Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

Superbike Is Love..


Superbike is love.. Assalamualaikum.. Aku rase dah agak lame aku tak update pasal novel yang bagi aku menarik, best. Bukan nye aku tak bace novel novel baru. Ade gak r beberape novel baru yang aku bace tapi tak sume novel tu menarik bagi aku. Mungkin bagi korang novel ni best, tapi bile aku bace takde r best mane. Ade yang aku bace best gile, tapi orang lain bace novel tu dorang cakap cite dalam novel tu bese je. Standard r tu. Lain orang lain standard menarik die..=)

Ok, takpe. So lepas few novel aku bace.. akhir nye ade gak novel yang bagi aku best sampai aku rase nak share dalam blog aku ni. Best sampai aku still hold lagi novel tu sampai aku setel share dalam blog ni. Ade r dekat few month ago aku dah hold novel ni. Bese lepas bace memang aku hantar balik kat tuan punye novel, tak lain dan tak bukan.. akak aku. Hmm, ok cukup r sedikit introduction aku untukentri kali ni. Kite terus ke main item r ye. Novel ape yang aku bace? Tengok bawah:

Sinopsis untuk novel yang aku bace kali ini.. =)

Wafi, seorang anak muda yang bercita tinggi untuk berjaya dalam hidup. Wafi dijaga oleh nenek die lepas ibu ngan bapa wafi meninggal dunia dalam satu kemalangan. Keadaan ini menyebabkan wafi menjadi lebih berdikari. Selepas tamat pelajaran, wafi mempunyai masalah untuk mencari pekerjaan. Lebih memeningkan kepala lagi apabila famili teman wanita wafi desak die meminang secepat mungkin. Namun, peluang wafi untuk dapat kerja datang dengan syarat..

Dhira, seorang anak gadis yang berasal dari keluarga yang kaya dan mempunyai kerjaya nya sendiri. Disebabkan status nye tu, dhira menjadi rebutan ramai tapi dhira akhirnye telah memilih untuk bersama bersama wafi. Masalah timbul bile keluarga dhira telah desak wafi untuk mencari sejumlah wang sebagai syarat nak kahwin dengan dhira. Dhira pulak yang mase tu dah ade pekerjaan yang tetap takde mase untuk ambil tahu masalah yang dihadapi oleh wafi. Akhirnye..

AD, seorang perempuan yang berperwatakan macam lelaki serta sangat minat menunggang motosikal berkuasa tinggi. Tapi, even style AD ni macam laki dalaman AD ni cukup lembut. Cume, atas sesuatu sebab, AD menyembunyi kelembutan die dengan show perwatakan die yang kasar tu. AD ni gak turut mempunyai masalah dengan ayah die sendiri. Disebab kan tu, AD lagi suka tinggal sendiri dari tinggal kat umah ayah die. Tapi masalah timbul bile ayah AD telah paksa die..

Haikal, pemuda yang kaki perempuan merupakan kenalan wafi yang dah lame tak jumpe. Pertemuan semula antara haikal dan wafi telah membuka satu rahsia yang selama ni tersimpan. Kisah silam riana akhir nye terbongkar dan menyebabkan wafi sangat membenci riana. Riana telah dituduh sebagai pembunuh oleh wafi. Lebih kejam lagi, wafi bertindak menghalau riana keluar dari umah. Riana cube untuk explain perkara sebenar dekat wafi tapi kedegilan wafi membuatkan..


Cover depan novel yang aku maksudkan.. =)

Seperti biasa untuk tau ape jadi seterusnya, boleh r korang yang minat bace novel dapatkan novel ni kat pasaran. Novel ni menarik bagi aku sebab jalan cite tak peningkan pale dan memang banyak unsur kelakar dalam novel ni.Certain part buat aku rase nak gelak betul. Tapi still dalam kelakar tu ade gak sikit unsur unsur sedih as climax untuk novel ni. Ape pun, novel lni memang aku suggest untuk sesape yang suke bace novel watak hero heroin tak nak kalah. Sekian. Salam.. =)

Friday, February 15, 2013

Halal Lover..


Halal lover.. Assalamualaikum, tak payah heran sangat aku online time malam sebab aku still lagi bersiaran dari kampung. Esok baru nak pindah separuh barang ke rumah sewa yang baru dengan bayar deposit sekali (Bye bye my notes.. +__+) So, malam ni aku nak cite pasal novel yang aku bace baru baru ni. Tapi sebelum tu, kepada beberapa readers baru blog aku yang agak blur dengan statement "objek merah takde name" tu, boleh r rujuk entri kat --> SINI untuk lebih faham. 

Balik kat cite novel. So lepas setel servis objek merah takde name minggu lepas.. aku pergi lepak dengan member aku mamat gps tu. Macam bese aktiviti kitorang makan, tengok movie (Karok tak dapat sebab mane best karok dua orang kan?) Sementara tunggu movie hensel & gretel tu start, kitorang masuk r mph jap. Lepas pusing pusing mph tu last last aku jumpe gak novel tulisan sorang kenalan blogger aku. So, pendek kan cite.. aku beli dan dah setel aku bace dua ari lepas.

Macam bese, sinopsis style aku korang leh bace kat bawah ni.. =)

Lutfa shirin mawar atau lutfa, sorang pelajar yang tak banyak cakap kalau nak compare dengan kawan kawan yang lain. Disebabkan itu, lutfa ni sering dicop sombong oleh sesape yang tak kenal die betul betul. Tapi lutfa tak amek peduli pun sume tu. Suatu hari, mak lutfa telah meminta lutfa untuk berkahwin dengan anak lelaki kawan baik mak die dan permintaan tersebut buat lutfa rase serba salah. Tapi, pendekkan cite, lutfa kawin gak dengan anak lelaki tu dan..

Feroz, pelajar medik dekat sebuah universiti mempunyai sorang kekasih yang sangat die sayang.  Namun, disebabkan tak nak menghampakan harapan ibu dan ayah die, feroz yang juga merupakan rakan sekolah kepada kakak lutfa bersetuju untuk berkahwin dengan lutfa walaupun tak kenal sangat sape lutfa tu. Selepas berkahwin, feroz cube untuk menerima lutfa dan melayan lutfa dengan sebaik mungkin. Namun perkahwinan yang dibina mula retak sebab kebenaran nya ialah..

Irin yang tak puas hati dengan keputusan dibuat feroz cube untuk menyakitkan hati isteri feroz. Bagi irin, die lebih layak untuk berkahwin dengan feroz. Bermacam cara dilakukan seperti menelefon feroz pada waktu malam serta berjumpa dan mengugut isteri feroz sendiri. Keadaan menjadi lebih worst apabila isteri feroz telah mengandungkan anak feroz. Pelbagai keburukan dicitekan irin mengenai feroz tetapi isteri feroz tetap memilih untuk percaya dekat feroz sehinggalah..

Aku bace novel ni sampai puluh bab dan tak jumpe konflik pape sebab tengok cite hepi je. Lepas muncul watak bekas kekasih feroz aku ingat tu konflik novel. Tapi tak sangka konflik dalam novel ni something yang aku tak expect langsung. Jarang jumpe novel yang ade konflik macam ni. Bese aku nampak konflik novel dari negatif ke positif tapi konflik dalam novel ni positif ke negatif yang bagi aku satu twist storyline yang agak different. Nak tau lebih detail, dapatkan sendiri ok? =)


Cover untuk novel kali ini.. blog penulis novel klik --> SINI

Novel ni novel kedua aku beli sendiri lepas novel bicara hati. Kenapa? Sebab dalam novel ni ada "result" hasil aku wat muka tak shame mintak penulis novel insert nama aku dalam ruangan penghargaan. Sume nye sebab tahun lepas sorang ex blogger yang dengki kat aku bagitau name die ade dalam novel penulis yang first sekali. So, aku ngan rileknye request penulis novel untuk letak name aku untuk novel yang lepas ni dan hasilnye.. macam kat bawah.. Thanks bebanyak ye! ^__^


Nak lebih dengki? Klik untuk tumbesaran.. =P

Friday, December 28, 2012

Pledge Contract Between Us..


Pledge contract between us.. (Tajuk amek guna google translate =P Assalamualaikum dekat readers aku sekalian. Lame dah tak cite pasal novel so aku cite pasal novel pulak r ari ni ye? Actually, novel ni aku dah habis bace dalam dua minggu lepas lagi, cuma nya aku macam takde mood pulak nak cite pasal novel ni. Tak jumpe time yang sesuai. Tapi, memandangkan ari ni macam tak bape nak ade cite, aku rase sesuai sangat r kot aku cite pasal novel yang aku bace tu ari ni kan? Tambah lak aku memang suke taip entri rilek je bila tibe ari jumaat ni.. =)

Seperti biase, novel ni aku dapat dari kakak aku yang tibe tibe baik hati (Sampai aku pun jadi agak pelik =P  bagitau ade novel yang baru die beli. Kakak aku ni siap bagi aku hold lagi novel baru tu untuk aku bawak balik umah sewa aku. So, macam pepatah melayu.. novel akak hulurkan, tangan aku tadahkan. Memang aku time je r novel tu dengan hati yang suci, murni lagi ikhlas dari hati.. =P Mula mula memang aku biar je novel tu tanpa dibaca. Tapi suatu malam yang bosan buat aku bukak novel tu dan terus aku rase nak bace novel tu sampai habis.

Sedikit jalan cerita novel tu boleh bace dekat bawah ye =)

Cerita dalam novel ni berkisarkan mengenai sakinah, anak kepada pasangan keluarga yang miskin. Kemiskinan yang dihadapi keluarga sakinah ni memang kritikal sehingga memaksa sakinah untuk berhenti belajar. Namun begitu, dalam hati sakinah.. dia masih menyimpan niat untuk menyambung semula pelajaran nya suatu hari nanti. Kedatangan kenalan lama emaknye semasa mereka masih muda dulu telah membuka sedikit ruang untuk sakinah belajar semula. Namun begitu, sakinah rasa amat terkejut apabila diminta oleh kenalan emaknya itu untuk..

Amar rafiq, anak seorang kaya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Namun begitu, entah dimana silapnye.. rumah tangga amar rafiq tidak dapat dipertahankan. Perginya isteri amar rafiq mengikut lelaki lain menyebabkan amar rafiq benci dengan makhluk bernama wanita. Hilang terus kepercayaan amar rafiq terhadap mana mana wanita yang dikenalinya. Bagi amar rafiq, semua wanita sama sahaja sifat dengan bekas isterinya. Kebencian amar rafiq terhadap wanita semakin bertambah apabila..

Rudi, seorang "budak main" yang gemar bertukar teman wanita. Dengan status kewangan yang kukuh, tak hairan ramai wanita terpikat padanya. Perangai buaya rudi bermula sejak die belajar lagi. Semuanya kerana rudi telah menyambung pengajian di luar negara. Namun begitu, disebalik perangai buaya rudi, sebenar nya rudi merupakan seorang kawan yang sangat baik.. cuma tersasar dengan pengaruh barat mase belajar dulu. Tapi, secara perlahan rudi mula mengubah cara hidup nya yang terlebih sosial itu apabila rudi secara tak sengaja terjumpa..

Maria yang pergi membawa diri jauh dari rakan rakan nya akhirnya pulang semula ke tanah air. Pergi nya maria jauh dari negara sendiri disebabkan cintanya tidak berbalas, dimana lelaki yang dicintainya memilih untuk berkahwin dengan wanita lain yang juga merupakan seorang kenalan nya. Namun cinta maria terhadap lelaki tersebut tidak pernah padam. Maria berasa amat terkejut apabila mendengar cerita rumah tangga lelaki yang dicintai nya itu telah retak akibat kecurangan isterinya. Namun, maria rasa lebih terkejut bila mendapat tahu..


Kontrak janji setia antara kita.. panjang nye tajuk novel.. @.@

Aku rase novel ni baru lagi sebab bila cek tahun percetakan pertama (Kalau tak silap aku) ialah pada 2012. Kire baru tahun ni r novel atas tu exist kan? Cite dalam novel ni bagi aku takde r memeningkan kepala pun sebab plot cite memang agak direct. Aku tak suka sangat dengan heroin novel yang bagi aku terlalu baik dengan hero yang awal awalnye memang perangai tak boleh blah. Ape pun, secara overall nye, aku rase novel ni boleh dijadikan bacaan santai untuk sesape nak novel yang jalan cite sweet tapi takde r sweet tahap jiwang terlebih tu. Sekian. Salam.. =)

Note: Chocolate, Vanilla dengan Cappuccino makin "malas" nampaknye.. err.. +__+

Friday, November 2, 2012

She's My Heart Dream


She's my heart dream.. Salam kat sume reader aku. Memandangkan dah lame gile tak ingat aku tak cite pasal novel yang aku bace, so di pagi jumaat ni aku nak cite pasal novel lak ye. Novel ni memang aku nak sangat2 cite kat korang sampaikan dah berbulan novel ni ade kat tangan aku tanpa aku pulang balik kat owner sebenar novel ni.. tak lain tak bukan, akak aku. Memang aku dah tekad, selagi tak cite pasal novel ni dalam blog, memang tak kan aku pulangkan balik novel ni =P

Untuk tajuk entri kali ni, macam bese mula mula aku mintak tolong google translate tapi memang kecewa r dengan outcome die. Aku taip tajuk novel dalam bahase melayu dan hasil die.. she dreams liver =__= Dasar google translate satu satu word tu.. sabar je r. So, last2 aku decide untuk translate tajuk novel ikut suka ati aku je. Hasilnye.. jadi r tajuk macam kat atas tu. Ok, pedulikan tajuk entri yang aku guna tu, jom same same tengok novel ape yang aku nak cite kan ari ni.. macam bese, scroll bawah =)

So, lebih kurang camni r jalan cite novel kali ini..

Novel ni mengisahkan asma, seorang perempuan berasal dari sebuah kampung. Keluarga asma ni bukan kaya so atas sebab tu asma tak dapat continue die nye studi walaupun asma ni sorang yang bijak. Untuk bantu famili, asma keje sebagai sorang pembantu dekat sebuah klinik gigi. Tapi, die still mengalami masalah kekurangan wang. Satu ari, teman serumah asma bagitau yang sorang datin sedang mencari sorang pekeje. Selepas perbincangan, asma bersetuju untuk bekerja sebagai..

Jeffrey, boss di sebuah syarikat yang garang macam singa dan ditakuti kebanyakan staff dekat ofis dia. Hidup jeffrey berubah dengan kedatangan sorang pembantu yang akan mengemas rumahnya setiap hujung minggu. Walaupun tak pernah bertemu dan bercakap hanya melalui nota ditampal kat peti ais, jeffrey merasakan terhibur dengan kehadiran pembantu rumah tersebut. Satu kejadian telah menemukan jeffrey dengan pembantu rumahnya dan alangkah terkejut dia bila mendapati..

Kembalinya lilac ke tanah air adalah untuk mendapatkan kembali ex boyfriend yang dia tinggalkan dulu sebab nak kawin dengan someone yang lebih kaya. Tapi rupanya lilac telah ditipu so akhirnya dia nekad untuk menawan kembali cinta ex boyfriend die. Namun, kepulangan lilac tidak disambut baik ex boyfriend die yang kecewa ngan keputusan lilac meninggalkan die dulu. Lilac yang memang tak nak kalah terus mendesak si ex boyfriend untuk terima diri die balik hingga menyebabkan..

Rancangan yang pada asalnya dibuat untuk membantu majikannya akhirnya menjerat asma ke keadaan yang lebih complicated. Keadaan jadi lebih teruk dengan tersebarnya gambar gambar yang diambil secara curi di malam jamuan tersebut. Asma betul betul tak menyangka keadaan akan jadi macam tu. Akhirnya setelah berbincang dengan famili dan ibu majikannya, asma bersetuju untuk mengikut apa yang dicadangkan bagi membersihkan nama baik majikan die dan cara itu ialah dengan..


Dia idaman hati = she's dream liver.. terbaik google translate -_-

Nak tau ape yang aku tak mention, leh r dapatkan novel ni dan bace sendiri ok. Overall yang aku suka untuk novel kali ni is dialog yang digunakan oleh watak dalam novel memang wat aku nak gelak je. Kelakar habis! Memang pandai penulis novel ni menggunakan dialog yang santai dan bersahaja. Satu yang aku tau pas bace novel ni, rupe nye penulis novel ni pun ade blog. So, sape yang nak menerjah blog penulis novel, leh r klik dekat --> SINI Sekian cite novel dari aku ari ni. Salam.

Friday, September 21, 2012

Host Maid


Host maid <-- tajuk aku dapat translate guna google. Salam sume. Rase macam dah lame aku tak cite pasal novel yang aku bace baru2 ni kan? So sempena jumaat ni, macam bese aku nak cite pasal satu novel yang aku baru je habis bace bape ari lepas. Novel berklimaks tragik yang aku pernah cite kan dulu terpakse aku postpon sebab novel tu takde kat tangan aku sekarang dan watak2 dalam cite tu except hero ngan heroin die banyak aku dah lupe name nye so kite postpon dulu. Err =__=

Hari ni aku nak cite pasal satu novel yang ikut kan lame dah aku tau kewujudan ia. Cuma disebabkan aku just sorang pembace novel bukan pembeli novel, ape yang aku wat cuma leh tunggu dan tunggu akak aku update novel2 die dan aku as adik yang pandai berjimat cermat, hanya perlu mintak untuk bace je =P Dalam bulan lepas, terbukak gak ati akak aku untuk beli novel tersebut. Novel ape? Kne r scroll ke bawah untuk tahu <-- care berkesan suruh orang bace entri yang ditaip ^^

Sinopsis cara aku untuk novel kali ini

Areen, sorang head chef di sebuah hotel milik ayah nya telah pun bertunang dengan kenalan die sejak dulu lagi Taufeeq hampir tiga tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Tapi sifat buaya yang si Taufeeq ni ade wat Areen sakit ati betul Satu ari mase ngah shoping barang kawin ngan mak die, Areen secara tak sengaja telah ternampak Taufeeq ngah kuar dating ngan sorang pompuan. Kecewa dengan kecurangan yang ditunjukkan Taufeeq, Areen akhirnye nekad untuk..

Lut, seorang lelaki yang bekerja sebagai driver ayah kepada kawan nya tertarik dengan seorang pembantu rumah perempuan yang secara tiba2 datang bekerja di villa tersebut. Bermula sebagai teman main basketball same2 dan teman time jogging petang2, Lut akhir nya mula merasakan satu perasaan istimewa hadir dalam diri die. Lut menyukai pembantu rumah tersebut. Namun akhirnya Lut terpakse melupakan die nye feeling apabila mengetahui pembantu rumah tersebut sebenarnya telah..

Kehidupan Emir sebagai sorang doktor kanak2 yang tak bape nak ade life, balik umah dan pergi keje je berubah bila Asha datang ke rumah nya. Sifat Asha yang memang tak nak kalah kepada Emir menyebabkan ade je perbalahan yang berlaku setiap kali mereka berjumpa. Emir akhir nya jatuh cinta kat Asha dan bagitau Asha feeling die. Asha yang tak nak ngaku yang die pun suka kat Emir akhirnye perlahan lahan cuba mempercayai cinta Emir tapi Asha telah berubah fikiran apabila suatu ari..

Ape yang aku paling salute ialah jalan cite die. Prolog novel ni bile aku bace aku agak blur, sape hero? Sape yang kawin sebenarnye? Macam tu gak ngan ending die. Lagi satu yang menarik dalam novel ni ialah penggunaan bahase lain terutama nya korea dan kadang2 ade r bahase france, german. Memang boleh r aku describe writer novel ni agaknya peminat kpop sejati kot sampai tau pasal tvxq = dbsk sume. Kepada readers yang suka bace novel hero heroin tak nak kalah, leh r bace novel ni.


Cover novel yang agak lain dari yang lain =)

Review kali ni ada sikit tambahan di mana aku nak introduce writer die sekali


Klik header untuk kenal2 ngan si penulis novel =)

Walaupun dah lewat, aku amek kesempatan kat sini untuk ucap tahniah kat tuan header kat atas tu orkid edyliyne aka OE kerana telah menjadi sorang writer yang berjaya. =) Difahamkan OE telah pun kuar kan novel yang number 2 dan number 3 lak masih dalam proses. Macam bese aku mintak jasa baik akak aku untuk beli.. ^^ Ari tu bukan main riak lagi nurul atika bagitau name die ade dalam novel tu. So OE, next novel, name saya lak ye <-- tibe2 sopan =P Ok, sekian untuk ari ni. Salam..

Friday, July 27, 2012

No Second


No second <-- salam. Aku letak tajuk entri dalam bm kat google translate dan ayat tu yang kuar. So, time je r ye. aku cek2 dan tengok komen aku dah ade 4812. (0.0) waah.. rajin betul readers aku drop komen ye. Entri lame2 tu pun korang komen. Time kasih. Tapi kontra nye pulak, blog aku ni tak bape nak mesra follower rase nye. 4 tahun pun tak cecah 4 angka lagi.. =_= <-- muke time je r. Tengok blog lain, sebulan jadi 1000.. ape rahsia nye? Tapi, tak kesah r tu ^^

Selingan aku cite semalam mendapat maklum balas yang banyak. So, dari ape yang aku bace.. memang cite tu belum kuar tv lagi r. Mungkin keadaan kat sane sangat bahaye. Memang betul ape yang bro adan tambah dalam komen, same macam ustaz tu cakap. Mereka lari ke bangladesh tapi ape yang jadi, orang bangladesh halau dorang balik. Apekah? So, kerajaan.. sile halau dorang dari negara ni sekarang! -_- <-- ni name nye balas dendam, so tak bagus sebenar nye.. err.. 

Sebarang update aku dapat akan aku share sesame ye. Ari ni, jumaat.. macam bese aku nak entri santai2 je dan aku nak share tentang satu novel yang aku baru habis bace pas 2 minggu berlalu, pada hal takde tebal sangat. -_- Aku decide nak cite pasal novel tu sebab minggu lepas mase aku cek2 channel aku tengok kat astro citra ade satu cite tajuk tiada yang kedua. Tajuk familiar betul ngan novel yang aku ngah bace. Tengok sinopsis cite ngan name watak memang same ngan dalam novel

Aku pun terus r tanye kakak aku "Yong, cite ni bukan cite yang dalam.." Belum habis tanye akak aku dah jawab "Betul r dik, ni cite dalam novel yong tu r.. memang ade drama die pun" <-- kakak aku pun panggil aku adik, ternyata aku muda ^__^ Kalau sape notice, cite tu lakonan pierre andre ngan ayu raudhah. Aku nak tengok tapi time tu novel tu pun aku tak habis bace lagi. Kalau tengok dah tak surprise. So sekarang dah habis bace, minta pihak astro wat ulangan siaran =P

Sedikit jalan cite untuk novel yang aku bace:

Syira bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan keluarga die akhirnye telah selamat dinikahkan ngan imran, anak kepada kawan ayah die. Syira ingat kehidupan die pas kawin akan lebih bahagia tapi sebalik nye berlaku. Imran mengatakan die dah ade someone yang die cinta and tujuan die kawin just nak jage ati famili. So, imran dah bagitau kat syira yang pas 2 tahun, perkahwinan dorang mesti ditamatkan. Syira redha ngan syarat ditetapkan wat keputusan untuk..

Imran yang memang cintakan aniza sejak dulu lagi telah meminta aniza untuk bersabar sedikit mase lagi. Aniza yang dah penat menunggu akhirnye decide untuk break je ngan imran dan teruskan hidup. Puas imran memujuk tapi aniza nekad. Imran akhirnye pasrah namun pas bape ari aniza sendiri contact imran dan bagitau die cube lupekan imran tapi tetap tak boleh. Aniza akhirnye setuju untuk tunggu imran. Imran rase sangat hepi ngan keputusan yang dibuat aniza tapi akhirnye..

Razman, sepupu kepada imran telah mendapat kemalangan. Die kemudian nye telah dibawa ke hospital oleh sorang pompuan yang telah melanggarnye, sebagai tanda minta maaf. Razman yang terpikat ngan budi bahase pompuan tu telah jatuh ati. Namun disebabkan situasi tidak mengizinkan, die tak sempat berkenalan dengan pompuan tu. Suatu ari, dalam satu majlis razman secara tak sengaja telah terjumpe pompuan tu semula. Alangkah terkejut razman bile dapat tau..

Rizal yang sudah kematian isteri sangat gembira dengan kehadiran sorang jiran baru dekat sebelah rumah die. Tambah lak, anak jiran tersebut sangat rapat dengan rizal sehingga memanggil nye papa. Dalam diam2 rizal telah jatuh cinta dengan jiran sebelah rumah die tu. Die cube sembunyikan perasaan die tapi tak boleh. Last2 die decide untuk bagitau kat jiran die. Namun begitu, sebaik saje die bagitau feeling die, rizal kecewa bile jiran die mengatakan bahawa die..



Yang ni merupakan cover novel yang berkenaan

For sure, sape yang dah bace novel ni leh jawab statement tergantung kat atas tu kan? Aku tak tau novel ni femes ke tak, tapi kalau dah sampai jadi drama tv, femes r kot kan? Novel ni bagi aku menarik, jalan cite pun best cuma aku tak bape suke ngan watak heroin yang bagi aku lembut sangat. Aku lagi suka novel ngan watak heroin tak nak kalah. Baru ade fight! <-- memang jenis suka cari gaduh -_- Ape pun, nak bace novel yang agak santai.. leh try bace novel ni =)

Tuesday, July 10, 2012

Meaning Of Love..


Meaning of love.. Salam sume, kite bertemu lagi dalam segmen novel bersama abang kay ^__^ <-- aku sendiri rase nak muntah kot guna panggilan camtu. Tak sesuai! Ok r kembali kepada tujuan asal entri iaitu untuk mencitekan mengenai satu novel yang baru je aku habis bace semalam.. akhirnye (start bace minggu lepas -_-) Gile slow tak ingat nye bace.

Tajuk novel tu erti cinta. Seperti bese jangan ditanye dari alaf 21, karangkraf or lain2. Jangan ditanye sape penulisnye. Sebabnye aku memang tak pernah amek tau sume tu. Yang aku tau, kalau aku rase menarik, aku try bace 1, 2, 3, chapter. Kalau memang menarik teruskan. Kalau tak menarik jalan cite tu aku stop bace kat situ gak. As you can see, as simple as that..^^

Macam bese, yang suggest mesti r kakak aku. Mase aku tengok tajuk novel tu aku nye thinking ni mesti cite yang sweet. Mesti cite hero ego jumpe heroin tak nak kalah. Mesti cite hero ngan heroin kawin tapi malam pas kawin tu si hero bagitau si heroin die kawin sebab terpakse so lepas ni pandai2 r jage privasi masing2 tapi last2 jatuh cinta gak kat si heroin.. -_-

Dengan tajuk erti cinta, memang aku budget cite novel ni mesti lebih kurang macam tu gak. Tapi, bak kata pepatah gubahan aku sendiri, dont judge a novel from its title <-- style gile =P Kalau korang mencari satu novel yang hero heroin keje perang lame2 bahagia, ini bukan novelnye.Tapi kalau korang nak bace novel yang agak serius jalan cite, leh bace novel ni.

Macam bese, aku cite sikit sinopsis tak macam sinopsis

Cite dalam novel ni start dengan watak utama anis ngan maria yang dah tak tahan tinggal kat umah disediakan pihak kolej dorang sebabnye umah tu dalam bahase manje nye dah macam tin sardin. Tambah lak ngan hosmate yang memang tak sekepale dan takde rase segan silu (selambe derk je habiskan milo orang lain) Hal itu menyebabkan dorang decide untuk..

Joe yang baru sahaja pulih dari sakit terkejut bile melihat kekasihnye, zana seakan akan telah kembali setelah lame menghlangkan diri. Terus joe menghubungi kak salmah, kakak angkatnye untuk mencitekan mengenai kepulangan zana tapi bile dah call die decide untuk tak cite kan hal tu. Joe gak mintak mak die untuk keep satu rahsia yang tersimpan lame supaya..

Danny telah meminta bantuan anis untuk bertemu dengan hayati kerana katanya cuma anis sahaja yang boleh menyelamatkan hayati daripada zack. Anis yang memang sayang kan danny akhirnye bersetuju untuk berjumpa dengan hayati. Tapi, satu ari anis telah bertanye kepada danny kenapa die sendiri tak jumpe dengan hayati? Danny kata dia tak boleh sebab..

Akhirnye, joe dapat gak jumpe ngan danny dan danny telah mencitekan kebenaran tentang ape yang berlaku dulu. Joe akhirnye lega setelah dapat tau the truth. Joe kemudian mintak danny untuk lepaskan anis tapi danny enggan. Danny camne pun berjanji apabila tibe mase nye die akan lepas kan anis tapi wat mase sekarang tak leh sebab die perlukan anis untuk..


Cover sweet, tak semestinye cite pun sweet =)

Banyak tanda tanye aku letak kat situ kan? Memang saje aku wat camtu supaya korang akan rase suspen dan curious nak tau ape yang terjadi sebenarnye. So kepada mereka yang tertarik ngan sinopsis yang aku taip untuk novel erti cinta ni, leh r cari novel ni kat kedai2 buku yang berdekatan. Ape pun, bagi aku novel ni memang satu novel yang lain daripada yang lain.=)

Thursday, May 10, 2012

Remember Our Promise

Remember our promise <-- ini tajuk novel yang telah di london kan oleh aku. Ari khamis, aku nak menaip entri santai je. So, aku pilih untuk cite pasal satu novel yang menarik minat aku. Tambah lak aku tengok label novel dalam blog aku baru ade 1, memang dah berhabuk gile nampaknye -_- Ape pun, jangan ditanye sape penulis novel sebab aku tak kenal. Aku cuma minat membace novel yang aku rase best dan tak pernah nak amek tau pun sape penulisnye.. err T__T 


Sinopsis novel with my own style, nak tau bace bawah =)

Cite dalam novel ni dimulakan ngan 2 sahabat baik, raimi ngan adi. Adi ni tinggal ngan makcik die dan bekeje kat sebuah stesen minyak milik makcik die tu. Makcik adi ni lak sorang makcik yang berperangai puaka thap petala ke lapan belas. So, memang selalu r adi ni kne macam2 ngan makcik die. Tapi adi ni tak melawan sebab makcik die tak habis2 mengungkit, kalau bukan sebab die.. adi ni dah merempat kat tepi jalan sejak kecik lagi.. sedangkan hakikat sebenarnye.. (sile bace untuk tau)

Raimi ni lak anak sorang yang kaye. Die ade sorang datuk yang memang sayang sangat kat die. Raimi ni single lagi. So, atas sebab tu datuk die telah memaksa si raimi ni untuk cari sorang pompuan yang boleh dijadikan isteri die. Otherwise, die kne kahwin ngan pilihan datuk die.. no choice! So, sebab taknak kne kawin pakse, raimi yang memang takde pilihan terpakse mintak tolong member die si adi tu. Akhirnye pas pikir nye pikir, adi pun setuju untuk tolong raimi ngan care.. (sile bace untuk tau)

Di pendekkan cite, pas mengetahui satu kebenaran.. raimi ni telah pergi berjumpa ngan nida dan telah meminta nida untuk kawin ngan die. Nida yang pada mula nye tak nak akhirnye telah bersetuju untuk berkawin. Mak raimi yang memang benci kat nida atas certain reason memang menentang tapi datuk raimi setuju. So, dorang akhirnye kawin tapi jawapan yang raimi bagi bile nida tanye nape die still single sampai sekarang wat nida rase kecik hati, lalu nida decide untuk.. (sile bace untuk tau)

Manja akhirnye telah berjaya menemui nenek die semula. Malangnye nenek die terkena strok kot. Tapi, berkat kesabaran manja.. akhirnye nenek die sembuh perlahan lahan. Pas makin sihat, nenek manja telah meminta manja mengambil sebuah kotak dan melihat kandungan kotak tersebut. Sebaik sahaja manja tengok isi dalam kotak tu, baru r die teringat kembali ape yang terjadi kat die berbelas tahun yang lepas. Manja akhirnye mencitekan rahsia hidup die dan.. (sile bace untuk tau)


Yang ni muka depan novel tersebut

Sape yang tak puas ati ngan sinopsis novel kat atas tu, leh r ke kedai2 buku yang ade kat malaysia ni seperti femes, sempadan ataupun aimpiash. Memang saje je aku wat cite tergantung kat setiap perenggan tu.. sebabnye baru r suspen ye tak? =P Kalau cite sampai dah tau ending, dah tak suspen r bile bace kan? Ape pun bagi aku novel ni walaupun tak bape nak logik sikit kat certain2 part, tapi still menarik ati aku and mesti boleh tarik ati korang gak. Sekian time kasih =)

Tuesday, March 6, 2012

Label Novel : Introduction!

Label novel : Introduction! - Ok, jangan salah faham ye. Aku bukan nak bagitau kat korang pasal novel yang aku taip or ape2 yang ade kaitan ngan nye. Tambah lak aku memang tak berbakat langsung dalam bidang penulisan ni. Ngan bahase tunggang langgang camni, impian nak jadi penulis novel yang berwibawa.. mungkin masih jauh lagi untuk di capai.

So, ape yang cuba aku sampaikan kat sini.. start malam ni.. aku nak tambah satu label lagi pas label anger, close, down, entertain and so on.. and label tu aku nak name kan novel. Nape kne bagi name novel? Sebab nye mudah je. Dalam label tu nanti aku akan cite kan kat korang terutama nye fan2 novel, novel2 baru lama yang aku rase sangat menarik untuk di baca.

Ok, jangan terkejut sangat. Walau pun aku tau aku memang konon2 cool sepanjang mase, tapi kadang2 aku layan gak novel2 yang tertentu ni. Bese r tu kan, dulu time blaja malam2 nak kuar pun tak boleh, so aku pinjam novel kakak aku and try bace. Last2 terus aku berminat nak bace novel2 yang lain. Begitu r permulaan aku dalam pembacaan novel.

Tapi kadang2 aku pelik gak. Nape pompuan pelik sangat bile laki bace novel eh? Adik aku pun cakap kawan die pelik bile dengar aku yang laki ni suke gak bace novel. Kebanyakan pembace blog ni rase nye pompuan kan? Tak silap aku r.. So cube cite sikit nape. Aku pelik gak sebab rase normal kot. Dari bace buku sejarah, baik bace novel lagi best ye tak?

So tu je siri pengenalan untuk label novel. Lain kali aku akan start share novel2 yang bagi aku best gile woo!! Lastly, actually sebelum ni aku pernah gak review pasal satu novel tak bape novel yang sangat menarik minat aku. Sape nak tau leh refer kat --> sini. Sebab utama aku suke novel tak bape novel tu leh tengok penaakulan mantik kat bawah ni :

premis 1 : hero novel tu digambarkan lahir 4 Julai
premis 2: aku budak laki yang lahir 4 Julai
kesimpulan: aku hero novel tu =P (perasan sungguh!!)
ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates