Yu gi oh! Assalamualaikum.. Firstly, sape rindu aku? Ok takyah jawab takut nanti ade orang yang jeles.. =P Masih lagi bersiaran dari kampung, sedang menikmati cuti sebelum start keje baru.. so faham faham je r kenapa aku tak online ye. Memang liat nak online bile dekat kampung sebab mata aku lebih tertumpu dekat kaca televisyen dan tengok ape ape cite yang patut. Selain dari itu, aku bizi habis menghabiskan satu anime yang susah payah aku tunggu setel download dengan penuh sabar. Anime ape kejap lagi aku cite tapi sebelum tu, selingan kejap ye kengkawan.. macam tak bese kan? ^__^
Selingan bertajuk.. akak kesuma angsana yang baik hati..=)
Tak silap aku hari isnin baru baru ni.. aku ade r komen dekat satu entri sorang akak blogger. Entri akak tu mintak buatkan ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Tak perlu nak buat entri khas or tepek banner bagai, just taip je dua ayat tu dalam kotak komen. So, aku pun buat r ikut arahan cuma sebab aku tak dapat buat ayat panjang, aku buat ayat sehabis simple je. Tau tau je esok harinye, bertambah jumlah follower blog aku. Rupe nye akak blogger tu pergi review blog yang buat dua ayat tu. Rezeki blog emak emak r tu kot. Ape pun time kasih dekat akak. Blog akak tu? Klik link bawah.. =)
Entri yang dimaksudkan. boleh klik kat --> SINI
Sambung cite pasal anime yang aku bizi tengok tu. Tak lain tak bukan, macam aku pernah mention dalam entri sebelum sebelum ni, yu gi oh! Aku sebenarnye mula berminat dengan anime yu gi oh ni lepas tertarik dengan permainan trading card duel monster dari cite ni. Memang satu game trading card yang menarik dan tak boring untuk aku main sebab pilihan monster yang banyak dengan kelebihan kad yang pelbagai depend dengan kad yang digunakan. So, lepas aku minat main game trading card tu.. aku start r tengok cite yu gi oh untuk aku lebih faham cane care game trading card ni dimainkan.
Cite yu gi oh ni pada awalnye takde motif pun. Setiap episod cuma mencitekan cane watak utama cite yu gi oh ni bermain game dengan mane mane individu yang berbuat jahat dengan orang sekeliling die. Cuma satu yang obvious sangat dengan cite ni mase awal awal, hero tu terlampau perfect sampai main game ape pun akan menang dengan mudah nye. Disebabkan cite takde motif, season first cite ni lebih dikenali sebagai season 0. Lepas tu, yu gi oh ni dikuarkan balik cuma kali ni dengan motif yang lebih jelas dan jalan cite yang bagi aku menarik.. bagi aku r, bagi korang tak tau r..
Watak anime yu gi oh dengan monster masing masing..
Sedikit jalan cite anime yu gi oh..
Yu gi oh mencitekan mengenai yugi muto, sorang student yang berminat dengan game. Yugi ni selalu dibuli beberapa orang member sekolah die disebabkan saiz badan die yang lebih kecil. Melalui datuk die yang merupakan sorang penjual mainan, yugi dapat satu permainan yang cukup rare dikenali sebagai millenium puzzle. Menariknye mengenai puzzle ni, mengikut lagenda dicitekan selama 3000 tahun takde sesape dapat solve puzzle ni begitu gak yugi. Satu kejadian yang berlaku tak lame lepas tu membolehkan yugi menyelesaikan millenium puzzle secara tak sengaja. Sejak hari tu, yugi telah memperoleh satu lagi identiti yang dikenali sebagai yami no yugi. Melalui yami no yugi ni, yugi telah berjaya mewarisi power untuk control satu permainan yang dipanggil sebagai shadow game. Shadow game merupakan satu game yang digunakan oleh yami no yugi bagi menghukum orang jahat dengan cara mewujudkan ilusi yang macam real bagi sesape yang kalah dalam shadow game tersebut . Cite dikembangkan lagi bile yami no yugi mula recall diri die sebagai roh sorang pharoah yang terperangkap dalam millenium puzzle dan telah kehilangan memori die disebabkan sesuatu yang berlaku 3000 tahun yang lalu. Dari situ bermulalah misi yugi dan kawan kawan die untuk membantu yami no yugi mendapat kembali memori die yang telah hilang dan seterusnya membebaskan roh yami no yugi yang terperangkap dalam millenium puzzle tu. Ape yang terjadi sebenarnye 3000 tahun yang lalu? Berjayakah roh yami no yugi dibebaskan dari dalam millenium puzzle? Sesape yang minat anime aku suggest tengok r cite ni untuk mendapat sume jawapan ye..
Contoh pelbagai kad dalam trading card game duel monster.
Cite ni berlatar belakang mesir purba so jangan r paranoid sangat dengan simbol mata satu yang memang berlambak dalam cite ni. Jangan lepas tengok bape episod anime ni terus nak cop anime illuminati and what so ever. Bagi aku kalau sume bende nak di illuminatikan, memang susah kot. Anggap je anime yu gi oh ni sebagai satu hiburan untuk mengisi masa lapang korang sekali sekala. Ape pun bagi aku anime yu gi oh ni memang anime yang menarik terutama kepada mereka yang minat bermain trading card duel monster ni. Cukup kot entri santai malam ni. Selamat malam dan salam. =)
























