Friday, December 7, 2012

Detroit Metal City..


Detroit metal city.. Salam kat readers sume. Ari jumaat ni aku nak share satu cite yang baru je aku habis tengok semalam. Actually aku tak pernah tau pun pasal cite ni sebelum ni. Tapi bile blogger mata cantik cite dekat aku pasal satu movie yang die pernah tengok dulu siap cakap movie tu best dan mintak aku download, aku pun search r internet. Mase search tu, baru aku tau selain movie.. cite ni turut ada anime die sekali. Akhirnya, sebagai pemegang ijazah sarjana muda pendownloadan.. dalam masa kurang dua ari berjaya aku mendapat both movie dengan anime cite tersebut.

Aku agak curious tentang cite ni. So aku try test r tengok secara teknik fast forward. First impression aku.. (O.O) die tengok cite camni? Cite ape ni? Ngan muzik death metal, muka conteng conteng. Cite ni dikatanye best? Aku speechless. Sebab tak puas ati, last last aku decide untuk tengok lagi sekali tapi kali ni secara betul lak, takde main forward forward ni. Lepas tengok sampai habis, pendapat aku.. cerita ni memang best! Jalan cerita bagi aku unik dan tak pernah orang wat rase nye. Kire lain daripada yang lain. Lepas tu aku tengok anime pulak dan same best nye.


Detroit metal city aka dmc tapi versi movie..

Sedikit sinopsis cite detroit metal city..

Detroit metal city atau singkatan nya dmc mengisahkan soichi negishi, seorang remaja lelaki pemalu berasal dari sebuah kampung yang bercita cita untuk menjadi seorang penyanyi pop yang terkenal suatu ari nanti. Negishi ni digambarkan sebagai seorang yang memang berbakat dalam bidang muzik. Untuk mengejar cita cita dia, dia telah berhijrah ke sebuah bandar. Niat dia untuk membentuk sebuah pop band dia sendiri. Tapi ntah macam mana atas sebab yang tak diceritakan langsung, negishi ni boleh end up sebagai lead guitarist dan penyanyi sebuah band death metal yang diberi nama detroit metal city aka dmc. Satu aliran muzik yang sangat lari dari genre muzik feveret dia. Muzik death metal yang dibawak dmc ni menjadi kegilaan ramai orang dan johannes krauser II selaku vocalist dmc menjadi fenomena ramai pada ketika itu. Johannes krauser II ni sebenarnye stage name yang terpaksa digunakan negishi sebagai vocalist dmc. Fan menganggap johannes krauser II sebagai penyanyi demon yang telah membunuh ibu bapa nya sedangkan hakikatnya, mak ngan ayah negishi ni hidup je lagi dekat umah. Untuk taknak mengecewakan semua orang yang mengharapkan dia berjaya sebagai penyanyi pop serta malu dengan muzik yang dibawanya sekarang, negishi sedaya upaya cuba rahsiakan identiti dia sebagai vocalist dmc yang bernama johannes krauser II tu. 


Yang ni pulak detroit metal city anime version..

Pandangan aku mengenai movie detroit metal city aka dmc ni. Hero cite seorang pelakon yang talented. Untuk melakonkan dua watak yang sangat berbeza soichi negishi seorang lelaki pemalu habis dengan johannes krauser II yang ganas dan brutal memang susah sangat. Tapi memang aku kagum dengan bakat lakonan hero tersebut yang berjaya melakonkan dua watak yang berbeza style siap boleh tukar suara lagi. Aku cek internet dan mendapati watak hero dalam movie dilakonkan oleh kenichi matsuyama, watak L dalam movie deathnote. Patut r terror kemain berlakon.

Anime dmc ni pulak memang kelakar habis. Tergelak gelak aku tengok anime detroit metal city ni. Macam mane susahnye si negishi ni nak cover identiti die sebagai johannes krauser II depan orang orang yang die kenal. Macam mane berkali kali die cuba tak nak teruskan position as vocalist dmc tapi last last die sendiri yang terbawak watak johanness krauser II tu. Secara keseluruhannya, jalan cite anime dengan movie detroit metal city ni lebih kurang sama cuma dalam anime sesuatu scene tu dicitekan dengan lebih detail. Ape pun, bagi aku both movie ngan anime memang best! ^^

Kesimpulannya, kepada readers yang bersifat open yang nak tengok cite yang bagi aku lain dari yang lain, boleh r try cari movie dan anime detroit metal city ni. Tapi kepada certain yang bersikap "Terlebih ustaz dan ustazah" aku nasihat tak payah tengok r. Karang tak pasal pasal aku kne cop sesat lak suggest cite pasal death metal kan? =P Ape pun, cite ni berjaya membuka minda aku yang kadang kadang, muzik tu hanyalah suatu muzik dan kadang kadang gak, yang kita nampak ganas kemain dekat luar, belum tentu ganas dekat dalam. Sekian dulu entri aku ari ni. Salam.. =)

Note: musim tukar dp facebook kepada something related to gaza dah habis eh? =P

20 comments:

wakgelas said...

anak dara wak pon sukak tengok movie anime jugakkk.. aHHkks

Nyue said...

bgus la dua2 minat anime..ehhee

aku HaniAsyira said...

lama dah xtgk anime ni.. aishh

misz aisya said...

aku xsuke anime. dats y sinopsis yg ko bg mcm xboleh di-digest oleh rncik otak.

heh. berusaha yg amat utk minat pe yg dia minat. tersipu dia. haha :p

Liyaa Mf said...

Even aku tak penah tgk, aku macam dpt imagine bila kau kata dea tukar2 watak tu. Mesti klakar kut! Sbb anime mesti ngan mimik2 muka tu skali dea detailkan. Hahaha!

Err dah abes ke musim tukar dp? Aku lum sempat pun tukar lagi :P

aizamia3 said...

setakat baca entry ni oklah tapi tang anime tu takde dalam senarai yang ai minat.. anak-anak mungkinlah.. ;)

Mrs Velentine said...

MV kureng lah Anime ni...

Gdsbnga said...

cover dia tk cantik laah T T
haha . aku dh lama gilaaa wei tak tengok cite jepung ni .
kau try ah Running Man wei .
confirm addict !

Unknown said...

tak berminat nak tengok walaupun cara kau cerita macam best... kihkihkih... :p

Unknown said...

aku ada dgr jugak citer ni dulu tapi sampai skang tak donwload2 lagi...mungkin nak try tgk anime dia dulu...

Zubaidah said...

aku kalo cite org luar nie aku open gak la, sbb tw pemikiran and budaya dorg, asalkan jgn fanatik and terlebih - lebih bile tgk. sounds interesting

HeNRieTTa JoSe said...

lamer dah xlayan movie....

mirmashi94 said...

jepun ea? mcm best je. dan macam cite dh lama. pheww.

p/s: define "terlebih ustaz ustazah"? hoho. kau refer kat aku ke? <<< perasan overdose -.-"

Unknown said...

anime y aku suke skali death note

tu je

lg satu sbb aku xske tgk karton kot

Orkid Edyliyne said...

oh.... OE bukan jenis tengok anime. tapi boleh suggest dekat kawan yang memang suke anime... hehe... ^^

نورعيم said...

memang tak layan la anime ni.

Kira Sakura said...

seyes aku tak paham satu pun. yg aku paham tang blogger mata cantik tue je @.@

Jue Jaynee said...

aduh pening nak download..
kay hantar dulu tu movie pakai emel..
mau juga tinguk ba :)

Ain Norainsyah said...

tengok... aku mana tengok citer tak best. hehe :P

missha said...

macam interesting je :)

nnt la ada masa cari.:D

*bila nta agaknya..huhu*

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates