, yang stay terengganu pergi mane ntah so tinggal empat kete lagi. Sempat kitorang cari keropok lekor sebelum satu kete lagi gerak dulu sebab nak balik awal. Kitorang yang tak balik lagi singgah dekat pantai batu buruk. Aku follow je sebab tak pernah pergi kan. Kitorang gerak balik dekat pukul 7 malam tak silap aku dan selamat sampai umah dekat pukul 4 pagi. Penat tapi memang best r. Thanks kepada yang terlibat. Lain kali sile buat lagi ok! ^^
Next trip? Wait and see.. ^__^
Note: Atas rungutan ramai, aku tak blur gambar kali ini.. =P











