Friday, February 1, 2013

Neighbour..


Neighbour..  Assalamualaikum.. berikutan selingan dalam salah satu entri baru baru ni.. ade beberapa kenalan blogger tanye ape yang aku maksudkan dengan jiran blogger tu? So, untuk entri hari ni.. aku nak explain pasal term jiran blogger tu. Tapi, sebelum tu.. ade sorang blogger tanye pasal mane nak download drama setia hujung nyawa tu? Jawapan yang aku boleh bagi.. sebab adik aku yang download kali ni.. aku pun tak tau site mane yang die guna. Ape yang penting, balik kampung nanti, aku cucuk je hard disk aku, copy dan setel.. =P Tapi aku rase kalau search kat google boleh je jumpe. So good luck! ^^

Berbalik kat topik pasal jiran blogger tu. Sebenarnye jiran blogger tu satu term yang aku ngan sorang blogger gunakan untuk refer kepada feed. Kalau sesapa yang rajin observe gadget dalam page element ni, mesti korang tau ape bende sebenarnye feed tu. Feed ni sebenarnye satu lagi cara untuk kongsi link sesama blogger cume yang agak lain nye dekat feed tu, satu gadget feed cume boleh letak satu blog url je dan ape yang akan dipaparkan dalam blog nanti ialah beberapa entri latest url yang korang letak tadi. Berbeza dengan bloglist yang mana korang boleh letak banyak url blog kenalan dalam satu gadget.

Cume, sebab aku dan blogger tu malas nak guna term feed tu, so kitorang panggil r gadget tu sebagai jiran blogger. Macam mane boleh jadi jiran blogger ni? Cite nye macam ni, tak silap aku dalam tahun 2010, sorang blogger yang aku rase femes mase tu ajak aku untuk tukar url feed dengan die. Aku yang mase tu memang zero pengetahuan pasal gadget gadget blog ni memang agak blur r. Tapi die cakap die boleh ajar aku so aku pun setuju je r. Tambah lak, sorang blogger yang mase tu ade follower dekat 2000++ sudi nak tukar url feed dengan blog kecik aku ni, macam tak percaya lak. So aku pun setuju je r.

Tapi, mase tu sebab internet yang lembab mengalahkan kure kure, aku pun cakap kat blogger tu nanti internet ok, baru same same wat. Pendek kan cite, beberapa hari lepas tu kot.. aku chat blogger tu dan bagitau line internet ok so boleh r nak bertukar url feed tu sekarang. Blogger tu pun ajar aku. Memang agak simple je r care nye. Pergi dekat layout, klik add a gadget, amek feed, lepas tu letak url blog yang korang nak kongsi, isi pape yang patut, save dan setel. Senang kan? So lepas dah buat ikut arahan tu, korang akan dapati yang url blog korang letak dalam feed tadi dah ade dekat dalam blog korang.

Ape yang membezakan feed gadget dengan bloglist gadget ialah paparan die sendiri. Dengan menggunakan feed gadget, selain dapat promote blogger tu sendiri, gadget ni boleh promote entri entri latest yang blogger tu update. Kire satu advantage untuk blogger yang rajin update sampai 4 ke 5 entri sehari sebab ape yang diupdate tu akan dipaparkan dekat feed gadget tadi. Berbeza dengan bloglist yang cume akan paparkan entri paling latest korang. Kire kalau update 10 entri sekali pun, dalam bloglist cume akan letak satu entri paling latest gak kan? Dekat situ r advantage bagi sesape yang guna feed gadget ni.

Kesimpulan nye, tu r sedikit sebanyak yang boleh aku terangkan pasal jiran blogger atau bahase formalnye feed gadget. Kalau sesapa rase nak kongsi feed gadget tu dengan mane mane blogger yang korang nak, korang helo helo je dorang dan kalau masing masing setuju, ikut je step mudah aku letak kat atas tadi. Tapi, ingat.. jangan main pakse pakse ye. =) Pendapat aku, jiran blogger ni memang membantu bagi blogger yang rajin update lebih dari satu entri sehari tapi bagi aku yang update sehari sekali lepas tu weekend cuti ni rase takde efek sangat guna jiran blogger ni. +__+ So, tu je r untuk hari ni. Salam.. =)


Contoh feed gadget @ jiran blogger. Blog bekas jiran --> SINI

19 comments:

Liyaa Mf said...

Aku perasan masa kau ada jiran blogger dulu & aku paham je psl selingan kau aritu. Cuma aku taktau pun apa function & purpose jiran blogger tu. Rupanya, tu je? Sama je cam bloglist tapi kenapa tak guna bloglist je? Cuma sbb akan appear lebih drpd 1 entry? Tu je? Aku rasa cam tak puas hati je if setakat tu purposenya. Itu je? Hahaha! Guna je la bloglist :P

Dulu aku penah stalk blog bekas jiran kau tu since kau ada letak kat sidebar. & masa tu la aku tertanya2 kenapa kau letak link blog ni kat sini ek? Rupanya feed gadget. Punya la aku wonder dulu. Dulu ingatkan blog awek kau ke. Hahaha!

misz aisya said...

owhh igtkan mnde lah jiran blogger tu.

hehe. xdelah sgn sgt sbb bkn aku sorg je yg xtau. :)

Unknown said...

terima kasihlah atas penerangannya...aku ni lagi blurr bab2 benda ni...err,tp kalau aku nak paksa ko jadi jiran blogger aku boleh? hoho...nak menyeru sikit ilmu penulisan ko wei...hahaha...ok..aku joking je,,..aku rasa guna bloglist pun ok..sebab aku ni jenis suke bukak entry2 org...sampai aku rasa nak muntah tgok blog dia...ko pun jenis rajin kan? sbb aku perasan kalau 10 entry aku ko tak sempat baca...sure ko akan baca semua walaupun entry tuh merapu je...hoho...thanks...terharu sikit =p so,kalau betul kita ikhlas mesti kita sggup godek entry2 dia kan..

#ok,malas komen pepanjang...k.bai

najwa nano said...

ooo.itu fungsinya.aku pon konfius jiran blogger tu apa..aku ingat macam bloglist jugak.lepas ko citer haritu terus aku tngok ko pnya blog.ada tak ko tulis jiran blogger slain vanilla,latte bagai tu.mmg r aku tak jmpa...

Unknown said...

wahh jiran blogger mcm besz je.,orang ada jiran alam maya ahahhaa..

mirmashi94 said...

aku buta gadget. harap maklum =)

p/s: patut laa private sekejap, tgh renovate rupanya. merah menyala ni bro. tak kena langgar lembu ke? =.= k aku tahu lawak sengal. buat2 ketawa je laa :D

Gdsbnga said...

ahhhhhhhhhhh tak fahammmm .
cukuplah ada bloglist , jiran blogger apa semua tu tkde pun tak pe . harhar

Azee Hana said...

lemah sikit la bende2 ni..huu

aku HaniAsyira said...

yang tomato lalink tu kan.. aku pun tak bpe paham.. takpe.. aku buat2 apaham. ok?

Kira Sakura said...

jiran ku suami ku. eh mcm tajuk novel pulak kihkihkih :p

Kakzakie Purvit said...

Kakak malasnya nak buat ini bila ada virus nak cari satu-satu itu yg buat blog kakak jadi plain tak ada gadget itu semua.

Unknown said...

bloglist cukuplah... malas la aku nak letak jiran blogger ni bagai...

Hansyirah Takezur said...

oh.. patutlaa.. aku tertanya gak apakah hubungan ko dengan beliau sampai ada link tu. hahaha.. dah tau dah.. rupa2nya dia bnyk tolong ko dulu.

syhrh said...

ohh baru faham apa benda tu. nice sharing. terima kasih. tapi sha tak pernah try y feed tu. insyaallah lain kali? (:

syhrh said...

ohh baru faham apa benda tu. nice sharing. terima kasih. tapi sha tak pernah try y feed tu. insyaallah lain kali? (:

inche hlovate said...

owh nampk sangat la sya memang tak layk nk buat bnda ni..update pun 23 kali je seminggu haha

نورعيم said...

jiran blogger kita diri sendiri je kihkih

Zubaidah said...

aku ade gak dengar sal feen2 nie semua tapi 1 habuk pown aku x tw, skrg baru aku taw, tp term yg ko gune tu mmg sgt kreatif and unik

missha said...

dlu curious jugak... adakah blog tu spesel? haha.

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates