Wednesday, April 3, 2013

Happily Ever After..


Happily ever after.. Assalamualaikum.. dalam minggu lepas, aku dapat r jumpe sorang member baik laki aku yang sorang tu. Kitorang memang dah kenal lame sejak tingkatan satu lagi. Aku jumpe mamat tu lepas die masuk sekolah asrama macam aku. Sebab dah name nye sekolah asrama, so hubungan persahabatan tu jadi lebih erat. Macam macam aku blaja dari member aku tu termasuk r kalau aku balik kampung, aku kene naik bas ape? Tempat ape yang bese orang pergi kalau outing, cane nak main counter strike dengan half life dan cane nak lari dari sekolah lepas habis pmr dengan jaye nye.. =P

Tapi sume tu zaman asrama, atau boleh r aku panggil zaman kanak kanak ribena sebab mase tu takde ape sangat pun yang perlu difikirkan. Ape yang perlu kita buat mase tu just blaja, blaja dan terus blaja je. Cane nak hidup? Cane nak cari duit? Sume tu boleh tolak tepi dulu.. mase tu r. Sekarang ni tak boleh r pikir macam tu lagi. So berbalik pada cite member aku tu. Macam bese kitorang jarang jumpe so bile jumpe macam macam cite kuar. So ade r die bagitau yang die dah break dengan someone dan bile aku tanye nape ko break? Jawapan die simple "Aku tak nak masalah, aku nak bahagia."

Jawapan yang member aku bagi tu kalau orang amek just macam tu je, aku yakin sume orang akan cakap member aku tu selfish sebab guna alasan macam tu untuk berpisah. Sebab alasan tu macam tak bape nak relevan sebab macam aku pernah bagitau dalam entri sebelum sebelum ni, mane mungkin ade manusia yang hidup die takde masalah kan? Asalkan kita ni makhluk, masalah tu sentiasa ade cume beza die bentuk masalah cane yang kita face.Tu je. So, berpisah sebab alasan tak nak ade masalah memang suatu alasan yang tak berapa nak kukuh untuk diterima secara sepintas lalu.

Kalau fikir betul betul, kita lupe sesuatu iaitu kita tak same macam orang lain. Dugaan atau masalah yang kita face tak same dengan dugaan yang orang sekeliling kita face. Senang cite nye, dugaan yang member aku tu face, aku sendiri pun tak tau besar mane.So memang tak boleh kita nak judge keputusan member aku tu salah seratus peratus. Lagipun, sape yang tak nak bahagia? Aku yakin sume manusia impikan diri mereka untuk bahagia. Ade yang nak sangat bahagia sampai jadi sangat kecewa bile bahagia yang dorang nak tu tak dapat dorang capai (Aku pernah rase camtu dulu)


Tapi, sekali lagi.. bahagia tu sendiri yang jadi persoalan dalam hal macam ni. Bahagia yang macam mane yang kite nak? Aku pernah tanye dekat beberapa orang kenalan aku ape itu bahagia bagi dorang dan memang seperti yang aku jangka jawapan yang aku terima dari setiap orang sangat berbeza. Ade yang rase bahagia bile ade someone dalam hidup die (Yang ni normal kot) Ade yang bahagia bile tengok orang lain bahagia (Ni bese watak hero heroin dalam drama) dan ade gak yang bahagia bile tengok orang lain tak bahagia (Yang ni memang bahagia yang aku pun tak tau nak cakap cane)

Senang cite nye, bahagia setiap orang ni lain lain. Ade bahagia hidup sorang dan ade yang sebalik nye. Pendapat masing masing. Bagi aku, aku akan rase hepi selagi aku boleh contact dengan kawan kawan aku sama ada yang baru kenal atau dah lame kenal. Maaf tapi sejak peristiwa aku "lari dan hilang" tu aku realize kawan kawan yang ade dekat sekeliling aku betul betul kawan dan bukan setakat kawan time gelak karok kat red box je. Selain itu, satu lagi yang boleh buat aku bahagia ialah terus hidup macam yang aku nak tanpa perlu pikir ape yang orang lain nak. Boleh ke macam tu korang rase?

Same dengan kes kawan aku tu, die break sebab die nak bahagia. Salah ke tu? Sejujurnye aku agak kagum sebab die betul betul boleh jadi selfish untuk bahagia sedangkan aku tak boleh jadi macam tu. Bukan senang rase nye nak luahkan something yang boleh effect orang lain direct macam tu tapi member aku tu berjaya buat macam tu. Somehow, aku nak perasaan penting diri yang member aku tu ade.. mungkin perasaan macam tu tak bape kene dengan aku kot.. mungkin. Tapi, lepas fikir panjang.. aku decide yang aku pun nak bahagia macam yang aku nak, macam yang aku impikan. Salah ke?

Mungkin orang akan cakap aku selfish dan penting diri sebab nak bahagia sendiri tanpa peduli bahagia orang lain. Tapi aku tak kisah sume tu. Hakikat die, macam aku cite kat atas tadi.. korang tak kan faham ape yang aku face, ape yang aku kene berdepan setiap kali. Korang tak kan faham. Even aku tanye member aku tu pun, jawapan yang die bagi cukup mudah "Aku otak sains, tak percaye bende macam tu sume" Aku pun otak sains tapi kalau aku sendiri dah face to face dengan situasi macam tu cane? Still nak deny dan cakap sume tu hanya perasaan aku sendiri? Sampai bile?

Aku tak nak cite detail, selebihnye korang fikir sendiri.. salam..

23 comments:

dear anies said...

bahagia itu pilihan...

inche hlovate said...

Bahagia tu bagi aku scope dia luas. Kebahagiaan seseorang tu berbeza-beza..Kita tak boleh nak nilai dengan mata kasar

NIZAM said...

org kate engineer ni takde perasaan. sbb deal dgn machine je. so, dorang taktau nk deal ngn manusia camne. tp aku tak caya la, cth cam ko. dah name manusia, haruslah ada perasaan n bahagia salah satu rasa yang harus ada even definisi bahagia tu lain2 ikut sape define. bahagia takde formula mcm y=mx+c kan. tp rasanye smue org nk bahagia cume cara taksama. samada nk bahagia sendiri atau nak lihat org bahagia even kite sengsara atau dua2 bahagia aman sentosa.

#apentah aku bebel. hee.

Izwa Kamaruddin said...

Glup!

Shila said...

aku meminta izin untuk bertanya..


bila kes ko lari dan hilang..??


ko penah hilang ke..? ke kawen lari..? ke cane..? haha..

Unknown said...

hati manusia berbeza-beza...aku bukan nak ajar ko jadi selfish...
but ada masanya kita kena fikir tentang kebahagiaan kita...tak salah nak berkorban ke nak apa ke...
tp sekali sekala kesian kan diri sendiri dan pilih lah apa yg ko nak,..
sebab nanti ko jugak yg akan menyesal

mirwawa said...

memang sangat subjektif pun. kdg2 org yang ko nampak paling miserable turned out to be org paling bahagia.

p/s: find your true purpose of life, then in shaa Allah, you'll find eternal happiness. personal opinion je. :D

Nyue said...

bahagia pilihan kita..

Kira Sakura said...

bila aku baca part last pasal 'sains' tue terus aku terlintas Ain. entah la kenapa.

betul tue setiap org dugaan die berbeza so kita tak blh nak judge yang orang tue tersalah buat keputusan atau sebaliknya.

asalkan memasing bahagia selagi tak langgar syariat bagi aku, itu hak memasing.

Miss Purple said...

setiap org ada cara berbeza utk dia rs bahagia...so, ini bermakna bahagia itu boleh jadi banyak benda..paling bahagia rasanya bila bahagia itu datang dari Allah swt...=)

نورعيم said...

bahagia itu perlu dicari dan bkn dtg bergolek. tu je.

faa_razak said...

Tetiba rasa mcm big bro guwa tk bahagia je skrg . Eh ? Nti text syfa . Number hilang . Fon kena curi . Kboi

najwa nano said...

tinggalkan orang sebab nak bahagia?bagi aku mmg okay kalau memang pasangan tu dah memang perangai teruk tapi kalau pasangan tu nak buat yang terbaik tapi org tu rse tak bahagia.bagi aku itu kejam.

aku lebih suka kawan yang sikit tapi bermakna.penat nak rasa kecewa kawan beribu tapi act like one.

org sains patut kawen dengan orang sastera.lets change each other.

Unknown said...

Dulu aku selalu gak tanye org, mane lagi tenang..

Couple tapi menderita
atau
Tak couple tapi kesunyian

Ha..bile di pk2 balik. Lau ade peluang kembali ke zaman remaja, mmg ku pilih single je. Lagi best. Tak semak kepale. Aku rase aku pilih single. Tapi bile umo da tue harus lah cari pasangan yang halal. Hehehe. Kang pelik pulak sampai ke tue single.

Anonymous said...

Assalamualaikum KR.Lama x jenguk sini.siht ? .Rite2.Allah bagi ujian sesuai dgn kemampuan hamb2nya.Y power tu lg kuatlh ujiannya.Selfish.Tak kott.Bila kita bahagia brulh kita boleh bahagiakan org lain.fullstop.Good luck.

Ain Norainsyah said...

Baguslah camtu. Semoga bertemu bahagia yang dicari tu.

Setiap orang ada pandangan sendiri. Walaupun pandangan kita berbeza, saya hormati pandangan awak.

aizamia3 said...

Kenapa mesti nak berlaku kejam pada diri sendiri..?
Kita berhak untuk bahagia dengan acuan kita sendiri..
Kalau orang tak suka, kita tak boleh nak kata apa sebab itu hak kita.. bahagia dengan cara kita selagi tak bertentangan daripadaNYA..

Zubaidah said...

bahagia? erm, bagi aku la, aku rasa bahagia bile aku taw family aku takde mslh, bile kwn2 takde mslh and bile aku rasa aku dekat ngan Allah.

sal masalah pulak. erm.... setiap org berbeza dugaan, and kite je boleh betol2 rasa apa yg kite lalui. even org ckp dorg paham, paham x semestinya dorg rasa benda yg sama

aku HaniAsyira said...

banyak sangat ko tulis bahagia.. jadi, aku tahu ko sedang cuba membahagiakan diri ko..

bahagia atas kehendak kita sendiri.. kalau kita rasa kita bahagia, bahagia lah walaupun banyak masalah menimpa.. eh2.. serius aku komen.. hahaha

Unknown said...

kenapa ni kenapa? haha

Lieza Nordin said...

mana ada selfish... kalau nak jual ikan p psar.. hahahah... ekk.. ok2.. serius2... mana ada selfish utk kebhagian kita weh.. tapi kdg2 kita nih cm nak puaskn hati org lain tnpa fikirkan bhgia kita... :D be happy big bro... hek3. ^__^

missha said...

i dont think dia selfish, huhu,

setiap orang ada pndangn yang berbeza pasal bahagia., n setiap orang ada cara sndiri yg dia fkir betul utk capai bhagia tu.

Anas Saufi said...

haha aku konpius adekah aku patut tersinggung atau bangga. tersinggung sbb ko kate sellfish bangga sbb. ko nk jdkn sellfish sbg modal insan.

btw request aku jd bestman aku bulan sebelas ni.

sila reply ya kat no aku

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates