Superbike is love.. Assalamualaikum.. Aku rase dah agak lame aku tak update pasal novel yang bagi aku menarik, best. Bukan nye aku tak bace novel novel baru. Ade gak r beberape novel baru yang aku bace tapi tak sume novel tu menarik bagi aku. Mungkin bagi korang novel ni best, tapi bile aku bace takde r best mane. Ade yang aku bace best gile, tapi orang lain bace novel tu dorang cakap cite dalam novel tu bese je. Standard r tu. Lain orang lain standard menarik die..=)
Ok, takpe. So lepas few novel aku bace.. akhir nye ade gak novel yang bagi aku best sampai aku rase nak share dalam blog aku ni. Best sampai aku still hold lagi novel tu sampai aku setel share dalam blog ni. Ade r dekat few month ago aku dah hold novel ni. Bese lepas bace memang aku hantar balik kat tuan punye novel, tak lain dan tak bukan.. akak aku. Hmm, ok cukup r sedikit introduction aku untukentri kali ni. Kite terus ke main item r ye. Novel ape yang aku bace? Tengok bawah:
Sinopsis untuk novel yang aku bace kali ini.. =)
Wafi, seorang anak muda yang bercita tinggi untuk berjaya dalam hidup. Wafi dijaga oleh nenek die lepas ibu ngan bapa wafi meninggal dunia dalam satu kemalangan. Keadaan ini menyebabkan wafi menjadi lebih berdikari. Selepas tamat pelajaran, wafi mempunyai masalah untuk mencari pekerjaan. Lebih memeningkan kepala lagi apabila famili teman wanita wafi desak die meminang secepat mungkin. Namun, peluang wafi untuk dapat kerja datang dengan syarat..
Dhira, seorang anak gadis yang berasal dari keluarga yang kaya dan mempunyai kerjaya nya sendiri. Disebabkan status nye tu, dhira menjadi rebutan ramai tapi dhira akhirnye telah memilih untuk bersama bersama wafi. Masalah timbul bile keluarga dhira telah desak wafi untuk mencari sejumlah wang sebagai syarat nak kahwin dengan dhira. Dhira pulak yang mase tu dah ade pekerjaan yang tetap takde mase untuk ambil tahu masalah yang dihadapi oleh wafi. Akhirnye..
AD, seorang perempuan yang berperwatakan macam lelaki serta sangat minat menunggang motosikal berkuasa tinggi. Tapi, even style AD ni macam laki dalaman AD ni cukup lembut. Cume, atas sesuatu sebab, AD menyembunyi kelembutan die dengan show perwatakan die yang kasar tu. AD ni gak turut mempunyai masalah dengan ayah die sendiri. Disebab kan tu, AD lagi suka tinggal sendiri dari tinggal kat umah ayah die. Tapi masalah timbul bile ayah AD telah paksa die..
Haikal, pemuda yang kaki perempuan merupakan kenalan wafi yang dah lame tak jumpe. Pertemuan semula antara haikal dan wafi telah membuka satu rahsia yang selama ni tersimpan. Kisah silam riana akhir nye terbongkar dan menyebabkan wafi sangat membenci riana. Riana telah dituduh sebagai pembunuh oleh wafi. Lebih kejam lagi, wafi bertindak menghalau riana keluar dari umah. Riana cube untuk explain perkara sebenar dekat wafi tapi kedegilan wafi membuatkan..
Cover depan novel yang aku maksudkan.. =)
Seperti biasa untuk tau ape jadi seterusnya, boleh r korang yang minat bace novel dapatkan novel ni kat pasaran. Novel ni menarik bagi aku sebab jalan cite tak peningkan pale dan memang banyak unsur kelakar dalam novel ni.Certain part buat aku rase nak gelak betul. Tapi still dalam kelakar tu ade gak sikit unsur unsur sedih as climax untuk novel ni. Ape pun, novel lni memang aku suggest untuk sesape yang suke bace novel watak hero heroin tak nak kalah. Sekian. Salam.. =)