Wednesday, January 2, 2013

Last Year New Year..


Last Year New Year.. Assalamualaikum. Mula sekali aku nak ucap selamat tahun baru kat korang sume.. dengan ucapan semoga tahun baru kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Seperti bese setiap kali datang tahun baru, topik yang banyak dibualkan tak lain tak bukan azam tahun baru. Tapi entri aku ari ni bukan r nak bagitau korang azam tahun baru ke ape kan.. sebab kalau aku cakap azam aku pastu last last tak dapat nak fulfill sendiri gak yang malu so pendek cite, tak payah r ye =P

Bila cite pasal tahun baru, of coz r yang paling aku ingat tahun baru yang aku sambut tahun lepas. Tahun baru yang bagi aku wat aku faham bertuah nya aku dapat sambut tahun baru dengan hepi sebelum ni. Sesapa yang ade terbace entri yang pernah aku taip dalam bulan mac tahun lepas mesti tau cite ape kan? Ke dah lupe? Kepada sesapa yang nak tau dengan lebih detail boleh r rajin rajin klik dekat --> SINI Aku jadikan cite tahun baru aku yang tahun lepas sebagai item untuk aku wat satu segmen tu.

Secara ringkas tahun lepas aku dengan family sambut tahun baru bertemankan air hujan yang entah macam mane boleh sesat masuk dalam rumah. Dengan kata lain nye, tahun baru yang lalu.. aku sambut new year dengan keadaan rumah aku yang banjir. Memang bende tu diluar expectation aku langsung sebab memang dah lama sangat dah rumah tu tak dimasuki air. Tapi banjir yang terjadi tahun baru yang lepas memang boleh aku kire teruk gak r kalau nak ikutkan sejarah banjir kat rumah aku.

Kalau sampai wakil rakyat datang masuk tengok dalam rumah, dengan kitorang yang tinggal dekat area situ dinasihatkan untuk tido dalam dewan orang ramai, lepas tu siap dibagi bantuan makanan lagi.. memang worst betul r tu kan? Tambah lak tak pernah dalam sejarah banjir dekat area umah aku sampai kene tido dalam dewan. Tapi tahun lepas, bukan takat tido je.. siap dapat makanan free dengan barang barang keperluan lain lagi. Memang sejarah tercipta dekat area rumah aku.

Boleh korang bayangkan waktu siaran dekat tv tengah countdown untuk new year lepas tu bunga api dilancarkan sume, aku lak tengah menimba air kuar dari rumah dengan abah aku. Memang rase sayu gile time tu. Betapa selama ni hepi hepi sambut new year mase tempat tempat lain dengan perang nye, gunung berapi nye, tsunami nye.. baru aku faham cane penderitaan orang orang dekat tempat lain tu. Selama ni memang even dah nampak pun buat buat tak nampak je. Tau nak hepi je keje nye T__T

Pendek kata tahun baru yang lepas buat aku realize beruntung aku dapat celebrate new year tiap tahun sebelum ni. Ape pun, sume  berlaku ade hikmahnye. Tuhan tu maha penyayang. Untuk wat keluarga aku hepi balik, Dia bagi akak aku jadi ibu, husband die jadi ayah, mak aku jadi nenek, abah aku jadi datuk dan aku jadi uncle yang cool, baik hati, dedikasi lagi responsible =P dengan hadiahkan dekat family kitorang sorang baby kecik yang memang comel kiut miut kawaii dan sewaktu dengan nye.. ^^

Sume tu berlaku pada hari ini setahun yang lalu so, dah setahun dah r umur anak buah aku yang first tu hari ni kan? So kat sini, papa ngah (Gelaran akak aku bagi) yang cool, baik hati, dedikasi lagi responsible nak mengucapkan selamat hari jadi yang ke setahun semoga panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang baik. Gambar anak buah aku tu takde dekat aku so nanti r aku upload bila aku dah dapat gambar tu ye.. yang penting, memang comel! Selemat tahun baru lagi sekali. Sekian. 

Note: Yang "sangat baik hati" tag nanti aku wat tugasan yang diberikan ye.. +__+

Friday, December 28, 2012

Pledge Contract Between Us..


Pledge contract between us.. (Tajuk amek guna google translate =P Assalamualaikum dekat readers aku sekalian. Lame dah tak cite pasal novel so aku cite pasal novel pulak r ari ni ye? Actually, novel ni aku dah habis bace dalam dua minggu lepas lagi, cuma nya aku macam takde mood pulak nak cite pasal novel ni. Tak jumpe time yang sesuai. Tapi, memandangkan ari ni macam tak bape nak ade cite, aku rase sesuai sangat r kot aku cite pasal novel yang aku bace tu ari ni kan? Tambah lak aku memang suke taip entri rilek je bila tibe ari jumaat ni.. =)

Seperti biase, novel ni aku dapat dari kakak aku yang tibe tibe baik hati (Sampai aku pun jadi agak pelik =P  bagitau ade novel yang baru die beli. Kakak aku ni siap bagi aku hold lagi novel baru tu untuk aku bawak balik umah sewa aku. So, macam pepatah melayu.. novel akak hulurkan, tangan aku tadahkan. Memang aku time je r novel tu dengan hati yang suci, murni lagi ikhlas dari hati.. =P Mula mula memang aku biar je novel tu tanpa dibaca. Tapi suatu malam yang bosan buat aku bukak novel tu dan terus aku rase nak bace novel tu sampai habis.

Sedikit jalan cerita novel tu boleh bace dekat bawah ye =)

Cerita dalam novel ni berkisarkan mengenai sakinah, anak kepada pasangan keluarga yang miskin. Kemiskinan yang dihadapi keluarga sakinah ni memang kritikal sehingga memaksa sakinah untuk berhenti belajar. Namun begitu, dalam hati sakinah.. dia masih menyimpan niat untuk menyambung semula pelajaran nya suatu hari nanti. Kedatangan kenalan lama emaknye semasa mereka masih muda dulu telah membuka sedikit ruang untuk sakinah belajar semula. Namun begitu, sakinah rasa amat terkejut apabila diminta oleh kenalan emaknya itu untuk..

Amar rafiq, anak seorang kaya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Namun begitu, entah dimana silapnye.. rumah tangga amar rafiq tidak dapat dipertahankan. Perginya isteri amar rafiq mengikut lelaki lain menyebabkan amar rafiq benci dengan makhluk bernama wanita. Hilang terus kepercayaan amar rafiq terhadap mana mana wanita yang dikenalinya. Bagi amar rafiq, semua wanita sama sahaja sifat dengan bekas isterinya. Kebencian amar rafiq terhadap wanita semakin bertambah apabila..

Rudi, seorang "budak main" yang gemar bertukar teman wanita. Dengan status kewangan yang kukuh, tak hairan ramai wanita terpikat padanya. Perangai buaya rudi bermula sejak die belajar lagi. Semuanya kerana rudi telah menyambung pengajian di luar negara. Namun begitu, disebalik perangai buaya rudi, sebenar nya rudi merupakan seorang kawan yang sangat baik.. cuma tersasar dengan pengaruh barat mase belajar dulu. Tapi, secara perlahan rudi mula mengubah cara hidup nya yang terlebih sosial itu apabila rudi secara tak sengaja terjumpa..

Maria yang pergi membawa diri jauh dari rakan rakan nya akhirnya pulang semula ke tanah air. Pergi nya maria jauh dari negara sendiri disebabkan cintanya tidak berbalas, dimana lelaki yang dicintainya memilih untuk berkahwin dengan wanita lain yang juga merupakan seorang kenalan nya. Namun cinta maria terhadap lelaki tersebut tidak pernah padam. Maria berasa amat terkejut apabila mendengar cerita rumah tangga lelaki yang dicintai nya itu telah retak akibat kecurangan isterinya. Namun, maria rasa lebih terkejut bila mendapat tahu..


Kontrak janji setia antara kita.. panjang nye tajuk novel.. @.@

Aku rase novel ni baru lagi sebab bila cek tahun percetakan pertama (Kalau tak silap aku) ialah pada 2012. Kire baru tahun ni r novel atas tu exist kan? Cite dalam novel ni bagi aku takde r memeningkan kepala pun sebab plot cite memang agak direct. Aku tak suka sangat dengan heroin novel yang bagi aku terlalu baik dengan hero yang awal awalnye memang perangai tak boleh blah. Ape pun, secara overall nye, aku rase novel ni boleh dijadikan bacaan santai untuk sesape nak novel yang jalan cite sweet tapi takde r sweet tahap jiwang terlebih tu. Sekian. Salam.. =)

Note: Chocolate, Vanilla dengan Cappuccino makin "malas" nampaknye.. err.. +__+
ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates