Showing posts with label rider. Show all posts
Showing posts with label rider. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Farewell Kamen Rider Orga..


Farewell kamen rider orga.. Assalamualaikum. Untuk kali ini, aku nak cerita sikit pasal kamen rider yang tak pernah muncul dekat mana mana siri kamen rider, tapi cuma ada dalam movie. Bahasa popular untuk kamen rider yang seumpama ini dipanggil movie exclusive kamen rider, atau dalam bahasa melayu kamen rider eksklusif untuk movie je, dekat series memang takde. Sebelum aku lebih spesifikkan tentang movie exclusive kamen rider yang aku nak cerita, biar aku briefly terangkan ape yang dimaksudkan dengan movie exclusive kamen rider.

Seperti yang aku taip dekat atas tadi, movie exclusive kamen rider ni merupakan satu term yang diberi kepada kamen rider yang dicipta khas untuk tambah konflik dalam setiap movie kamen rider. Biasanya movie exclusive kamen rider ni semuanya evil dan akan jadi final villain yang kamen rider season tersebut akan fight dekat akhir movie. Aku pada awalnya memang suka dengan design movie exclusive kamen rider ni. Tapi selepas dilambakkan dan design pulak makin lama makin pelik (contoh macam Core dengan Poseidon) aku mula rasa tak best!


Movie exclusive kamen rider, orga!

Takpe, design pelik kita abaikan. Aku nak fokus dekat salah satu dari movie exclusive kamen rider yang aku suka, orga. Orga ni merupakan rider dan jugak final villain kot? yang hanya muncul dalam movie kamen rider 555 yang berjudul paradise lost. Aku yakin mereka yang betul betul follow kamen rider 555 mesti tau akan movie tersebut? Ape, korang ingat kamen rider takde movie? Memang silap sangat tu. Orga ni muncul hasil alternate ending kamen rider 555 dalam paradise lost compare dengan ending series kamen rider 555 yang asal.

Dalam series kamen rider 555, yuji kiba dan kawan die, yuka dan kaito hidup sampai ke penamat. Tapi, berbeza dalam movie dimana kaito dan yuka kena makan hidup hidup dengan raksasa depan die. Tambah buat yuji kiba ni bengang bila rase dikhianti salah sorang rakan die, mari padahal yang depan die tu bukan mari sebaliknya smart girl yang menyamar sebagai mari. Nak balas dendam nye pasal, yuji kiba akhirnya setuju jadi salah sorang tentera orpenoch dan transform jadi orga. Tapi lepas tau the truth, die sacrifice diri die untuk selamatkan mari.


Favourite scene.. RIP izumi masayuki.

Tengok tajuk entri pun lain macam kan? Memang pun. aku saja fokus dekat orga berbanding movie exclusive kamen rider yang lain lepas dapat tau pelakon watak tu dah meninggal. Izumi masayuki yang berlakon sebagai yuji kiba, horse orpenoch dan seterusnya jadi kamen rider orga telah meninggal dunia pada umur 35 tahun. Memang bila aku baca info tu macam tak percaya. Aku respek lakonan izumi ni dalam series tu, sorang orphenoch yang pilih untuk protect manusia. Twist dalam movie tu pun memang nampak villain gile. Ape pun RIP orga.

Tuesday, August 4, 2015

Here Come A Ghost Rider!


Here come a ghost rider! Assalamualaikum. Kamen rider masih belum menamatkan legasinye. Masih sama setiap tahun. Rider baru datang dan pergi. Seperti biasa, setiap kali cerita rider yang paling terkini menuju ke penamatnye, waktu itulah rumor tentang upcoming rider akan mula kedengaran. Pelbagai pendapat dan pelbagai cerita. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak. Siap ada yang post gambar rider palsu yang dikaburkan, kemudian sebarkan dekat peminat peminat kamen rider seantero dunia. Lebih detail akan aku ceritakan selepas ini. Tapi sebelum itu, selingan dulu kawan..

Selingan bertajuk.. Paling terkini itu namanya drive!

Lama kemain aku tak menaip apa apa dekat sini, means aku terlepas peluang untuk introduce kamen rider yang seterusnya selepas siri kamen rider gaim tamat. Mereka yang follow mungkin masih ingat tentang gaim. Kamen rider yang cipta sejarah dengan menggunakan buah buahan sebagai tema. Selepas siri gaim tamat, rider baru yang telah menggantikan gaim ialah sorang rider yang menggunakan kereta sebagai tema. Rider yang diberi nama drive ini menggunakan tayar dan kereta mini sebagai senjata utama. Setiap tayar mempunyai keistimewaan sendiri contohnya seperti tayar max flare yang boleh beri kuasa api kepada drive, justice hunter yang bagi drive kuasa untuk jail roidmude (raksasa dalam siri drive) mad doctor yang membolehkan drive heal diri die anytime, anywhere dan sebagainya. Aku nak cerita detail pasal drive tapi rasanya dah terlambat sebab siri ini cuma tinggal 8 episod je lagi untuk tamat. Jadi, bagi peminat kamen rider seperti aku boleh cek laman web macam wikipedia atau wikia untuk lebih detail pasal drive. Sekarang, aku nak move on ke next rider! ^^


Macam ni rupe kamen rider drive tu. Ok, move on!

Sejak bulan 6 yang lepas, rumor tentang konsep rider yang paling baru mula tersebar luas. Antara rumor yang paling terkenal ialah kamen rider yang berkonsepkan fesyen pakaian. Memang unik dan aku teringin jugak nak tengok macam mana konsep ini akan diperkenalkan sepanjang cerita. Dengan konsep yang macam ni, apa pulak nama yang akan diberikan bagi setiap upgrade dan form rider yang baru ni? Seperti biasa jugak, ade yang suka dan ada yang rase konsep ni tak masuk akal. Tapi, mengambil iktibar dari konsep gaim barangkali, arguing antara fan kali ini tak worst mane.

Tak lama lepas tu keluar pulak rumor yang kelihatan lebih horror dan lebih dark. Dikatakan kamen rider yang akan datang akan menggunakan patung sebagai kuasa utama die. Misi kamen rider ini adalah untuk menangkap setiap raksasa yang ada serta mengurung semua raksasa tadi dalam setiap patung yang berlainan. Selepas dikurung, rider berkenaan boleh guna patung tadi sebagai sumber kuasa baru die. Rumor ni mendapat rasa tidak puas hati sesetengah fan disebabkan konsep yang kelihatan sama macam kamen rider blade. Berbezanya dekat sini, kad ganti dengan patung.


Logo untuk rider paling baru, ghost!

Tapi, semua rumor tadi telah terpadam begitu saja bila TOEI akhirnya patenkan nama rider yang paling latest sebagai ghost. Mereka yang masih mengharap fesyen sebagai tema rider kali ni mengeluarkan hujah tentang sebutan nama rider tersebut. Pendapat mereka, ejaan yang sebenarnya g-host bukanlah ghost. Tapi akhirnya, beberapa gambar permainan based on siri rider baru tersebut telah membuktikan tema rider kali ini sememangnya hantu dan rider kali ini confirm bernama ghost! Bukan g-host seperti yang didakwa oleh sesetengah fan tadi (Fan perempuan kot).

Cerita kamen rider ghost lebih kurang macam ni.

Takeru tenkuuji, watak utama bagi siri kali ini bercita cita untuk menjadi penangkap hantu yang handal. Nasib takeru mula berubah bila suatu hari, ayah yang telah lama mengabaikan diri dia telah bagi dia sejenis objek berbentuk bola mata yang dipanggil ghost icon. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila takeru telah dibunuh oleh ganma, makhluk dari dimensi lain yang juga sedang mencari ghost icon tersebut. Untuk melindungi akari, kawan takeru sewaktu kecil, takeru telah bangkit semula dari alam roh, guna kuasa dari ghost icon tadi bersama sama dengan ghost driver untuk berubah menjadi kamen rider ghost. Misi utama takeru ialah untuk mengumpul 15 ghost icon "great men" dalam tempoh 99 hari dan sekiranya berjaya, hajat takeru akan ditunaikan.

Jalan cerita rider kali ini, bagi aku memang lain dari yang lain. Buat kali pertama someone yang telah dibunuh resurrect balik dan jadi kamen rider. Even design rider kali ini bagi aku memang unik dan kreatif, Sebagai contoh lakaran epal dekat helmet bagi newton damashii (soul) serta lakaran not not muzik dekat helmet bagi beethoven damashii bagi aku sangat kreatif. Siri kamen rider ghost akan mula bersiaran dekat jepun pada 4 oktober 2015 nanti. Dekat malaysia? 4 tahun akan datang kot. =P Ape pun, peminat kamen rider semua, jom same same looking forward to this ghost rider!


Ore damashii, siap pakai hood. Jangan main main =P

Monday, September 9, 2013

Fruit Samurai.. I Want Orange!!


Fruit samurai.. I want orange!! Assalamualaikum, seperti biasa setiap tahun sejak awal bulan jun lagi telah start rumor mengenai hero favourite aku untuk tahun 2014. Sape? Tak lain tak bukan.. kamen rider! ^^ Seperti bese, sebagai sorang peminat kamen rider sejak azali lagi.. time macam ni memang aku nanti kan sebab mase macam ni r pelbagai rumor akan dikuarkan peminat kamen rider mengenai konsep atau tema kamen rider yang seterusnye. Ada yang sampai berperang dalam forum berkaitan disebabkan tak same pendapat padahal dorang tak kenal pun dengan sape dorang berperang sebenarnye.. +__+

Untuk kali ni, antara rumor yang menarik perhatian ramai adalah rumor tentang kamen rider break yang dikhabarkan bakal menggunakan konsep breakdance dan muzik sebagai tema. Rumor kedua pulak mengenai kamen rider succeed yang mengisahkan seorang pelajar dari bidang agriculture telah bertukar menjadi kamen rider. Seperti kebiasaan yang terjadi setiap kali kuar nye rumor mengenai hero favourite aku ni.. rumor kali ini turut disambut baik dan juga buruk oleh lain lain pihak. Selain itu, rumor lain yang didengari adalah rider yang berkonsep ninja, konsep samurai dan juga konsep buah buahan.


Logo untuk kali ini, nampak samurai kat situ

Semua rumor berkaitan kamen rider 2014 terjawab bile TOEI akhirnye telah register copyright dan trademark rider yang baru pertengahan bulan jun lalu. Korang jangan terkejut pulak sebab memang setiap kali rider baru nak di introduce kan, syarikat yang responsible untuk rider tersebut (bese nye TOEI) bukan je akan register copyright dan trademark tu, tapi lepas siap register copyright name sume, satu sidang media akan diadakan untuk bagitau dekat sume tentang jalan cerita, konsep serta memperkenalkan name name rider dan pelakon yang akan terlibat kali ini. (Kuat pengaruh kamen rider kat sane)

Sebaik saje diperkenalkan, macam tahun lelepas.. mula r segelintir kuar ayat tak suke dengan konsep tahun ni, tak nak tengok dah kamen rider, lagi baik kamen rider stop dan so on. Aku pun awalnye memang nak gelak. Mane tak nye, lepas era heisei start tahun 2000 dengan kuuga tema kumbang, agito pun kumbang, ryuki naga ngan kad, faiz smartfon, blade kumbang ngan kad, hibiki oni ngan disc, kabuto kumbang, den-o keretapi, kiva vampire, decade kad, double pendrive, ooo medal, fourze space ngan switch, wizard magic ngan ring, latest ni tema samurai. Ok lagi tapi kalau sekali ngan buah buahan? Err.. @.@


Dari kiri acorn, banana, orange, grape ngan melon.. @.@

Mungkin sebab bosan dengan tema serangga dan haiwan sejak zaman showa lagi, TOEI akhirnye telah decide untuk guna buah buahan sebagai tema rider yang seterusnye.. (O.O) !! Rider kali ini diberi name gaim dan akan guna oren sebagai default form die (O.O)!! Rider lain akan menggunakan buah buahan lain seperti pisang, anggur, melon dan jugak acorn.. (O.O)!! Memang kne bash gile gile nye tema yang baru ni. Ramai yang tak dapat time dan anggap TOEI nak buat rider ni jadi bahan gelak. Tapi lepas trailer demi trailer kuar, aku tengok ramai orang mula tertarik dan merasakan tema kali ini agak unik!

Sedikit jalan cite kamen rider gaim..

Kamen rider gaim mengisahkan kota kazuraba, seorang anak muda yang pada awalnya anggota dance krew dikenali sebagai team gaim, tapi decide untuk kuar dari team tu sebab nak keje dan tolong adik die. Kehidupan waktu tu agak padat disebabkan company dipanggil yggdrasil corporation telah build bangunan bangunan besar sampai anak anak muda rase macam tinggal dalam istana. So, untuk hilangkan rase camtu.. dorang habiskan mase dengan tubuhkan dance crew dan jugak bermain satu game yang menggunakan satu item dipanggil lockseed. Dalam lockseed terdapat sejenis monster dipanggil inbess yang datang dari dimensi lain. Semakin game tu femes, tanpa dorang sedar.. inbess tadi telah membuka pintu ke dimensi yang lain sehingga menyebabkan inbess boleh kuar ke dunia nyata dan menyerang bumi. Kota kazuraba yang secara tak sengaja menjumpai sengoku driver akhirnya telah berubah menjadi kamen rider gaim dengan mencantumkan kuasa driver tersebut dengan special lockseed kepunyaan die untuk menewaskan monster inbess tersebut serta rider yang lain.

Writer kali ni bagitau jalan cite kamen rider gaim akan kembali balik macam zaman agito dengan kuuga dulu dimana lebih serius dan penuh misteri (macam ayat tahun lepas je) Few trailers yang dah kuar baru baru ni memang buat orang lain mula menerima tema buah buahan tersebut (standard r tu) dan aku sendiri rase trailer yang dikuarkan memang nampak epic dan menarik. Futhermore, trailer tu nampak really badass!! bukan bad ass tapi badass ok! Ape pun, bagi fan kamen rider.. nanti kan je siri kamen rider gaim bersiaran di udara 6 oktober nanti.. kat jepun r tapi.. =P Tu je r aku nak cite ari ni. Sekian.. Salam.. =)


Kamen rider gaim ready for action 6 october 2013.. =)

Friday, June 29, 2012

Kamen Rider Wizard


Kamen rider wizard. Sekali lagi tajuk paling direct pernah aku bagi. Seperti bese ari Jumaat merupakan ari di mana aku menaip entri yang lebih santai daripada bese. Santai di sini bermaksud sesuatu yang korang tak perlu nak amek serius sangat. Seperti yang korang tau, tuan nye blog ni merupakan sorang peminat tegar kamen rider so untuk entri kali ni sekali lagi aku nak story pasal hero feveret aku tu. Tapi disebabkan aku tau tak sume minat kamen rider ni, so kalau ade yang nak skip bace dan pergi lebih jauh.. its ok. Tapi ape pun, buku merah jangan lupe bawa moga2 belum tamat tempoh =P

Kepada yang still berminat, leh terus baca bawah:

Satu situasi normal yang bese berlaku setiap kali nak masuk pertengahan tahun bagi aku dan fan2 kamen rider yang lain ialah rumor mengenai tema bagi kamen rider yang akan datang. Bende ni normal sebab siri kamen rider bese nye akan habis antara bulan 8 ke bulan 10 so memang dalam 3 bulan sebelum tarikh tu, fan kamen rider akan mula meneka tema untuk next season.

Antara rumor yang paling femes dalam bape bulan lepas ialah kamen rider yang menggunakan smartphone untuk bertukar. Rumor ni timbul disebabkan dunia yang semakin maju dengan sume orang menggunakan iphone, galaxy macam2 dan gak blackberry (aku je still setia ngan sony ericsson) Tak lame pastu muncul lak satu lagi rumor tentang kamen rider yang menggunakan tema painter? Rumor ni disambut baik sesetengah fan dan gak turut direject fan lain. Namun, rumor ni gak stop bile terupload satu pic kamen rider bernama saido yang bertemakan ninja. Tapi. kalau dah rumor tu.. rumor gak.


The logo.. siap ade naga kuar api lagi. credit : jefusion

Akhirnye dalam minggu lepas, sume rumor mengenai tema kamen rider baru terjawab bila Toei register name wizard sebagai kamen rider heisei series ke 14. Dengan mengikut tradisi rider sebelum ni macam kuuga, ryuki, 555, kabuto, den-o dan gak kiva, kamen rider heisei ke 14 wizard kembali guna merah hitam sebagai main kaler rider pas 4 season guna warna2 yang lain.

Satu isu yang fan kamen rider cukup concern ialah sistem yang digunakan untuk henshin (bertukar) Aku memang harap sangat trend menggunakan loop i = i + 1, i = 0, i++ dengan i = item untuk henshin dihentikan sebab aku tak sanggup tengok tahun2 akan datang, monster siap leh makan popcorn lagi sebab tunggu kamen rider bertukar lambat sangat. Trend ni bermula sejak tahun 2009 lagi dengan pertukaran decade guna 1 belt dan 1 card, kemudian next season double 1 belt dan 2 pendrives pastu lak ooo bertukar guna 1 belt dan 3 medals dan paling terkini fourze 1 belt dan 4 switches.

Wizard akan guna belt dan ring untuk henshin. So aku harap jangan sampai kne guna 5 rings untuk bertukar. Mengantuk monster tunggu nanti =_= Satu press conference telah diadakan untuk kamen rider ni. Korang jangan terkejut sebab memang tiap2 tahun press conference akan dibuat setiap kali dorang nak introduce rider baru. Sebabnye, kamen rider kat jepun satu brand yang femes!


Cami r rupe nye kamen rider heisei number 14

Sedikit jalan cite kamen rider wizard mungkin:

Kamen rider wizard, bertemakan magic mengisahkan haruto sohma yang terselamat dari menjadi korban satu ritual kuno semasa gerhana matahari (solar eclipse) telah memperoleh satu kebolehan luar bese. Haruto sohma kemudiannye telah diberikan satu set tools oleh sorang white witch yang misteri. Dengan menggunakan tools tersebut, haruto sohma boleh bertukar menjadi kamen rider wizard dan telah diberi tanggungjawab untuk protect manusia dari musuh (dikenali sebagai apparitions) yang lahir melalui ritual solar eclipse tersebut. Antara misteri dalam siri kali ini.. bagaimana haruto sohma leh survive dalam ritual tu? Sape white witch dan gak koyami, sorang lagi survivor dalam ritual tu dan ape tujuan sebenar ritual during solar eclipse tu diadakan?

Based on jalan cite, aku rase season baru ni mesti lagi menarik. Kamen rider once again back on their track, jalan cite yang dark dan misteri. Aku rase last season yang guna jalan cite dark macam ni ialah kiva tahun 2008. Pastu, siri kamen rider lebih kepada humor dan agak santai. Memang aku ternanti kamen rider ngan jalan cite serius camni. Kamen rider wizard, kalau takde aral melintang dijangka akan start ke udara pada 2 september 2012. Sape lahir time tu leh r celebrate besday sekali ngan kamen rider paling latest ni.^^ Ape pun as kamen rider fan, to wizard.. welcome to kamen rider legacy!

Kepada yang no idea pasal kamen rider tapi still bace, time kasih banyak2 =)


Sebelum tamat entri, end pose dari si wizard ^__^
ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates