Wednesday, August 15, 2012

Taqqiyah..


Taqqiyah.. Salam. Mulanya aku ingat nak letak tajuk hipokrit je tapi bile aku translate kan dalam google ape yang aku dapat hypocrite = munafik. (0.0) Worst gile maksud hypocrite ni rupenye. So aku cancel guna hipokrit sebagai tajuk entri dan ganti ngan perkataan yang aku jumpe secara tak sengaja, taqqiyah. Em.. alang alang aku dah jumpe, aku nak share maksud taqqiyah ni.

Taqqiyah membawa maksud seseorang melindungi keselamatan, kehormatan diri dan harta daripada musuh dengan cara menyembunyikan sesuatu dan melahirkan apa yang berlainan dengan hakikat yang tersembunyi di dalam hati. (Berbelit betul @.@) Senang cite, taqqiyah ini merupakan tindakan berpura pura atau hipokrit kerana terpaksa. Jom tengok beberapa situasi dalam blog

Situasi 1

Sorang blogger yang menyokong entri sorang blogger yang memilih untuk membeli belah di tempat yang lebih murah seperti di giant dan tesco dan memilih untuk beli juadah berbuka dekat bazar2 ramadhan sedangkan blogger yang menyokong itu sendiri baru selesai membeli sehelai baju berharga hundred++ dekat pavilion dan pada masa yang sama menunggu waktu berbuka puasa di tony romas.

Situasi 2

Seorang blogger yang bersetuju dengan statement sorang blogger yang mengatakan tidak salah menambah bilangan follower menggunakan pendekatan saya follow awak, awak follow saya balik dengan tujuan memberi semangat pada blogger baru sedangkan baru je bape jam tadi blogger tersebut up entri tunjuk tak puas ati dekat blogger2 yang mintak die wat camtu dalam blog

Situasi 3

Seorang blogger yang like dan bersetuju dengan status facebook kenalan blogger tersebut yang berpendapat adalah baik memilih untuk ke masjid daripada beratur di baskin robbins semata mata nak dapat one scoop ice cream sedangkan blogger tersebut merupakan salah seorang antara beratus ratus manusia yang beratur panjang di outlet2 baskins robbins yang berdekatan.

Cukup r tu aku bagi 3 situasi yang aku rase related dengan perkataan taqqiyah tu sendiri. Kat sini aku bukan r nak memancung <-- ayat nak gempak =P, menyelar atau pun menyindir blogger2 yang buat macam tu sebab to be honest aku pun kadang2 wat camtu gak <-- pengakuan berani. Kalau mintak bagi satu alasan, aku cuma leh jawab sebab aku nak hidup tenang dalam dunia blog ni.. boleh?

Secara panjang cite nye dalam dunia blogger yang serba maya ni, memang lagi mustahil nak puaskan ati sume pihak. Aku yakin bukan 100% orang akan sokong ape yang kita wat atau kita cakap, tambah2 bila melibatkan pendapat atau komen yang lain dari yang lain. Sume ni disebabkan kebanyakan orang yang aku notice memang suka mengaplikasikan penaakulan mantik kat bawah ni

Premis 1 : Pendapat majoriti itu betul
Premis 2 : Pendapat aku sama dengan pendapat majoriti
Kesimpulan : Pendapat aku itu betul

Senang cite nye, berdasarkan situasi 1 yang kat atas tadi agak2 korang ape akan jadi kalau blogger tersebut tidak bersetuju dan terus terang cakap die lebih suka shoping dan makan kat tempat2 mahal camtu? Situasi 2 blogger tu tetap bantah teknik follow you, follow me back dan situasi 3 di mana blogger tadi cakap bukan salah pun tindakan orang ramai berbaris mintak ais krim free tu.

Confirm r statement2 yang lebih kurang camni dorang akan dapat "Dari ko beli baju mahal baik ko sedekah duit tu kat anak yatim", "Berlagak gile ko, dulu mase ko takde follower pun ko wat camtu gak takpe lak kan","Jahil betul ko ni, pergi masjid tu lagi baik r weh" Agak2 korang setuju tak yang dorang akan dapat statement2 macam aku taip tadi tu? Rase nye betul r kot.

Kalau korang tak caye, korang try r sendiri.. tambah2 bile dalam blog hiburan. Try tengok cite panas yang ada pastu komen r lain daripada majoriti tukang komen dalam tu. Kalau boleh pergi kat blog2 korea, korang komen kutuk artis korea dalam tu. Aku yakin 100++ tukang komen lain akan kutuk korang balik tak henti henti pastu. Kalau tak percaya try r wat dan tengok hasil nye =P

Sebab tu r aku kata kadang2 dalam dunia blog ni kita terpakse berpura pura atau pun taqqiyah, asal kan bende tu takde r melibatkan hukum2 agama kan. Tambah lak pendapat tu suatu yang bebas cume sebab certain2 people ni r hak nak bagi pendapat secara bebas dari ati tu tersekat. So macam mane? Agak2 korang setuju dengan cite aku ari ni? Sometime taqqiyah tu perlu. Tu je. Salam

Lame dah tak wat bende name selingan..

Semalam aku tak update pape sebab tak bape nak sihat. Tapi sekarang aku dah ok so jangan risau. Aku tau sume readers sayang kat aku kan? =P (perasan betul) Aku just nak cite baru2 ni aku berminat lak nak dengar lagu nasyid. Mungkin sebab dah lame kot lagu2 macam tu tak kuar kat radio. Tambah lak bile aku cek koleksi lagu aku langsung takde lagu nasyid.. -__- Dulu mase zaman raihan bukan main lagi. Lagu yang paling aku suka of coz r munajat seorang hamba by kumpulan hijjaz. Memang best betul lagu tu. Siap dah hafal lirik lagi ^^ Sekarang ni aku agak bizi mencari lagu2 nasyid yang best. Aku cuma tau bape group macam raihan, hijjaz, inteam, rabbani, saujana dengan nowseeheart je. Ade lagi ke group2 nasyid lain yang ade kuar kan lagu2 best ye? Hmm..

Note: Yang meneka kaler baju raya aku, tekaan korang sume salah! Time kasih =P

30 comments:

Unknown said...

cm entry aku ritu jugakla
hipokrt perlu kadang2

Shila said...

kump edcoustic...

aku suka lagu Muhasabah Cinta + Aku Ingin Mencintaimu..



kalau sedih, tapi kita berlagak hepi, hipokrit tak..?
aku teringin nk bila aku sedih tp org nmpk aku hepi..tp selalu gagal.. aku tetap nmpk sedih..huhu..

Anonymous said...

salam aidilfitri, maaf zahir & batin dari KA & family ye

Kira Sakura said...

cuba ko try cari lagu istikharah cinta...

kdang aku bagi komen +ve dgn -ve yg berbatas la cakapnya.. dgn harapan blogger tue blh pk mana yg lebih baik...

wafiy suzly said...

itu biasa. ade org kate kite patut jujur je menyatakan pendapat masing2, tpi adekale kite kene backup diri sendiri gak :)

aku HaniAsyira said...

kalau aku baca jer.. mengiyakan tidak.. menafikan tidak.. so, aku akan komen secara general.. aku rasalah melainkan kalau betul2 aku sokong..

aku samua jenis lagu baru xtaw dah.. nasyid apatah lagi.. tapi sekarang suka dengar zikir terapi hafiz hamidun maybe bukan nasyid tapi mendamaikan..

disebabkan orang lain salah meh aku teka kaler apa.. hitam.. xpun biru..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

salam 26 ramadhan & selamat hari raya :)

Mishter Izwän said...

org sekarang mmg suke mengkritikik walau diri sndri tak betul. pegi je kat laman politik. pas tuh komen yg berlawanan. nnti kene la balik

.........cP~ said...

Salam.

Soal perlu tak perlu pun bergantung pada pendapat blogger tu jugak.

missha said...

sedar tak sedar, setiap orang mesti pernah TERbuat..huhu

CikTeddyCorner said...

hipokrit itu perlu jugak kdng2..utk mnggembirakan org n mngelak perbalahan,mungkin.hehe

Payeh Kuced said...

minat nasyid ye .. aku pon tengah mencari lagi... membe aku slalu suh denga nasyid-2 dari kumpulan unic.. ko cuba la search .. aku pon tak tau best ke tak .. tapi yg aku tau , unic tu mmg banyak nasyid nya...

Liselle MonCherie said...

What to do,lain org lain pendapat. Mmg dlm dunia kita pon xboleh nk sama semua dgn org lain.Kadang2 nk jaga hati org pun kita kne taqqiyah jgak.
huhu akhirnya dpt jgak blogwalking!

Gdsbnga said...

haha aku pung kadang kadang macam tu jugak !

vendoline said...

ehhe masuk masjid takyah bratur pon. BR semua sanggup bratur dr ptg

Liyaa Mf said...

Err jap2 aku nak ingat aku penah tak wat camtu. Err aku rasa salunye aku akan iyekan (setuju) ckp org tu tp dlm masa sama aku ngaku kut kalau aku tak sepertimana statement yg dea utarakan tu. Hehe.

Ehh, entahlah aku ingat2 lupa. Tp aku rasa pengakuan aku kat atas ni cam betul. Tp bukan maksudnya aku tak penah hipokrit. Aku ngaku, selalu je :P

Badrina Ibtisam said...

Betul2!!!! kdg2 sifat mcm tu perlu gak sbb kita pun kna gak en jaga hati org? so, kna tgk keadaan ah.

Eh! Sama ah me pun latey suka gak layan lagu nasyid!! ;D Kalau free share ah lagu2 nasyid yeeee hehe~~~ ;))

vendoline said...

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dalila Samsudin said...

agak2 nya aku pernah buat tak ? :p lol ahaha Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri !

kindergartenlibrary said...

better berterus terang . kadang2 manusia ni memang banyak pendapatnya . . ada pendapat yang bernas dan tak . :)

Unknown said...

Lari topik kejap. haha.. slmt hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ;)

Ain Norainsyah said...

kalau xnak hipokrit, jangan komen pape yang opposite dengan kita kat dnia realiti. :)

Woofer Storm said...

slmt hari raya..maaf zahir dan batin yaa.

kuih raya jgn lupa pos ye.ehehee

Unknown said...

Hahaha. Aku tak hipokrit kan bro? Aku menyampah cakap terus menyampah kan? Hahhaa.

نورعيم said...

hipokrit utk menjaga hati org tu lebih baik kot.

#try dgr lagu dari kumpulan irsyadee. best dan syahdu!

syakirah izwanie said...

Bila kita jujur manusia tak boleh terima. Semua nak bash. Hmmmmmm.

Unknown said...

selamat hari raya 1433H ye maaf zahir batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)

Anonymous said...

hipokrit..klau bende baik bole je xD better dari x buat..HAPPY EID

Hansyirah Takezur said...

yep, memang semua orang ada dark side. aku pon mengaku, aku wat gitu jugak tapi tak selalu. hewhew..

salam eid kazreal. chewah. kemain panjang aku eja. maaf la kalo aku komen selama ni kasar and menggores perasaan ko. huhu

Anonymous said...

wsalam..hmm..taqiyyah..hipokrit..munafik..ok serius berat.Jujur je la.Allah akn menilai kjhtn @ kebaikn kita wlau sbesar zarah pun.Islam tu kn syumul.buat ap2 pun kena rujuk pd agama skalipun menaip kn..

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates