Showing posts with label task. Show all posts
Showing posts with label task. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Appreciated..


Appreciated.. Assalamualaikum.. semalam sempat r aku on call dengan blogger mata cantik selepas hampir seminggu tak contact. Memang salah aku tak contact sebab.. ade r sebab die. =P Tapi bile lame tak contact, banyak isu yang boleh dicitekan. Cume sebab aku memang tak reti bersembang dalam fon, aku banyak dengar je r.. +__+ Entah cane tibe tibe boleh kuar cite pasal blog so aku layan je r.

Blogger mata cantik cakap blog aku ni merupakan satu blog yang dianggap special oleh readers aku. (Masalahnye ye ke?) Sume nye disebabkan habit aku yang suka drop komen banyak banyak dalam entri kenalan blogger lain sampaikan ade certain readers siap buat entri lagi pasal blog aku. Die cakap lagi, dekat mane mane blog die pergi.. aku top commentator dekat blog tu. (Lagi sekali ye ke?)

Bagi aku, aku takde pun rase macam tu. Sebab bukan aku sorang je yang macam tu. Banyak lagi blogger lain yang suka drop komen banyak banyak dalam entri blogger lain. Tambah lak, aku tak buat macam tu dekat sume blog sebenarnye. Bukan sume blog ye.. Aku cume buat macam tu dekat blog blog yang ade dalam bloglist aku je. (Nampak tak pengakuan berani aku dekat situ?)

Aku bukan femes macam najwa latiff di mane time aku follow blog die dulu, esok je dah bertambah 1k follower die. (Sekarang follower dekat 20k) Senang cite nye, aku ni macam sesetengah blogger yang pernah merase follower 10 orang hampir setahun, blog sepi tanpa sorang pembace, entri yang kosong komen die walaupun aku dah ubah bahase blog aku dari london ke melayu.

Senang cite nye, aku pernah rase zaman orang wat tak reti dengan entri aku sebab follower aku tak sampai 3 angka pun. Aku pernah rase perasaan down bila taip r cite sehabis menarik yang boleh tapi takde sape peduli disebabkan blog aku yang langsung takde orang tau. Aku dah pernah rase blog aku ditendang macam bola oleh sesetengah blogger yang rase diri die memang femes habis.

Pernah aku join segmen bloglist sorang blogger yang memang dikenali waktu dulu. Semangat aku nak join dengan harapan boleh bantu aku. Tapi bile aku cek, blog aku terletak dekat bloglist yang ketujuh atau kelapan atau senang cite, bloglist paling bawah dalam blog die. Soalan aku dekat korang, sape yang rajin scroll sampai bawah untuk tengok blog dalam setiap bloglist die?

Aku tak kesah sume tu, tapi kalau yang tukang buat bloglist tu pun buat tak reti gak ape cite kan? Ayat sembang nak kenal ngan blogger baru tapi blogger femes tu gak yang die terjah selalu. Lepas tukar design baru, blog aku out macam tu je. Damn kan? Lepas tu aku stop join segmen bloglist bagai tu dan cube untuk pastikan diri aku tak jadi blogger macam dorang sume tu.

Sekarang macam korang nampak, blog aku ni boleh r dikatakan ditime kebanyakan blogger lain walaupun entri sampai kelaut sekalipun.. +__+ Sebab tu, mane mane je blogger yang singgah blog aku.. kalau ade tinggal jejak aku akan datang balik blog dorang sama ada cepat atau lambat je. Tapi memang selagi boleh jejak, aku akan jejak dan tinggal komen aku dekat situ.

Reason aku simple je, aku tak nak readers aku rase ape yang aku lalui dulu. At least bukan dari aku. So, even aku tak boleh tolong up kan follower korang sampai ribu riban, aku boleh follow dan komen entri korang sehabis mampu dan hope, komen aku tu boleh buat readers aku rase dihargai dan terus berblogging. Sekian je entri tanpa conclusion aku untuk hari ni. salam.. =)

Friday, February 1, 2013

Neighbour..


Neighbour..  Assalamualaikum.. berikutan selingan dalam salah satu entri baru baru ni.. ade beberapa kenalan blogger tanye ape yang aku maksudkan dengan jiran blogger tu? So, untuk entri hari ni.. aku nak explain pasal term jiran blogger tu. Tapi, sebelum tu.. ade sorang blogger tanye pasal mane nak download drama setia hujung nyawa tu? Jawapan yang aku boleh bagi.. sebab adik aku yang download kali ni.. aku pun tak tau site mane yang die guna. Ape yang penting, balik kampung nanti, aku cucuk je hard disk aku, copy dan setel.. =P Tapi aku rase kalau search kat google boleh je jumpe. So good luck! ^^

Berbalik kat topik pasal jiran blogger tu. Sebenarnye jiran blogger tu satu term yang aku ngan sorang blogger gunakan untuk refer kepada feed. Kalau sesapa yang rajin observe gadget dalam page element ni, mesti korang tau ape bende sebenarnye feed tu. Feed ni sebenarnye satu lagi cara untuk kongsi link sesama blogger cume yang agak lain nye dekat feed tu, satu gadget feed cume boleh letak satu blog url je dan ape yang akan dipaparkan dalam blog nanti ialah beberapa entri latest url yang korang letak tadi. Berbeza dengan bloglist yang mana korang boleh letak banyak url blog kenalan dalam satu gadget.

Cume, sebab aku dan blogger tu malas nak guna term feed tu, so kitorang panggil r gadget tu sebagai jiran blogger. Macam mane boleh jadi jiran blogger ni? Cite nye macam ni, tak silap aku dalam tahun 2010, sorang blogger yang aku rase femes mase tu ajak aku untuk tukar url feed dengan die. Aku yang mase tu memang zero pengetahuan pasal gadget gadget blog ni memang agak blur r. Tapi die cakap die boleh ajar aku so aku pun setuju je r. Tambah lak, sorang blogger yang mase tu ade follower dekat 2000++ sudi nak tukar url feed dengan blog kecik aku ni, macam tak percaya lak. So aku pun setuju je r.

Tapi, mase tu sebab internet yang lembab mengalahkan kure kure, aku pun cakap kat blogger tu nanti internet ok, baru same same wat. Pendek kan cite, beberapa hari lepas tu kot.. aku chat blogger tu dan bagitau line internet ok so boleh r nak bertukar url feed tu sekarang. Blogger tu pun ajar aku. Memang agak simple je r care nye. Pergi dekat layout, klik add a gadget, amek feed, lepas tu letak url blog yang korang nak kongsi, isi pape yang patut, save dan setel. Senang kan? So lepas dah buat ikut arahan tu, korang akan dapati yang url blog korang letak dalam feed tadi dah ade dekat dalam blog korang.

Ape yang membezakan feed gadget dengan bloglist gadget ialah paparan die sendiri. Dengan menggunakan feed gadget, selain dapat promote blogger tu sendiri, gadget ni boleh promote entri entri latest yang blogger tu update. Kire satu advantage untuk blogger yang rajin update sampai 4 ke 5 entri sehari sebab ape yang diupdate tu akan dipaparkan dekat feed gadget tadi. Berbeza dengan bloglist yang cume akan paparkan entri paling latest korang. Kire kalau update 10 entri sekali pun, dalam bloglist cume akan letak satu entri paling latest gak kan? Dekat situ r advantage bagi sesape yang guna feed gadget ni.

Kesimpulan nye, tu r sedikit sebanyak yang boleh aku terangkan pasal jiran blogger atau bahase formalnye feed gadget. Kalau sesapa rase nak kongsi feed gadget tu dengan mane mane blogger yang korang nak, korang helo helo je dorang dan kalau masing masing setuju, ikut je step mudah aku letak kat atas tadi. Tapi, ingat.. jangan main pakse pakse ye. =) Pendapat aku, jiran blogger ni memang membantu bagi blogger yang rajin update lebih dari satu entri sehari tapi bagi aku yang update sehari sekali lepas tu weekend cuti ni rase takde efek sangat guna jiran blogger ni. +__+ So, tu je r untuk hari ni. Salam.. =)


Contoh feed gadget @ jiran blogger. Blog bekas jiran --> SINI

Friday, January 25, 2013

Modification..


Modification.. Assalamualaikum. Ade tak yang perasan sejak pagi tadi korang tak dapat nak excess blog aku ni? Kalau takde.. err ok.. (Sambil menahan rase pasrah dalam diri) Kepada yang kot kot notice dan nak tau kenapa aku hide jap blog ni, sume disebabkan aku telah decide untuk membuat beberapa perubahan dan penambahan dekat blog aku ni sempena tahun baru kali ini. Sebelum aku cite lebih lanjut tentang beberapa perubahan, kat sini aku nak mengucapkan salam maulidur rasul dekat sume readers yang rajin menerjah dan bace entri dalam blog aku ni.. =) So, ape yang telah aku modified dan telah aku add dalam blog aku untuk tahun ini? Nak tau boleh bace kat bawah.

New template, new header with new quote??

Seperti yang korang boleh nampak, kaler gelap blog aku yang sebelum ni telah diganti dengan template yang ade sedikit kaler merah kat dalam die. So, untuk match kaler template yang baru.. aku telah memaksa adik aku yang memang terror guna photoshop tu untuk wat header yang baru untuk aku. Kali ni, aku telah add up objek merah takde name sebagai hiasan dalam header aku. Mask yang jadi trademark masih aku kekalkan dekat situ tapi untuk header aku yang number tiga ni, sekali lagi aku telah gunakan quote yang berlainan dan kali ini lepas lame pikir, aku decide untuk guna "Life is what we need to construct, since its not just simply a contract." sebagai quote bagi header aku kali ini.

No more facebook badge to be displayed.

Aku decide untuk remove gadget facebook badge aku dari blog. Antara reason aku wat macam tu ialah aku plan untuk pisahkan balik life aku dalam facebook dengan identiti aku dalam blog, macam yang pernah aku wat sebelum ni. So, mane r tau kalau ade readers baru untuk blog aku nanti in the future.. bagi aku cukup r kalau dorang just kenal aku melalui penulisan aku. Dengan kata lain, aku nak develop balik imej aku yang misteri dan tak diketahui mane mane blogger sebelum ni (Nampak sengal dekat situ kan? =P Tambah lak, aku memang dah jarang berfacebook.. so bagi aku macam takde point lak aku letak badge tu untuk orang add aku tapi sebulan pastu baru aku approve.. err.. +__+

Reference bloglist decrease into ten.

Untuk yang masih tak bape jelas, dekat sini aku nak jelaskan.. bloglist name mocha dengan latte ialah bloglist yang aku namekan reference bloglist. Aku namekan macam tu disebabkan blog yang terdapat dalam mocha dengan latte ni merupakan blog yang bagi aku boleh dijadikan reference bagi blogger baru yang masih mencari arah dalam penaipan blog. Tapi, untuk tahun ni.. aku decide untuk tinggalkan blog reference yang pada asalnya dua puluh menjadi sepuluh je.. lima blog lelaki dan lima blog pompuan. Bagi aku, sepuluh blog yang aku tinggalkan ni dah cukup untuk dijadikan reference bagi blogger baru. Tambah lak, beberapa blog reference lain aku nampak dah tak aktif menaip lagi.

Bloglist modification and debut of coffee.

Aku dah check bloglist aku dan aku dapati beberapa blog dalam certain bloglist dah tak exist lagi. So, memang takde pilihan.. aku terpakse remove blog tersebut sebab bagi aku no point untuk simpan url blog dah tak wujud kan? Untuk samekan balik bilangan blog dalam setiap bloglist.. aku dah ubah beberapa kedudukan blog dalam bloglist.. dan seperti yang aku pernah state dalam note entri sebelum sebelum ni, aku telah tambah satu lagi bloglist yang diberi nama coffee. Seperti sebelum ni gak, aku sendiri telah decide blog mane yang aku nak masukkan dan diharap coffee takkan malas macam akak dan abang senior dorang dalam chocolate, vanilla dengan cappuccino tu ye? =P

Akhir kata, tu r antara perubahan yang boleh korang nampak aku buat untuk blog aku kali ini. Perubahan lain macam jumlah dalam flavour dan susunan widget. So, dekat sini aku harap sume readers aku akan menerima perubahan dalam blog aku ni. Harap misteri kehilangan blog aku pagi tadi terjawab melalui entri ini ye. Memang saje aku hide kan so senang keje aku nak modified sikit blog aku yang dah setahun takde perubahan ni.. +__+  Siap ade budak lepasan spm yang mesej tanye lagi nape tak boleh nak open blog aku ni. Tak sangka femes gak aku ni rupe nye.. =P (Perasan dengan riak yang tak dapat diselamatkan lagi) Cukup r sampai kat sini entri aku malam ni. Salam.. =)

Friday, January 11, 2013

MP3 Tag..


MP3 tag.. Assalamualaikum kat sume readers. Seperti yang pernah aku bagitau, aku ni someone yang suka cari dan discover sendiri certain things yang aku rase orang tak minat nak buat. Sebagai contohnye, entri yang aku bagi match dp dengan timeline dalam facebook tu r. Aku yakin tak ramai yang berminat nak cari cara nak wat macam tu. Tapi, kepada yang memang ade minat yang same macam aku, suka discover dan blaja bende pelik tapi interesting, aku harap entri tu dapat membantu korang. =)

So hari  ni, aku nak share something yang ada kaitan dengan mp3 iaitu gambar dalam mp3. Aku yakin kebanyakan enset yang korang guna sekarang ni dah dilengkapi ngan kemudahan mp3 kan? So, kalau korang bukak mp3, korang akan dapati ade certain file mp3 korang akan ada gambar kuar mase korang play file tu. Bese nye gambar tu akan tunjuk group yang menyanyikan lagu yang korang play tadi atau pun akan tunjuk cover album yang relate dengn lagu yang korang play. Contoh kat bawah:


C-Clown - Solo, lagu korea favorite aku wat mase sekarang ^__^

Gambar macam kat atas ni kalau tak silap aku orang panggil mp3 tag. (Kalau salah sila betulkan ye) Kalau korang notice, ade certain file mp3 yang kalau korang play akan kosong je tanpa sebarang gambar. Aku tak tau r cane korang, tapi aku memang rase tak best kalau ade certain file yang ade gambar, certain lagi takde. Senang cite, aku kalau boleh nak sume standard je. Kalau ade gambar, biar sume ade (Pelik ke normal?) So, aku pun cari menerusi internet dan jumpe solution kepada masalah ini. =P


Contoh mp3 takde tag.. aku tak boleh tengok mp3 camni! -- Sengal +__+

So, kepada sesape yang same macam aku, rase tak best tengok mp3 kosong macam tu.. kat sini aku nak share dengan korang cane nak masuk kan mp3 tag dalam file mp3 korang yang plain macam kat atas tu. First sekali korang kne download satu software yang dinamekan mp3tag. Just search je google dan taip mp3tag mesti jumpe. Tak pun susah sangat korang klik je --> SINI Lepas dah setel mendownload (3.06mb file kecik je) Sile install kat mane mane korang suke dan run software tadi.


Rupe software mp3tag yang sedang di run kan..

Bila dah run software dalam link aku bagi tu, macam kat atas ni r yang akan kuar kat screen korang. Kalau ade yang jenis lain, aku tak sure pulak. Ok, so lets start kepada sesape yang berminat nak tau. Mula mula sekali, macam aku state dekat atas tu, korang klik kat icon tu (Change directory) dan cari location file mp3 korang nanti akan kuar macam kat bawah ni. Gerakkan cursor dan korang akan dapati file yang plain tak kan tunjuk pape gambar kat belah kiri sebelah bawah. (Tengok gambar)


Confirm file ni memang takde gambar bile play nanti..

Untuk masukkan gambar dalam file mp3 tadi, first thing to do, korang cari mane mane gambar yang korang rase nak gunakan pastu simpan kat tempat senang cari. (Contoh kat desktop) Lepas tu korang klik icon macam aku tunjuk kat gambar bawah (Extended tags) nanti akan kuar paparan macam kat bawah ni. Bile dah kuar paparan macam ni, korang klik kat icon aku tunjuk (Change cover) dan locate balik gambar yang korang nak gunakan sebagai mp3 tag korang macam aku tunjuk dekat bawah:


Mula mula klik situ, lepas tu klik kat sinun pulak ye.. =)

Lepas buat macam aku cite kat atas, nanti akan kuar r gambar korang pilih sebagai mp3 tag korang. Contoh korang boleh tengok macam gambar yang aku letak dekat bawah ni. So, kalau rase rase dah puas hati dengan gambar yang dipilih, korang klik je icon save tu lepas tu klik ok dan setel. Kalau rase tak cantik dan nak guna gambar lain, korang just klik icon delete dekat bawah icon save tadi, lepas tu ulang step macam aku cite kat atas untuk pilih gambar lain yang korang suka. Dah ok, save.


Bertindak mengikut arahan, akan dapat r paparan yang macam ini..

Lepas tekan ok, korang akan nampak ruang bawah belah kiri yang kosong tadi dah ade gambar yang korang pilih. Sekarang secara automatiknye, mp3 yang plain tadi dah ade gambar bile korang play dalam enset korang. Senang je kan? Satu yang aku rase best tentang software ni, memang sangat laju sebab kurang 5 minit, software ni boleh open lebih kurang 3000 file mp3 aku. Sekian je entri aku untuk hari ni. Sesape yang berminat nak try boleh r mencube ye. Tak nak tak pakse. Ok. Salam.. =) 


Sekarang baru puas hati bile play file ni dalam enset -- Masih sengal =P

Thursday, January 3, 2013

25 Random Facts About Me..


25 random facts about me.. Assalamualaikum, pada tahun lalu aku telah di tag oleh dua orang akak untuk wat satu task yang same. Tapi atas kebizian dan gak sifat malas yang melanda, cuma tahun ni baru aku berkesempatan untuk buat task tersebut. Ape pun "time kasih banyak banyak" aku ucap kepada dua orang tersebut yang "tersangat sangat r baik hati kemain" sampai sudi mengetag aku.. 

Actually, ade syarat yang aku kene patuhi bile nak wat task ni iaitu:

"Sebaik sahaja anda telah ditag, anda rasa untuk menulis nota, dengan 25 perkara fakta, rawak, tabiat atau matlamat tentang anda. Pada akhirnya, memilih 25 orang untuk ditag. anda perlu menakrifkan orang yang tagged anda. Jika saya tag anda, ia adalah kerana saya ingin tahu lebih lanjut mengenai anda. Kerjasama anda amat dihargai" -- Ehsan daripada google translate +__+

Tapi rule dibuat untuk dilanggar =P so bab tag orang tu aku skip je r ye? 

First - Stage name yang aku guna (Ko ingat ko artis? =P dalam blog ni ialah kay_are. So cane leh dapat kay_are? Name betul aku yang tengah tengah, khazreel tu, aku amek awalan suku kata k dengan r dan untuk nampak lebih bergaya.. kononnye, aku ubah k jadi kay, r jadi are.. jadi r kay_are. Bergaya kan? =P

Second - Aku ni anak yang number dua dari lima orang adik beradik. Dengan senang cakap nye, dekat bawah aku ade lagi dua orang adik pompuan dengan sorang adik laki. Tapi still kakak aku memanggil aku dengan panggilan "adik". Terbukti dekat situ yang aku memang kelihatan muda remaja kan? ^__^

Third - Sifat ingin tahu yang sangat tinggi menyebabkan aku pernah sekali pegang ekzos motor abah aku yang mase tu baru je lagi dimatikan enjin nye. Hasilnye, memang menjerit r aku lepas tu. Sekarang baru aku percaya yang ekzos motor yang baru dimatikan enjin memang sangat panas. Tak caye try sendiri.

Fourth - Waktu kecik dulu aku memang malas nak pergi sekolah tadika sebab bagi aku tak best dan tak mencabar. So, akhirnya aku end up dengan sekolah tadika setahun je.. tu pun time kasih kepada sebotol sos yang membantu aku mengubah persepsi aku tentang alam persekolahan.. ye r sangat.. +__+

Fifth - Pernah menipu adik aku yang number empat dengan cakap dekat die yang whiskas, makanan kucing tu boleh dimakan manusia. Adik aku yang masih kecik lagi mase tu percaya cakap aku dan menelan beberapa kepingan whiskas. Aku pulak memang gelak je r sebab berjaya menipu adik.. =P

Sixth - Sifat riak yang tinggi dalam berbeskal menyebabkan aku dapat parut dekat bahu belah kanan. Sume disebabkan rilek je makan sambil bawak beskal dan tak sedar ade bonggol kat depan tu. Tau tau je aku dah terlentang menghadap jalan. Memang best betul rase nye. Sesape nak tau cane rase boleh tiru aksi tersebut.

Seventh - Pernah menjadi mangsa serangan air panas disebabkan sekeping penutup everyday tin hijau yang entah cane boleh jatuh mase aku tengah sibuk bancuh air. Memang sampai sekarang aku masih tertanye cane penutup everyday tin hijau tu boleh langgar cawan ade air panas tu sampai jatuh? Kuat betul!

Eighth - Mase sekolah rendah pernah dilantik sebagai pengawas yang bertugas menjaga kantin. Jawatan tu aku gunakan sebagai alasan untuk kuar rehat sepuluh minit lagi awal dari pelajar lain. Tapi still mase budak budak dah kuar rehat, aku tak jage pun barisan dan terus makan dengan rileknye.. Err..

Nineth - Pernah sekali pengsan mase bertugas jadi mc dalam satu perhimpunan dekat sekolah rendah. Sume nye disebabkan tak sempat nak sarapan sebab tak prepare ape ape lagi untuk perhimpunan pagi tu. Hasilnye, aku telah diblanje makan oleh cikgu pj aku dekat kantin sekolah selepas perhimpunan pagi tu.

Tenth - Ade sekali mase zaman sekolah rendah aku terpakse stay up sampai pukul tiga pagi sebab nak siapkan buku log pengakap untuk pergi perkhemahan keris perak. Siap kene ceramah lagi dengan family aku sebab tak nak siapkan buku log yang memang tebal tak ingat tu awal awal. Dah malas nak wat cane kan?

Eleventh - Menjadi student yang pertama telah muntah mase orientasi dekat sekolah asrama. Sume nye disebabkan makanan dewan makan yang pada waktu itu memang "sedap sangat nak habaq mai" sampai kan aku tak dapat nak time pun makanan tu dalam perut. Nasib lame lame dapat besekan gak.

Twelveth - Aku paling minat subjek matematik, tak kire r matematik moden ke matematik tambahan ke.. asal namenye matematik, memang aku minat sangat. Minat aku yang mendalam dalam matematik ni sampaikan kadang kadang cikgu pun suruh refer aku bile ade student tanye penyelesaian matematik ni.

Thirteenth - Aliran muzik yang aku layan dari aku kecik ialah rock kapak kemudian beralih kepada muzik nasyid (Taknak caye sudah =P lepas tu aku telah change ke hardcore metal (mcr, linkin park, muse, soad) dan yang terkini dan terlatest aku telah tertarik untuk melayan dan mendengar lagu lagu korea. Best weh!

Fourteenth - Sangat suka mendownload movie setiap kali ade kesempatan dan kadar internet yang laju, tapi still lebih berminat untuk tunggu movie yang didownload tu kuar dan tonton dekat tv je daripada tengok movie yang dah didownload tu dalam laptop. Korang rase perangai yang macam tu pelik ke normal? Err 

Fifteenth - Seorang yang memang gile kamen rider sejak dulu lagi. Terlalu gile sehinggakan ape ape je bahan media yang related dengan kamen rider, pasti akan dicari sampai dapat termasuk r cdbox cite kamen rider full episode, magazine, lagu, movie, gambar, klip video, etc. Nak pinjam bak sini singgit..=P

Sixteenth - Memasang cita cita untuk membeli sekeping heritage cherry sunburst gibson les paul standard pas tengok anime k-on. Harga dalam 3k kot kalau tak silap aku. Sape yang baik ati nak blanje? =P Ade sesape yang tak tau ape mende tu? Tak tau sile rajin menelaah google. Pastu belikan untuk aku boleh? 

Seventeenth - Tak pernah ade rase minat yang mendalam untuk memiliki sekeping blackberry, iphone atau pun galaxy yang bagi aku kebanyakan nye bersaiz besar kemain. Aku sampai sekarang lebih prefer enset sony yang mempunyai bentuk lebih kecik, solid, molid dan senang nak simpan dalam poket.

Eighteenth - Aku ni sorang yang garang lagi pemarah cume selagi boleh control, aku control. Tapi bile satu tahap tak boleh control dah, memang akan meletup habis. Mase tu memang sorry r kalau nak nasihat aku ke ape kan. Memang takde nye aku nak time nasihat sesape mase tu. So jangan buat aku marah! =P

Nineteenth - Minat dalam kpop sampaikan aku tengok mv same ulang ulang just sebab nak kenal muka sorang sorang. Sekarang ni, kalau setakat nak bagitau name member dalam 2pm, 2am, shinee, super junior, bap, btob, cnblue, ftisland, b1a4, etc dan paling latest c-clown tu memang dalam tangan je.. (Riak =P

Twentienth - Kriteria utama aku dalam pemilihan novel untuk dibace ialah hero mesti jenis kepala batu dengan ego tahap petala lapan, heroin pulak either layan je hero tu tak pun lawan balik. Jalan cite yang lebih kurang same, aku tak kesah sangat sebab memang standard r macam tu kalau dalam novel kan?

Twenty first - Sangat rajin untuk discover bende bende pelik yang orang jarang nak buat. Sebagai contoh mase zaman frenster dulu pernah wat overlay layout sebab nak nampak lain dari yang lain dan yang terkini rajin kemain nak mathch kan dp dengan timeline yang digunakan dalam akaun facebook aku.

Twenty second - Mase lapang time aku malas nak kuar jenjalan, bese nye aku guna untuk membuat konsert sendiri sambil bermain petik gitar. Setakat ni ade sorang je r blogger pernah dengar aku melalak.. tapi yang fly me to the moon tu aku pun tak tau entah bile r boleh disetelkan. Aku skip je lagu tu boleh? =P

Twenty third - Komik yang menjadi bahan koleksi aku mase zaman asrama dulu ialah senjata misteri yang berasal dari hong kong. Aku kumpul komik tu just sebab nak tau rupa bentuk sepuluh senjata misteri dengan sepuluh senjata syaitan yang menjadi element utama komik tu. Ape pun, komik tu memang best weh!

Twenty fourth - Pernah seludup keluar komik dari satu kedai buku beberape kali mase sekolah asrama dengan jaya nya. Sume nye disebabkan ade sekali aku dah bayar harga komik dalam kedai tu, tapi kedai tu cakap belum bayar lagi dan aku kena bayar lagi sekali untuk komik yang same. Akibatnye? War declare!

Twenty fifth - Seperti yang korang nampak, berjaya sudah aku setelkan task yang diberikan. So dekat sini aku nak ucap time kasih dekat akak shasha yaacob dengan akak nor syahidah (Aku perasan muda ^^ yang sudi mengetag aku dengan ucapan nak tengok aku garang, berani r tag aku lagi lain kali.. =P 

Aku tak tag sesape tapi sape tak tau nak update ape boleh try wat task ni ok? =)

Thursday, December 27, 2012

Demand For Quality..


Demand for quality.. Assalamualaikum.. tahun 2012 dah nak berakhir dan masih lagi belum tiba hari kiamat yang diramalkan kalendar kaum mayan. So boo kat pengikut kalendar mayan tu.. =P Ape pun, aku bukan nak cite pasal bende tu pun ari ni. Seperti yang readers aku tau, aku dah agak lame berblogging.. sejak 2009 lagi so memang lame sangat dah tu kan? Hasil dari usaha aku berblogging (Usaha r sangat) akhirnya, entri dalam blog aku ni ade gak yang sudi komen. Tapi bile dah lame blogging ni, instead kuantiti komen, aku lebih berminat untuk receive komen yang berkualiti. Maksud aku komen yang related dengan entri yang aku taip. Kalau boleh aku tak nak r lagi dapat komen komen macam kat bawah ni. Boleh tak? Boleh tak? Cane contoh komen yang aku tak nak time tu? Sape yang rajin leh r bace dekat bawah..

Note: Sape yang terase, tersentap, terkedu, tertusuk, nasib! =P


Komen yang macam ni bese nye akan diterima oleh blogger baru yang blog die baru kene review ngan blogger femes. So, pengampu pangampu blog femes tersebut akan datang bertandang lalu drop komen yang memuji kemain blog baru tu even blog tu bese je. Sebab ape? Sebab yang promote tu kan blogger femes, so pengampu sekalian kne r tunjuk kesetiaan, baru r betul betul ampu ye tak? =P Aku pun pernah dapat komen angkat tinggi konon nye macam ni dan bila aku pikir balik, rase macam ape je. Blogger yang drop komen macam tu dekat aku, tu r kali pertama dan terakhir dia datang blog aku. Kate blog aku best, awesome sume, takkan singgah sekali je weh? Datang r lagi.. follow pun tak. Awesome r sangat kan.. T__T Bukan aku nak memintak ke ape, tapi cube korang bayangkan aku yang waktu tu sorang blogger yang follower tak cecah 100 orang, dapat komen camtu. Mesti kalau korang pun korang akan harap mereka yang drop komen memuji macam tu singgah blog korang selalu kan? Macam tu gak aku. Tapi sekarang ni memang aku wat tak reti je r dengan komen komen yang jenis macam bagi harapan.. tapi harapan menjadi layu ni. 


Aku rase komen jenis dekat atas ni, sume blogger pernah dapat kot. Komen macam ni akan datang menempek kat entri korang bila ade event event besar yang related ngan blogger di buat oleh company company besar. Contohnye, macam zaman digiwoww award dulu. Memang ade r golongan yang aku tak kenal, tibe tibe je drop komen mintak aku vote die. Memang aku gelak je r. Maaf r, mak aku pesan.. dont talk to stranger, so tibe tibe datang terjah.. dah r tak pernah datang sebelum ni.. pastu komen entri pun tak terus mintak orang vote die, memang vote aku kelaut r jawab nye. Bukan besar diri ke ape, tapi care blogger tu pun memang aku tak leh nak time. Kot blogger dah pernah datang singgah, dah pernah tegur komen entri ke, memang boleh je nak tolong setakat vote tu. Bukan susah pun. Setakat klik klik orang london cakap as piece of cake (Betul ke?) Tapi, kalau jenis yang dah r sombong kemain kunjung balas tak pernah wat, tapi bile time event kne vote macam ni, tibe tibe wat miracle terjah blog aku drop komen mintak vote. Entri aku langsung tak dikomen nye.. Memang aku boo layan je r komen mintak vote tu ye..


Pernah sekali aku jenjalan blog dan tengok situasi lebih kurang macam kat atas tu. Entri paling latest, blogger tu letak gambar sambil cite sikit something related ngan gambar tu. Aku saje view komen dan sorang blogger komen wow je. Pastu aku bace lak entri sebelum tu. blogger tu letak gambar lain sambil cite pasal gambar tu dan bile aku cek komen, komen wow dari blogger same komen wow kat entri atas tadi. So, soalan aku.. mende yang wow sangat tu? Kadang kadang aku tertanye, blogger yang komen one word je macam wow, best, nice.. korang bace ke entri kengkawan blog korang tu? Takkan kalau up entri makan kfc pun nak wow? Kagum sangat ke tengok blogger makan kfc? Tak pernah makan? Kesian.. =P Kalau tanye aku, memang aku jawab blogger yang komen macam tu memang tak bace pun entri tu. Ape yang die tau, die nak blogwalking orang sebanyak mungkin.. so that ramai blogger akan terjah balik blog die lepas tu. Ade sekali aku tengok blogger yang komen nice kat entri aku, pastu aku tengok entri blog lain, pun die komen nice gak. Memang nampak sangat r tu tak bace entri tu betul betul kan? Sume entri die "bace" nice!


Pernah dapat atau bace komen macam kat atas ni? Kadang kadang aku pun dapat komen komen yang macam ni. Komen spam promote barang. Individu yang suke spam komen ni pun kalau boleh tolong r jauhkan diri dari blog aku weh. Memang kalau orang macam ni komen promote 2456 juta kali pun aku tak kan layan nye. Tolong r jangan wat semak kotak komen aku dengan komen spam yang macam ni. Kalau nak sangat promosi barang, pergi r kuar duit sikit mintak tolong paper ke, iklan dekat radio tolong siarkan. Kalau setakat drop komen dekat entri aku memang harapan tinggal harapan je. Blogger yang datang entri aku, kebanyakan nye sebab nak bace entri merepek kelaut aku tu =P bukan nak tengok ade tak orang yang jadi salesman dalam blog aku. So, tolong r hentikan komen spam yang macam ni. Kalau setakat nak balas entri aku ngan komen jual barang macam ni, takyah komen pun takpe r. Buat penat je kemain panjang komen nak promote barang, padahal aku nampak pun buat tak nampak je. So, kepada individu yang pernah buat dan drop komen yang macam tu, aku nak mintak tolong r pergi main jauh jauh boleh tak? 

Sape nak cakap aku sorang blogger yang demand silekan =P Aku memang demand pun. Tapi aku rase tak salah kot sebab aku pun komen entri orang dengan sehabis baik. Jarang sangat aku wat komen lari tajuk kecuali bile time saje nak cari pasal. Komen taip satu word pun tak pernah aku wat. Even dorang yang letak entri wordless wednesday tak pun entri join kontes pun seboleh boleh aku cube komen dengan ayat lengkap. Jenis yang taip panjang lagi r seronok aku nak komen. Tapi takde r panjang macam akak liyaa nye komen. Komen die kumpul leh wat entri dah rase nye =P So, aku rase memang layak kot aku nak demand pasal komen ni sebab sebolehnye aku tak nak buat macam tu dekat blog orang, mesti r aku tak nak orang buat macam tu kat blog aku. Baru r adil dan saksama dekat situ kan? 

Entri selingan bertajuk mari menjawab soalan blogger.

Ade sorang blogger ade tanye soalan dalam komen untuk entri baru baru ni. So untuk selingan kali ni, aku nak jawab ni so bace lek lok ye. Ko suka isi ikan lembut tapi aku lagi suka yang rangup tapi tak kesah r. Part yang ko cakap tak tahan rase ikan terlalu ikan tu, aku agak blur. Memang tak faham, dah ikan memang r rase nye ikan kan? Takkan rase landak pulak? Or maybe maksud ko bau hanyir ikan tu kot? Aku amek tu je r as kefahahaman aku ok? Mengenai soalan pasal blog ko tu, aku suke je bace blog ko. Ade dua sebab utama. Satu nye sebab entri ko sume ringkas je tapi ade isi untuk aku komen, dan sebab ringkas memang boleh je aku nak terjah banyak banyak ^__^ Kedua nye sebab mase aku mula blogging dulu, ko ni antara yang awal sudi klik button follow tu even time tu ko nye follower je dah 1000++ bukan setakat follow je siap drop komen sekali so sebab tu aku pun rajin nak terjah blog ko tu tiap kali ade entri baru sekarang ni. Camtu r cite nye. lastly, sebab ko suka low profile hide muka sume dalam blog, aku pun dengan baik hati nye hide ko nye url blog kat entri ni. Hormat ko nye stye. Tambah lak, aku kan adil dan saksama.. =P

Tuesday, December 18, 2012

Interesting Entries?


Interesting entries? Assalamualaikum kepada readers aku sume. Ari ni aku plan nak wat satu segmen tu.. tapi tau tau je takde dah segmen tersebut so memang tak leh nak watpe r. Ok takpe, sebab plan nak menyetelkan segmen tersebut tak kesampaian, aku ingat ari ni aku nak cite pasal blog pulak r boleh? Tak boleh pun aku nak cite gak. Macam tak bese lak kan? =P Aku mendapati baru baru ni ade banyak blog telah dilahirkan. Tahniah r kepada mereka yang decide untuk berblogging. Blogging betul betul dan jangan give up ye =) So, melalui pengalaman aku awal awal blogging dulu, salah satu masalah yang akan dihadapi ialah macam mane nak taip sekeping entri yang boleh wat orang nak bace betul?

Standard je bagi aku kalau mereka yang baru berblogging akan hadapi problem yang macam tu. Nak menghasilkan sekeping entri yang menarik untuk orang bace bukan senang. Even aku pun actually tak tau sangat cane nak wat entri yang sedemikian rupa. Tapi memandangkan ade certain readers aku yang selalu gak r cakap entri aku ni menarik (Sedangkan aku rase entri aku ni banyak merepek sampai kelaut je +__+) tapi dah dorang nak cakap menarik aku time je ngan ati yang terbuka ^__^ So, untuk ari ni aku ingat nak kongsi r sedikit cara aku menghasilkan sekeping entri yang certain readers cakap menarik, aku tak cakap camtu ok =P Ape pun, jom sesama rajin kan diri bace care aku bese guna kat bawah =)

Confident

Bagi aku pertama sekali dalam menghasilkan sekeping entri ialah kite sendiri kne yakin yang entri yang ditaip tu nanti mampu menarik orang untuk bace. Entri pertama yang aku taip dalam bahase melayu tu pun aku taip dengan rase yakin entri tu orang akan bace dan support walaupun at last entri tu berakhir dengan takde komen.. diulangi no comment at all. Cane nak buat kite rase yakin dengan entri kite sendiri? Senang je, bile kite bace entri kite tu sekali dan kite rase nak bace lagi dua ke tiga kali. Kat situ pun dah boleh nampak yang entri tu menarik. Ape aku cube bagitau dekat sini, kalau sendiri pun rase tak best bace entri sendiri, cane nak buat orang lain yang langsung tak kenal tu bace entri kite kan?

Different

Perkara penting yang kene amek kire dalam menghasilkan sekeping entri ialah memastikan ade perbezaan entri yang akan kite taip berbanding dengan entri orang lain. Pastikan ade our own style dalam penaipan sekeping entri. Macam aku, yang agak membezakan entri aku dengan entri orang lain ialah bahase yang aku gunakan. Instead menaip "Aku hendak cerita dekat engkau orang" aku lebih prefer "Aku nak cite kat korang" Kalau ade yang cakap blog aku fail bahasa melayu pun aku tak kisah sebab aku blogging, bukan jawab exam pun =P Aku decide guna bahase camtu sebab aku rase selesa dengan bahase camtu dan yakin bahase tu r yang aku dan korang guna bile bercakap ngan member korang kan? Ngaku cepat!

Reference

Kalau tak sure cane cara nak menaip sekeping entri yang dapat menarik minat orang nak bace, aku suggest rajin rajin kan r jenjalan ke blog lain yang dah lame berblogging dan perhatikan cane mereka wat entri sume. Senang cite, jadikan certain certain blog yang diterjah tu panduan untuk develop pelan pelan skill menaip entri. Bende ni membantu aku suatu mase dulu so aku yakin cara macam ni akan membantu mereka yang baru gak =) Ape yang aku maksudkan dengan develop skill tu, boleh r korang yang rajin terjah entri lelame aku pastu compare ngan sekarang yang mane aku nampak memang dah berubah habis, cume part kelaut tu je yang masih dikekalkan. Tu pun kire kelainan gak r tu kan? Ke bukan? Err..

Originality

Originality kat sini aku maksudkan dengan asli, bukan perisa daging atau perencah bawang goreng ok. Macam tu dah tak kire asli dah. Maksudnye dekat sini, pastikan entri yang ditaip tu memang hak milik sendiri, bukan dari sumber atau entri orang lain yang diubah ayat sikit sikit je. Kalau yang tu, aku bese wat time siapkan assignment je (Pengakuan ikhlas =__= Tapi sepanjang blogging memang aku tak wat macam tu. Bagi aku penaipan entri sendiri yang lahir dari hati tu r yang paling menarik. Kalau setakat amek keratan akhbar tambah sikit bape ayat pastu post memang tak jadi sebab aku yakin ramai bace dah paper tu. So, kesimpulan, jangan jadi copycat dalam menaip entri... macam makcik kiera (Saje cari pasal)

Motion

Bagi aku, sesuatu entri tu akan menarik minat orang nak bace kalau ade pergerakan. Ape yang cube aku terangkan dekat sini entri yang ditaip tu kne pastikan tak statik or mendatar je. Dengan kata lain, semasa menaip sesuatu entri, kne diselitkan sesuatu yang boleh wat mood pembace tu berubah ubah contoh nye ade certain part pembaca akan rase marah, certain part wat pembaca gelak guling guling (Ni name nye exaggerate =P dan sebagai nye. Bende ni boleh terhasil samada dengan guna emoticon (Teknik selalu aku wat) atau dengan penulisan tu sendiri. Sebagai contoh kalau aku nak wat pembace rase nyampah ngan entri aku, aku selit je rase riak 10 saat dalam entri. Confirm datang dorang nye nyampah kan? =P

Aku rase cukup r dekat sini beberapa tips yang boleh dikongsi bersama dalam menghasilkan sebuah entri yang orang akan rase menarik kot. Aku rase yakin dengan entri ni so korang pun kne r rase yakin gak ^__^ Banyak lagi tips lain tapi untuk lebih tips kne rajin rajin r terjah blog mereka yang lebih hebat dan lebih power tu ok? Akhir kata entri ni memang entri yang aku sendiri fikirkan maka kesimpulan yang boleh aku bagi, keyword untuk menghasilkan sekeping entri yang dapat menarik orang bace entri tesebut ialah confident, different, reference, originality serta motion atau dengan rileknye aku ringkaskan menjadi teknik CD ROM (Sukati aku je kan? ^^ Sekian dulu entri aku ari ni. Time kasih dan salam. ^__^

Tuesday, December 11, 2012

One Two Enough Already..


One two enough already.. Salam.. Ari ni selasa so negeri selangor cuti hasilnye aku sekarang ni ade kat kampung aku dan sebab aku ade dekat kampung mood nak mengupdate tu agak tak bape nak datang. Idea tu ade gak r cume bile jari jari ni malas nak menaip.. idea pun takde guna nye kan? Tapi malam ni aku rase mood nak mengupdate tu dah datang so terhasil r entri yang ni.

Aku nak cite something yang related dengan dunia blog ari ni. Ade aku terbace satu entri yang ditaip abam blogger femes yang agak tak bersetuju dengan tindakan certain blogger yang update seminggu sekali, sehari sekali, sebulan sekali atau lebih teruk dari ketiga tiga contoh tadi. Bagi aku sebulan sekali update tu memang tak patut sangat r tapi seminggu or sehari sekali ok lagi kan?

Abam blogger femes tu cakap sebagai sorang blogger kene sentiasa ada idea untuk update entri dan kene selalu update dalam enam ke tujuh entri satu ari. Seperti bese, sebab yang kuar statement tu abam blogger femes, maka ramai r orang yang setuju lagi bersemangat untuk mengikut abam blogger femes terbabit untuk update banyak entri dalam satu ari. Aku? Tak bape nak setuju.. =P

Sebab yang utama, aku pun ade life kat dunia nyata ni weh. Aku rase korang yang ngah membaca entri ni pun mesti ade hidup masing masing kan? So bagi aku untuk spend berjam jam depan laptop, ipad, tab, komputer semata mata untuk taip banyak entri sehari macam tak sesuai r dalam hidup aku. Banyak lagi bende lain boleh wat selain blogging berjam jam kan?

Pernah tak korang terpikir, jenis yang taip entri lebih kurang sepuluh sehari tu bile mase lak blogger macam tu berblogwalking? Kadang kadang aku tengok sela mase entri latest ngan entri lagi latest ade r dalam sejam dua jam je. So, kalau dah asyik update entri je.. masa bile pulak yang blogger macam tu gunakan untuk berblogwalking dan terjah blog lain? Aku betul nak tau ni.. hmm..

Lagi satu sebab yang wat aku rase tak suka sangat nak update banyak banyak ni ialah sebab aku tau tak semua blogger rajin geledah entri lame lame tu. Ade certain blogger macam tu tapi tak ramai. So, bagi aku untuk taip banyak entri dalam satu ari tapi entri yang sebelum sebelum tu tak dibace blogger lain suatu yang merugikan sangat. Penat taip orang tak bace.. tak rugi ke?

Jadi ape yang aku nak cuba sampaikan kat sini, pendapat aku mengenai bape entri nak di taip sehari.. bagi aku cukup dah satu atau dua entri. Tak perlu banyak banyak. Rugi bagi aku kalau taip banyak banyak entri yang berakhir dengan tak dibace oleh kebanyakan blogger lain. Tambah lak aku menaip sebab nak orang bace entri aku. Bukan sebagai hiasan semata.. =P Tu je. Salam.

Wednesday, November 28, 2012

How Segment Work??


How segment work?? Salam kepada sume readers. Aku rase agak lame tak melautkan something yang related dekat dunia blog ni. So ari ni aku ingat nak buat macam tu. Lepas dah pikir pikir sambil tunggu mentol atas kepala menyala sambil kuar bunyi "ting" akhirnye aku tau nak cite pasal ape ari ni. Senang cite nye, di ari yang tenang lagi damai ni.. aku ingat aku nak bagitau kat readers aku sedikit kefahaman aku mengenai ape yang blogger panggil segmen.

Aku tak tau sape yang mula mula kuar idea untuk buat segmen dalam blog ni tapi yang pastinye segmen ni sebenarnye merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menaikkan bilangan follower dengan cepat kalau dipraktikkan dengan betul. Aku tak nafikan tu cume aku nye blog ni memang tak kan ade segmen so jangan ngade ngade nak mintak ye? =P (Macam ade je yang nak mintak kan.. err) So, sedikit kefahaman aku mengenai segmen? Leh bace dekat bawah.

So cane bese nye segmen tu? Yang aku nampak bese nye bile blogger buat sesuatu segmen, elemen yang kene ade mula mula banner segmen tu sendiri. Fungsi banner sebagai bukti seseorang dah join segmen tu, dengan cara tepek banner dalam entri related to segmen. Lepas tu ade r arahan untuk diikuti depend kat tukang wat segmen. Aku lebih tertarik untuk join segmen yang memerlukan aku bercerita. So, segmen yang jenis tepek banner pastu done jarang aku join. Harap maklum.

Sebabnye kalau korang notice blog aku ni, memang aku ni kategori blogger yang suka bercerita sambil merepek kelaut. So, memang aku teruja sangat kalau ade segmen yang memerlukan aku untuk cerita pasal pengalaman aku or something related to that. Macam baru baru ni, segmen paling latest yang aku join segmen yang suruh aku cite pasal something related to lesen. Panjang mane aku bercerita leh klik --> SINI kalau nak tau. Tapi rase panjang kot.. =P

Segmen memang leh bawak benefit terutama dekat tukang wat segmen tu sendiri. Tambahan lak kalau segmen tu menarik dan dapat ramai sambutan. Bayangkan beratus join segmen dah dapat beratus trafik.. kan untung sangat tu. Tapi.. nampak tak ade tapi dekat situ? Sebab tu kepada sesapa yang nak wat segmen, kene pastikan yang blog korang tu dah diketahui kewujudan nye. Ini penting untuk pastikan certain yang tau kewujudan blog tu notice akan segmen tersebut.

Jangan baru tiga ari lepas wat blog terus buat segmen pastu bila takde orang join meracau sorang sorang pastu tutup blog. Pastu salahkan blogger lain tak nak support die. Ade aku nampak macam ni dan blogger camni leh aku cop sebagai (Letak ayat sendiri =P Dalam hal ni nak salahkan sape kalau bukan diri sendiri kan? Cane nak join segmen yang orang tak tau pun kewujudan nye? So pelan pelan kayuh ye. Jangan teruja sangat nak wat segmen sebab nak up follower cepat.

Aku tak wat segmen tapi aku kadang kadang join gak segmen yang aku rase best. Based on pengalaman aku, ape yang bese aku nampak certain blogger suka join segmen secara kosong je. Ape yang aku maksudkan secara kosong tu ialah join segmen ngan ikut sume arahan dah setel done. Tak boleh macam tu sebenarnye sebab bagi aku tujuan segmen ni untuk mereka yang join segmen tu dapat jumpe blog blog lain yang dorang tak pernah tau pun sebelum ni.

Tapi kne ade effort sendiri gak sebenarnye. Aku tau ade certain yang pikir lepas join segmen, ade blogger akan notice dan singgah blog dorang. Tapi cane kalau 50% yang join segmen pikir bende yang same? Sebab tu sebaiknye pas join segmen tu, tunggu tukang segmen kuarkan list sume blog yang join segmen die pastu singgah r kat blog blog tersebut sehabis mampu. Aku rase care macam ni lebih berkesan untuk kenal blogger baru berbanding tunggu dan akhirnye harapan je r..

Blogger yang disinggahi oleh blogger tu jangan r sombong pulak. Bende ni pernah jadi dekat aku dulu. Mase tu aku join satu segmen tu so aku terjah blog blog yang join segmen tu gak. Tapi mentang mentang mase tu follower aku dua angka je, yang jenis ratus ratus nye blog kebanyakan wat tak reti je kat aku. Sedih ade, geram pun ade. Blog ribu lemon terjah die ade pulak jejak die kat blog tu balik. Sekarang ape jadi kat blog tu aku pun tak tau sebab malas nak amek tau dah =P

Tapi ape yang aku nak tekan dekat sini, kalau blogger dari segmen same datang terjah, singgah r balik blog dorang. Tak follow pun shout kat cbox pun dah leh wat blogger tu terharu ok. Tak caye try r wat. Ni dah r join segmen kosong je, blogwalking tak ape pun tak. Tunggu je blog lain datang blog die. Tapi bile blog lain dah datang singgah pun wat tak reti je. Blog femes terjah laju balas siap up entri khas lagi. Camni nye blogger aku nasihat tak yah join segmen r ye. =__= Titik.

Selingan bersiri notebook bahagian ketiga (Lame dah simpan)

Aku rase pernah aku cakap nak sambung selingan pasal notebook ari tu kan? Pernah gak blogger sekampung tanye pasal tu. So selingan ari ni akan cite sikit pasal tu. Part satu ngan part dua pandai cari sendiri je r ye =P So, tak lame lepas tu.. member mak aku baik ati bagi guna name die untuk request notebook lagi. Alhamdulillah dapat dan mak aku dapat satu lagi notebook. Tapi kalau orang dah dengki ni sampai kesudah dengkinye. Dapat tau je mak aku dapat notebook baru tu.. mula r tak tenteram hidup. Terus die bagitau die nak pulang balik notebook yang sebelum ni dan nak notebook lagi baru tu sebab notebook yang sebelum ni guna name mak aku. Pandainye.. Tepuk tepuk. Ingat kan tak tau note book first tu guna name mak aku tapi amek gak ngan alasan notebook tu request untuk kegunaan persatuan. Tapi pas mak aku bagi notebook tu wat harta sendiri. Pastu bile dapat tau mak aku dapat notebook lagi baru, nak pulang balik notebook lame kat mak aku dan amek yang baru kan? Bijak bijak.. Nasib tak ajar aku time sekolah dulu kalau tak malu nak ngaku cikgu sekolah. Takpe r cikgu, cikgu simpan je notebook name mak saya tu lek lok sebab sekarang ni notebook yang baru tu adik saya dah jadikan hak milik die. So jangan r bermimpi nak main tukar tukar notebook lak ye. Lupekan je niat murni tu.. =P

Friday, November 16, 2012

Certain Points From Story..


Certain points from story.. Salam. Aku nak bagitau ari ni aku cuti so kepada yang sedang bekerja.. selamat bekerja aku ucapkan. Jangan nakal nakal ye =P Semalam mereka yang beragama Islam selamat menyambut maal hijrah. Sempena semalam, aku ngan famili pun jenjalan saje saje. Tapi takde r pergi jauh pun. Mak plan nak ke ipoh tapi sebab tak bagitau awal awal, abah pakai baju bese bese je. Sudahnye, plan nak ke ipoh tak dapat dijalankan. Just jenjalan area bidor je r. Nasib. Takpe, aku bukan nak cite pasal tu pun. Aku nak cite pasal bende lain tapi sebelum tu korang kene bace cite dekat bawah dulu. 

Note : Cite dah lame tapi rase aku akan ingat sampai bile bile..

Bape tahun lepas, satu entri yang dibuat oleh sorang blogger name lr mengundang kemarahan sorang blogger name pb. Entri lr tu sebenarnye bersifat general cume sebab die ade selit sikit nama kawan pb, yz so marah r pb ni. Terus di serangnya lr. Mase tu, pengaruh pb ni sangat r kuat sampaikan follower follower pb ni pun join same serang lr. Peliknye, yz yang jadi punca tu takde pun nak serang lr.. rilek je die. Blogger name lr ni pulak hati kering so wat tak reti je sudah. Tapi mase tu memang pb ni jadi hero r di kalangan blogger sebab pertahankan yz ni. Tapi still lr yang jenis rilek selalu wat tak reti dan blogging macam bese. Kental lr ni. Kalau blogger lain tutup blog dah. Tak lame lepas tu, Tuhan nak tunjuk agaknya.. sorang blogger name qr up entri mengenai sorang blogger yang berhutang dengan die tapi tak bayar bayar lagi. Last, bile fedup qr, terus dibagitau dalam blog blogger tu ialah pb. Dapat tau macam tu memang berita panas. Kebanyakan blogger dan gak kengkawan pb terus r up entri untuk cite kan pasal tu. Tamat.

Berdasarkan cite kat atas, aku nak bincang certain point..

1. Gaduh Perang Dalam Blog.

Mase aku sekolah asrama dulu, aku pernah gaduh ngan sorang bestfren aku disebabkan sepaket biskut. Mase form 5 baru berbaik balik. Bile aku pikirkan sekarang, memang bodoh! Member aku tu antara yang awal aku kenal, member ponteng prep nyorok kat bilik sakit sesame, member ponteng sekolah pergi klinik sesame, member sesame main counter strike dan macam macam lagi. Sebab sepaket biskut, tak tegur sampai dekat spm. Bukan ke bodoh name nye tu? Tu yang aku kenal. Ape cite lak dalam blog ni? Kadang kadang aku pelik cane mereka yang tak kenal satu same lain, tak pernah jumpe boleh gaduh dalam blog. Bese aku nampak dalam blog blog hiburan. Aku memang tak faham. Nape perlu nak amek kesah pasal ape yang stranger cakap sampai declare perang dekat situ gak? Dapat ape wat camtu? Award?

2. Salah Faham Maksud Cuba Sampaikan.

Manusia ni, lain orang lain pemikiran die. Contoh macam aku tulis entri ni, aku yakin kebanyakan orang akan amek isi entri ni dengan cara yang berbeza. Contoh macam entri yang dekat --> SINI Aku nye niat nak introduce blogger ngan cara aku tapi salah faham lak yang terjadi. Bile jadi macam ni yang akan menyebabkan perang tu. Sebab tu pernah aku tekan kan dalam salah satu entri aku, menggunakan emoticon tu satu cara yang terbaik untuk elak salah faham. Sebabnya bile kite menaip, kadang kadang kite tak leh agak ape yang orang lain akan pikirkan. Mungkin ayat kita ditaip dengan niat saje saje nak usik tapi orang yang membace pikir kita memang ade niat macam tu. Sebagai contoh, kalau korang tengok dekat bawah, situasi 1 dengan 2. Situasi mane mamat B lebih cenderung untuk makan selipar rebus? =P

Situasi 1

Minah A:  Do you know, I really love you.
Mamat B: I know that long time ago, but I hate you.


Situasi 2

Minah A:  Do you know, I really love you.
Mamat B: I know that long time ago, but I hate you  =P

3. Terima Pendapat Secara Positif.

Berdasarkan statement atas tu, aku yakin.. mamat B dalam situasi 1 akan dapat selipar rebus free. Tapi kalau ade yang cakap mamat B dalam situasi 2 yang dapat pun ikut suka masing masing je. Macam aku bagitau tadi, lain orang lain pemikiran dan pemahaman die akan sesuatu. Bile jadi macam ni r, ape yang boleh kita buat ialah amek dengan cara positif. Dalam blogging contohnye, kalau kita dapat komen yang kita rase tak boleh nak time dari sorang dua yang bace entri kita, kita anggap je r dorang saje nak wat joke je kot. Tak pun cakap dalam hati, ape sangat sorang dua komen negatif nak compare ngan komen positif dari pembaca yang lain kan? Aku pun awal awal dulu memang agak sentap bile dapat komen yang macam tu tapi bile pikir balik, at least dorang drop komen kan dari tak komen langsung.

4. Pemikiran Biar Di Luar Kotak

Pernah mase dekat pasum, aku join biro kesenian kreatif dan mase tu kitorang ajk biro buat minggu kesenian kreatif. Aku ditugaskan untuk mencari peserta puisi laki laki. Aku pun gerak r dari bilik ke bilik. Masuk dalam satu bilik tu, berdesing gak telinga dengan statement sorang penghuni bilik tu. "Dari korang sibuk buat pertandingan puisi ni, baik korang guna masa untuk blaja ke, ngaji ke bace yassin ke" (Lebih kurang camtu) Aku senyum je r mase tu sebab bukan kenal pun so sukati die r nak cakap ape. Cuma aku pelik, ape salah pertandingan puisi lepas solat isya? Aku bukan cari peserta tiger show atau penari tiang pun. Puisi je kan? Bukan ade ilmu ke dekat situ? Bende berfaedah macam tu rase nye tak salah pun kalau nak buat. Ke salah? Ke tak salah? Ke cane? Cube habaq mai kat aku pendapat korang.

5. Jage Diri Sendiri Lebih Baik.

Aku, die, korang, mereka.. asalkan name nye manusia atau makhluk Tuhan, memang tak ada yang sempurna. Masing masing ade kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebab tu bagi aku lebih baik kita jaga diri sendiri baik baik dulu lebih dari sibuk nak jaga hal orang lain. Mungkin kita rasa ari ni kita dah cukup baik dari orang lain tapi kita kena ingat, bile bile mase je bende tu boleh berubah. Macam entri aku yang dekat --> SINI Kita kemain lagi kutuk or pandang sinis orang lain yang pemakaian, ibadah, pergaulan tak sempurna macam kita tapi kita lupe manusia ni boleh berubah bila bila mase. Sape boleh expect sorang artis yang dulunye aku dengar hisap rokok, pakaian tak tutup kain boleh berubah seratus peratus pemakaian dengan cara hidup dia? Tukang kutuk artis tu dulu, ape perasaan dorang sekarang? Malu?

6. Bukan Selamanya Kita Diatas.

Hidup kita sorang manusia ni macam roda yang sentiasa berputar. So macam roda kalau korang tanda satu side dengan pelekat or wateva, sebaik saja roda tu korang putar, bukan selalu pelekat yang korang tanda tu ada dekat atas je kan? Same r macam hidup kita. Sebab tu kne sentiasa beringat. Tapi yang aku nampak sepanjang aku hidup kat dunia ni, asal dapat naik atas je.. mula r tak ingat dekat orang bawah. Lepas tu salah guna. Sedangkan die lupe kalau bukan sebab orang bawah tu, tak dapat nye die nak naik dekat atas. To be honest r aku selalu mintak supaya aku tak end up macam tu. Harapnya dimakbulkan. Bukan ape kalau kita dah naik tinggi sangat, sekali jatuh memang jatuh habis sampai tak boleh bangun dah. So, kat sini aku nak pesan dekat diri aku sendiri, sentiasa r beringat ye bila dekat atas =)

Aku rase cukup r kot beberapa point yang aku dapat based on cerita yang dekat atas tadi. Tibe tibe aku rase macam tengah buat karangan berpandukan petikan pulak =P Ari ni pun aku rase macam dah pecah tradisi sebab tak buat entri santai macam yang bese aku buat setiap ari jumaat. Tapi takpe r memandangkan maal hijrah semalam, ari ni entri lain dari yang lain sikit. Boleh? Tak boleh pun aku dah publish so time je r secara sukarela or pakse rela ye =P Ape pun, sebelum aku stop.. di kesempatan ini, aku nak ucap salam maal hijrah kat readers aku. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnye. Amin =)

Tuesday, November 6, 2012

Discovery..


Discovery.. Salam, entri semalam aku agak pelik. Nape ramai tak nak percaya coconut rice tu nasi lemak? Betul r weh. Aku tau pasal tu mase tengok oh my english. Tak pun cube korang taip kat google "Coconut rice is nasi lemak?" Nanti korang tau r aku tak tipu. Kadang2 pelik gak bile aku cakap bende betul susah nak caye, bile aku tipu caye lak. Camtu adakah aku perlu menipu selalu? =P Ok, takpe cite entri semalam dah habis so cite lain lak tapi sebelum tu.. jeng jeng jeng.. selingan selingan..

Selingan bertajuk sweet 17 silent reader..


Klik header untuk wish good luck kat si silent reader ^__^

Ade sorang blogger ni. Aku anggap macam adik aku sebab umur die baru 17 tahun. Mase mula2 die follow blog aku, terus terang cakap.. aku tak notice pun kewujudan blog die ni. Sebab nye even die follow blog aku pun, macam takde langsung komen yang die drop dalam entri aku. So, bile orang tak komen, aku pun tak tau r kewujudan blogger tu. Lepas tu blogger ni add fb aku dan aku approve je r. Pas dah perang2 bagai, baru aku notice blog die so aku pun tengok r blog tu dan mendapati.. banyak nye adik ni gossip pasal aku.. T__T memang terharu betul aku. Tambah lak, sorang silent reader yang aku tak notice lak tu. Patut nye aku nak cite pasal blogger ni semalam tapi cane leh terdrag satu ari lak. Ape pun, blogger ni sekarang ngah struggle ngan exam ace pi aim so diharapkan readers aku yang baik ati leh same2 mendoakan kejayaan silent reader aku ni. Aku tamatkan selingan ari ni ngan petikan entri terharu tahap gaban dari si silent reader..=)


Aku rase kalau open in new tab leh jadi besar kot.. hmm

Ok, jom ke entri related ngan tajuk. Mende yang aku discovery tu? Kejap, discovery ke discover? Takpe pedulikan. Sebenarnya, baru2 ni aku rase semak gile gambar2 dalam folder aku so memang tak leh jadi camni. Gambar2 tu sebenarnye gambar yang aku post dalam blog so saje aku simpan untuk rujukan sendiri. Tapi bile dah semak macam tu, aku rase rimas pulak tengok so last2 aku decide untuk folderkan je gambar2 tu ikut tajuk entri dan pas bape jam berlalu, siap r folder yang macam ni:


Ade tak blogger lain yang wat macam ni gak? Ke takde?

Memang aku lebih puas ati sebab sekarang setiap gambar yang aku post dalam blog dah di asingkan ikut title setiap entri so memang nampak lebih kemas (Ayat puaskan ati sendiri) Pastu aku tengok r ape lagi yang ade aku letak dalam folder related ngan blog tu (Nampak sangat lame tak bukak kan?) dan aku jumpe something yang wat aku senyum sorang sorang. Satu folder yang dalam die ade note ngan title 100, 200, 300, 400 dan 500. Sape terror cube teka ape bende yang ade dalam setiap note tu?


Camni r note yang aku maksudkan tu..

Mase tamat! So tak perlu nak teka lagi.. =P Aku bagitau je r. Dalam setiap note tu aku letak setiap blog yang follow blog aku ni dari dulu sampai sekarang. Cane leh semangat lebih mase tu aku pun tak tau. Tapi rase nye sebab note2 tu gak r aku dapat jumpe balik certain blogger lame yang pernah datang terjah blog aku follow pastu datang sekali dua waktu dulu tapi sekarang ni leh r aku katakan jadi tukang komen tetap aku. Kalau takde note tu takde nye aku nak klik more kat button follower tu. Malas -_-


Yang ni sebahagian follower ngan url blog dalam note title 100

Memang agak mengejutkan bile aku tengok dekat note title 100, miss ran (Atau name glemer nye iffah) merupakan follower blog aku yang ke-38. Means lame dah follow blog aku rupe nye. Mase zaman tak matang lagi. Time kasih! Blogger lain macam kiera the copycater follower ke-128 ngan miz ruha bird7842 follower blog aku ke-138. Memang betul r cakap miz ruha ari tu yang memang dah lame die follow blog aku cume lepas tu die tinggal terus blog ni. Ish ish. Nasib ngaku kalau tak aku curi domain die =P

Kesimpulan entri ni aku taip sebab nak bagitau aku rajin.. boleh? ^^ Bile kenang balik, memang macam2 gak aku wat untuk pastikan follower aku tu jadi readers kan? Sebab tu memang hepi sangat r bile setiap entri yang aku taip ade yang datang komen. Sebab aku rase aku dah wat sehabis baik kot bagi aku. Nanti bile aku free, aku update r note ngan title 600, 700 ngan 800 lak so that aku tak lost terus ngan follower2 blog aku yang sekarang ni. Sekian je entri tak bape nak ade motif ni. =__= Salam. 

Tuesday, October 30, 2012

Comment Overboard..


Comment overboard.. Salam.. pertama sekali, time kasih r kepada yang doa manusia tu cepat sembuh dari demam yang menyerang diri die. Rase nye dah sembuh dah manusia tu. Haraf insaf r dia lepas ni kan. Berikutan entri semalam, sempat gak r entri tersebut dijadikan sebagai kaunter pertanyaan. Rakan gaduh dalam fb aku tanye influenza tu ape? Tereveal sudah sorang budak yang skip kelas sains time sekolah dulu =P Influenza = flu = selesema. Satu lagi soalan datang dari adik kepada si peniru aku number 1 Adik tu tanye kawan nelayan tu ape? Simple, fisherman's friend.. sahabat yang anda boleh percayai.. konon nye.. =__=

Alang alang dah cite, pasal komen.. jom r same2 kite teruskan cite pasal komen ni. Actually aku memang suka bercakap pasal komen2 ni sebab time2 macam ni r nak riak 10 saat. Kot nak bukak cite pasal follower, aku tutup muka ngan kotak je sebab memang confirm2 kalah. Susah kemain orang nak follow blog aku ni. Bape tahun lalu, 18 follower je dalam setahun.. T__T Tapi, lame2 ade r yang terbukak ati nak follow blog aku ni. Dari situ r bertambah follower sikit sikit. Tapi still tak cukup banyak untuk riak. So, untuk mendapatkan mode riak 10 saat, memang kne guna komen gak r (Riak kemain mamat ni =__=)


Time kasih kepada yang baik ati, kalau baik tambah r lagi ^^

Komen tu mende dalam blog?

Komen bagi aku satu cara yang bese aku gunakan untuk menghargai blogger yang susah payah menaip  entri yang aku kire panjang lebar untuk bercerita pasal apa yang dorang nak ceritakan. So, kepada blogger yang aku terjah.. memang aku drop je komen kat entri2 dorang sebagai tanda yang aku dah bace entri yang dorang taip tu even kadang2 certain type of entri memang aku skip tak bace sangat macam berita, masak2, gambar banyak2 (Bagus budak ni mengaku awal2 =P Tapi, still aku akan cube cari point2 dalam entri2 macam tu sebagai idea untuk aku komen sesuatu. Baik tak aku? Cakap aku baik cepat! ^__^

Kenangan bersama komen?

Kalau dikenang balik, aku bape tahun yang lalu memang rajin mereply komen. Memang r, mase tu streamyx memang takde masalah nak main reply2 bagai. Tapi, sejak aku depend pada sekeping broadband.. memang tak mampu lagi nak buat macam tu. Still, aku respect kat certain readers aku yang rajin mereply komen. Aku tak mention sape2 kat sini sebab kalau mention sorang, yang tak termention rase tak best lak. Ape pun, kepada blogger2 yang rajin mereply balik komen2 yang diterima, tahniah kerana menjadi blogger yang lebih rajin daripada bese kalau nak compare ngan aku yang agak malas ni.. Err..  

Komen tak leh time sepanjang blogging?

Sejenis komen yang aku cume leh cakap dalam hati "Alahai.." ialah komen yang bagitau first time die singgah blog aku. Bunyi macam "First time kat sini" or "Salam kenal dari blog.." or "Datang pertama kali dari.." Ape yang tak best nye bile komen yang macam tu datang dari blogger yang dah bape kali terjah blog aku. Kecik ati jap. Dah pernah datang tapi tak ingat.. ish ish.. Tapi aku lagi annoying ngan komen berbentuk hiperbolabola macam "Rugi sungguh lambat tau pasal blog ni" sampai sekarang aku ingat tapi tu r kali terakhir blogger tu datang blog aku. Rugi r sangat kan lambat tau pasal blog aku -_-

Akibat dari penerimaan komen kat atas?

Mase mula2 receive komen bentuk pujian melampau macam tu memang excited lebih r. Sape tak hepi kan. Dah r mase tu follower bilang guna jari lepas lagi. Dapat lak komen camtu dari blogger follower ribu ribu lemon. Tapi last2 kecewa bila blogger tu langsung tak datang blog aku lagi.. T__T  Sekarang bile dapat komen macam tu lagi, aku jadi tak heran dah. Aku sekarang lebih hargai readers yang betul2 bace dan faham ape yang aku cube citekan.. walaupun bese nye penceritaan aku confirm kelaut nye. Contoh macam entri yang ni.. memang totally kelaut kan? =P Tapi korang still bace kan? Bace kan? Ke tak? =)

Tips nak orang rajin komen kat blog?

Duduk senang lenang, rilek2 tunggu orang datang komen =P Care aku guna ialah berkawan ngan blogger tu. Bukan mintak or bagi number fon r. (Yang ni bile rase dah serasi baru wat) Sambil2 komen tu pastikan komen tu dinotice blogger berkenaan. Cane nak bagi dorang notice pandai2 korang r. Tapi seriesly, kalau blogger tu jadi kawan korang, mase tu r komen tu akan sentiasa ada. Pernah time aku bz nak blogwalking aku tinggal blog camtu je. Still ade blogger yang memahami situasi aku mase tu datang menerjah dan mengomen entri2 yang aku tinggalkan. So, berkawan sesame blogger, tak nak gaduh2 ye.

Kesimpulan untuk entri kali ini?


Kepada yang berkenaan, aku nak award (Ni name nye drop komen tak ikhlas ^^)

Friday, October 19, 2012

Miz Ruha - License..


Miz ruha - license.. Salam, ari jumaat camni aku ingat nak bersantai je pas entri semalam tu. Cuma aku malas lak nak mereview novel ari ni. So nak watpe? Baru2 ni tiap kali aku masuk satu blog ni untuk bace entri, mata aku memang sentiasa nampak pasal segmen yang blogger ni wat. Menarik dan takde r simple sangat. Segmen yang just suruh lekat banner pastu tag orang memang aku tak minat nak join. Tapi segmen ni aku nak join sebab die suruh bercite and bercite memang bende yang aku ske wat even kadang2 sampai kelaut aku bercite.. <-- contoh macam sekarang ni r memang nampak dah kelaut kan entri ni? =Pape pun dengan ini, aku bagitau aku nak join segmen ni. Time kasih ^__^


Sesape yang nak join leh klik banner atas tu ye sebelum 5 pm ari ni =)

My story about license..

Aku amek lesen mase habis spm. Sebab aku rase memang takde mase lain lagi yang aku free selain pas spm nanti. Tapi mak lak cakap suruh aku keje part time dulu cari duit sendiri pastu baru amek lesen. Jangan susah kan abah. Aku time tu jiwa muda memang jenis kepale batu -__- (sekarang pun ade gak sikit) So, aku tetap tak nak cari keje dan nak amek lesen dulu. Tambah lak aku rase lame sangat dah aku tak mintak pape kat famili aku. So bagi aku, amek lesen bukan r beban <-- pandai r aku kan =P Lagi pun aku kan anak laki 1st, so memang patut rase nye aku amek lesen awal2 sebab pape nanti senang. Akhirnye pas wat perangai.. err.. abah bagi gak aku amek lesen kete ngan motor sekali. Thanks abah! ^__^

Satu paling aku nyampah time ceramah bape jam tu r. Aku memang kelaut betul mase tu. Takde nawaitu nak dengar pun. Ntah ape penceramah tu merepek aku pun tak faham. Aku pandang kiri kanan sorang pun aku tak kenal. Standard r tu. Aku sekolah area ipoh dulu. So, selain yang sebaya aku.. memang tak ade r junior or senior yang kenal aku kat area kampung aku tu. Tapi, tak kesah r.. aku datang kelas tu nak amek lesen bukan nak cari kawan pun <-- ayat sedapkan ati. Akhirnye pas nak beku aku tunggu dalam bilik tu, habis gak ceramah yang ntah die cakap ape aku pun tak faham. Ujian komputer tak lame pastu, memang orang london cakap a piece of cake je <-- dah lulus baru leh riak =P

Pendek cite aku dapat lesen L for both. Sekarang untuk P pulak. Aku di ajar sorang uncle chinese bersama ngan sorang akak yang amek lesen kete dan sorang gurl yang amek lesen motor. Aku lak amek both motor ngan kete. So, sebab mase yang singkat.. aku blaja motor dulu. Memang senang r kalau takat suruh wat pusingan 8, meniti titi tak macam titi, belok2 skitle, brek kecemasan dan lain2. Tambah lak aku dah ade pengalaman hampir menerjunkan motor dalam longkang umah dulu.. nasib tak sempat masuk betul2 -__- Dalam 2 ari camtu aku train motor je ngan gurl sorang lagi tu. Pastu aku blaja kete lak. Part ni memang aku cuak r. Tak reti weh!! Neves gile first time duduk tempat driver.

Uncle chinese tu bawak aku masuk jalan area kampung. Memang bengkang bengkok jalan die. Tapi sebab hal tu r aku rase takde masalah untuk aku speed kat jalan berliku camtu sekarang ni. Setel ngan tu, aku di ajar lak naik bukit. Time di ajar bende ni r first time uncle tu maki aku. sebab nye mase aku pastikan roda depan masuk kotak kuning tu, aku lepas both hand dari stereng kete. Nasib tak terbabas.. err.. Dah uncle tu cakap roda kne straigt.. so stereng kne lurus r kan. Nak bagi stereng lurus, takyah r pegang stereng tu betul? <-- teori sukati aku =P Hasil makian tu, success gak aku blaja bukit. Blaja parking, uncle suruh aku blaja ngan akak yang amek lesen tu je sebab die malas ajar 2 kali.. Haa?? 

Hari test pun tibe. Memang neves betul r aku. Aku paling risau part bukit tu sebenarnye sebab bukan senang nak budget tayar depan masuk kotak kuning tu. Test aku start ngan bawak motor. Seperti bese, rider macam aku lepas test ngan jaye nye. Gurl tu pun same gak. Test kete, aku tak sangka dapat success part bukit. 2, 3 kali gak aku confirm ngan akak pegawai tu. Memang hepi. Parking pun success. Thanks kat akak tu. Tapi bile aku tanye, akak tu lak tak past parking. Akak curah sume ilmu kat aku sampai tak tinggal kat die. Tu sebab kot. Hmm.. Mase sembang2 ngan akak tu, kate nye die nak re test parking balik minggu lepas tapi aku tak jumpe akak tu dah pastu. Ape pun saye yakin akak dah success..

Mase test jalan raye, maybe pegawai tu boring dah. So, without any checking 7 item tu (Yang aku memang tak pernah wat langsung sampai sekarang -_-) die suruh jalan je. Pastu "Dekat traffic light tu, awak u-turn balik masuk driving school cukup" Memang terbaik r brader pegawai! Tak sia sia gak r aku jadi orang yang ke berape ratus ntah. Terus dapat discount kat jalan raye. Tak yah lalu ikut track yang uncle tu bagitau sebelum test ari tu. Pendekkan cite, pas setel ngan sume test2 yang aku mention tadi, confirm r sudah aku dah jadi warganegara yang ade lesen. Time kasih r kepada famili yang bagi amek lesen dan individu2 yang terlibat dalam mendapatkan lesen kete tu. Thank you very much! =)

Selingan petang pas amek lesen tu..

"Akak, akak ade tak number fon budak pompuan yang amek lesen motor tu?" Tanye aku kat akak reception tempat aku amek lesen. Bile ingat balik, rase nak gelak je. Berani lak aku mintak number fon mase tu. (Sekarang dah pemalu =P Pada hal sepanjang ari2 jumpe gurl time blaja motor tu tegur pun 4, 5 ayat je sebab fokus sangat kat lesen. <-- konon cool r tu kan. So, pas introduce diri sume akhirnye aku dapat tau gurl tu tinggal kat pahang. Patut r aku tak pernah nampak langsung. Agak lame gak contact sampai mase sambung blaja baru masing2 wat hal sendiri. Sekarang ni gurl tu dah bertunang pun dan nak kawin dah tak lame lagi. (Cari r dalam fb kalau terror ^^) Tahniah aku ucap kan kat gurl tu. Ape pun time kasih r sebab nak kawan ngan orang "skema" macam aku <-- first impression gurl tu mase jumpe aku time amek lesen motor same2 dulu.. -_-

Note: Yang amek lesen je leh feel cite aku ni kan? =)
ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates