Tuesday, August 4, 2015

Here Come A Ghost Rider!


Here come a ghost rider! Assalamualaikum. Kamen rider masih belum menamatkan legasinye. Masih sama setiap tahun. Rider baru datang dan pergi. Seperti biasa, setiap kali cerita rider yang paling terkini menuju ke penamatnye, waktu itulah rumor tentang upcoming rider akan mula kedengaran. Pelbagai pendapat dan pelbagai cerita. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak. Siap ada yang post gambar rider palsu yang dikaburkan, kemudian sebarkan dekat peminat peminat kamen rider seantero dunia. Lebih detail akan aku ceritakan selepas ini. Tapi sebelum itu, selingan dulu kawan..

Selingan bertajuk.. Paling terkini itu namanya drive!

Lama kemain aku tak menaip apa apa dekat sini, means aku terlepas peluang untuk introduce kamen rider yang seterusnya selepas siri kamen rider gaim tamat. Mereka yang follow mungkin masih ingat tentang gaim. Kamen rider yang cipta sejarah dengan menggunakan buah buahan sebagai tema. Selepas siri gaim tamat, rider baru yang telah menggantikan gaim ialah sorang rider yang menggunakan kereta sebagai tema. Rider yang diberi nama drive ini menggunakan tayar dan kereta mini sebagai senjata utama. Setiap tayar mempunyai keistimewaan sendiri contohnya seperti tayar max flare yang boleh beri kuasa api kepada drive, justice hunter yang bagi drive kuasa untuk jail roidmude (raksasa dalam siri drive) mad doctor yang membolehkan drive heal diri die anytime, anywhere dan sebagainya. Aku nak cerita detail pasal drive tapi rasanya dah terlambat sebab siri ini cuma tinggal 8 episod je lagi untuk tamat. Jadi, bagi peminat kamen rider seperti aku boleh cek laman web macam wikipedia atau wikia untuk lebih detail pasal drive. Sekarang, aku nak move on ke next rider! ^^


Macam ni rupe kamen rider drive tu. Ok, move on!

Sejak bulan 6 yang lepas, rumor tentang konsep rider yang paling baru mula tersebar luas. Antara rumor yang paling terkenal ialah kamen rider yang berkonsepkan fesyen pakaian. Memang unik dan aku teringin jugak nak tengok macam mana konsep ini akan diperkenalkan sepanjang cerita. Dengan konsep yang macam ni, apa pulak nama yang akan diberikan bagi setiap upgrade dan form rider yang baru ni? Seperti biasa jugak, ade yang suka dan ada yang rase konsep ni tak masuk akal. Tapi, mengambil iktibar dari konsep gaim barangkali, arguing antara fan kali ini tak worst mane.

Tak lama lepas tu keluar pulak rumor yang kelihatan lebih horror dan lebih dark. Dikatakan kamen rider yang akan datang akan menggunakan patung sebagai kuasa utama die. Misi kamen rider ini adalah untuk menangkap setiap raksasa yang ada serta mengurung semua raksasa tadi dalam setiap patung yang berlainan. Selepas dikurung, rider berkenaan boleh guna patung tadi sebagai sumber kuasa baru die. Rumor ni mendapat rasa tidak puas hati sesetengah fan disebabkan konsep yang kelihatan sama macam kamen rider blade. Berbezanya dekat sini, kad ganti dengan patung.


Logo untuk rider paling baru, ghost!

Tapi, semua rumor tadi telah terpadam begitu saja bila TOEI akhirnya patenkan nama rider yang paling latest sebagai ghost. Mereka yang masih mengharap fesyen sebagai tema rider kali ni mengeluarkan hujah tentang sebutan nama rider tersebut. Pendapat mereka, ejaan yang sebenarnya g-host bukanlah ghost. Tapi akhirnya, beberapa gambar permainan based on siri rider baru tersebut telah membuktikan tema rider kali ini sememangnya hantu dan rider kali ini confirm bernama ghost! Bukan g-host seperti yang didakwa oleh sesetengah fan tadi (Fan perempuan kot).

Cerita kamen rider ghost lebih kurang macam ni.

Takeru tenkuuji, watak utama bagi siri kali ini bercita cita untuk menjadi penangkap hantu yang handal. Nasib takeru mula berubah bila suatu hari, ayah yang telah lama mengabaikan diri dia telah bagi dia sejenis objek berbentuk bola mata yang dipanggil ghost icon. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila takeru telah dibunuh oleh ganma, makhluk dari dimensi lain yang juga sedang mencari ghost icon tersebut. Untuk melindungi akari, kawan takeru sewaktu kecil, takeru telah bangkit semula dari alam roh, guna kuasa dari ghost icon tadi bersama sama dengan ghost driver untuk berubah menjadi kamen rider ghost. Misi utama takeru ialah untuk mengumpul 15 ghost icon "great men" dalam tempoh 99 hari dan sekiranya berjaya, hajat takeru akan ditunaikan.

Jalan cerita rider kali ini, bagi aku memang lain dari yang lain. Buat kali pertama someone yang telah dibunuh resurrect balik dan jadi kamen rider. Even design rider kali ini bagi aku memang unik dan kreatif, Sebagai contoh lakaran epal dekat helmet bagi newton damashii (soul) serta lakaran not not muzik dekat helmet bagi beethoven damashii bagi aku sangat kreatif. Siri kamen rider ghost akan mula bersiaran dekat jepun pada 4 oktober 2015 nanti. Dekat malaysia? 4 tahun akan datang kot. =P Ape pun, peminat kamen rider semua, jom same same looking forward to this ghost rider!


Ore damashii, siap pakai hood. Jangan main main =P

3 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

lama menyepi...

Selamat Hari Raya, Mohon Maaf Zahir Batin yea...

Zubaidah said...

even aku xtaw menahu pasal rider apa semua nih tapi setiap ayat aku baca taw! hahaha. welcome back

Kira Sakura said...

wei dulu kan laki aku layan la KR ni. tapi sejak ada anak. anak dia lebih menguasai cerita2 macam ni. maka terpaksa la layan doraemon, chugkitten tu(tak reti eja), thomas and friend. wakakakakaka kesian laki aku. tapi tula bila dah jadi bapak ni mesti terusssss berubah watak. ko pun nanti silap2 gitu gak :p

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates