Sick! Salam, seperti yang sume orang tau, ari jumaat yang lepas sume orang yang beragama Islam telah menyambut hari raya aidiladha. Hari raya ni disambut untuk memperingati peristiwa nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya setelah mendapat perintah Allah untuk berbuat demikian. <-- kalau salah betulkan aku. Namun akhirnya, berkat ketaatan nabi ibrahim melaksanakan perintah tersebut, akhirnya anak baginda telah digantikan dengan seekor kibas. Maka untuk mengingati hari tersebut, orang Islam pada hari raya aidiladha merayakan nya dengan melakukan ibadah korban.
Entah kenapa, ade sorang manusia ni rase macam tak best langsung raye aidiladha tahun ni. Memang manusia yang sorang ni jenis tak bersyukur betul. Orang-orang dekat negara lain takde kesempatan pun nak sambut raya aidiladha ni sebab masalah kesempitan hidup, perang dan sebagainya. Manusia ni pulak, dah diberi peluang sambut perayaan yang ni, boleh pulak cakap raya yang ni macam takde ape ape je. Ntah bape kali die keep on cakap raye aidiladha ni tak raye pun takpe die pun tak tau. Orang cakap kalau asyik ulang cakap bende same leh jadi doa so termakbul r doa manusia tu.
Bangun pagi sabtu lepas, manusia ni mula rase tekak die macam something wrong. Die ingat bende ni normal sebab baru bangun so manusia ni pun pergi r bilik air untuk basuh muka dan berus gigi. Lepas tu dia sarapan pagi. Habis sarapan, dia rase perut rase tak selesa lak so masuk r bilik air wat urusan pape yang patut. Selesai ngan urusan tambah siap2 mandi sekali, die still rase tekak die tak ok gak. Memang perit habis. Macam2 bende die try. Minum air banyak2, makan "kawan nelayan" lepas tu mak manusia ni siap suruh makan perahan lime ngan madu lagi tapi efek die memang kejap je.
Last2 manusia ni pun decide untuk tido. Mungkin lepas tido akan rase lebih lega kot. Bese nye macam tu. Tapi tak lame lepas tu die terjaga dan still tak ok malah lebih worst. Manusia ni dah kne influenza <-- saje gune term sains. Tak lame lepas tu kepala manusia ni mula rase pening tapi die still gagah kan gak. Suhu badan pun pelan2 jadi makin panas. Sebab panas sangat, manusia tu pun mandi r lagi sekali. Tapi panas badan die tak hilang2 gak. Dekat2 nak maghrib, suhu badan manusia tu jadi panas sangat. Confirm manusia tu dah demam. Sekarang, manusia ni betul2 tak dapat sambut raya.
Malam tu umah famili manusia tu memang meriah betul. Ramai sedare yang berkumpul kat situ. Memang riuh rendah tapi manusia tu hanya mampu baring atas tilam je tengok sume tu sebab tak mampu nak join sekali. Memang mase tu baru r terasa cane seksa nya takleh sambut raya. Nasib baik, the next day.. demam manusia tu beransur ansur pulih. So, pengajaran untuk cerita kali ni.. kalau dah diberi peluang untuk sambut perayaan yang macam tu, sebaik baik nye jangan r banyak bunyi banyak komplen sebab orang lain tak dapat pun nak sambut raya camtu so kita yang dapat ni bersyukur sikit.
Note: pengajaran cite kat atas tu aku tuju kat diri sendiri T__T
22 comments:
kawan nelayan tu pe
haha rugila xdpt menikmati raya haji
timbunan dgg y lazat
sobsobsob..*kesatairmata* lainkali ckp yg baik-baik aje..okey?
Hahaha. Panjang cerita padahal cakap je lah demam. So sekarang dah sihat laa ni? Baguslahhh. Influenza tu apa?
kerana mulut badan yang kena...
sambut raya selapas sihat. :)
hoho. dah sihat belum manusia tu?
syafakallah la weh
aku tengok paper & ada pasal kesengsaraan rakyat myanmar & syria sambut aidiladha. baru aku sedar betapa beruntungnya kita tak camtu,,
hahaha rugi je tak leh raya.
Kadang2 kita tak perasan pun benda ni, kelebihan yg kita ada.. selalu komplen, taktau nak brsyukur dgn apa yg ada.. ramai lagi di luar sana yg masih perang, kelaparan etc.. hmm. nota peringatan utk sya jugak. slalu terlalai dgn dunia... :|
Itulah,ramai org ingat Raya Haji ni tak penting walaupun Raya Haji ni lebih besar dr Hari Raya puasa.
Fishermen's friend?? Haha direct translation.Apa-apa pun semoga cepat sembuh^^ :D
Nice entry :-)
So, dah sihat la sekarang nie?
Biasalah, manusia...adakala kita tak bersyukur di atas semua yang kita ada...
cop! ko tgh ckp sal diri ko sndri ke nie??? kwn nelayan tu apa??? family aku lo bab2 sambut raya haji nie, sederhana je, setakat pi kua jalan2, takde la smpai sanak sedara dtg macam rye aidilfitri tuwh
apapun jaga diri ye !
Lahai....wian manusia tu...xpe xpe....len kli moga dia beaya dengan meriah dan bahagia....segalanya jd pengajaran...utk kita smeua....
tuju diri sendiri rupanya....ok la tu sudah baik demamnya :)
haha.. da agk dah.. :p
biasalah manusia.. kdg2 kita alpa kita nie jd byk songeh.. komen sne sni.. tp nk wt cmne.. nme lg manusia..
kalau benda dah depan mata, manusia memang selalu pandang sebelah mata je. itu normal. something often appreciated more when we actually lose them. maybe demam tue untuk kembalikan makna raya pada kau. you know, masa kecik2 excited gilaaa nak raya, then you get older dan ke-excited-an tue hilang macam hilangnya muka cute kau dan soalan2 naif.
growing. get older. how exciting ...
hargailah hari ni sebelum muncul hari esok.. hahaha..
fisherman friend ei..
cite ko nie mengingatkan aku kat jiran along aku. mak dia sakit. kt mulut dok sebut "rasa taun nie tak dapat raya" sekali raya kedua mak dia meninggal.. memang betol2 la xdpt raya. bukan la bermakna aku salahkan takdir ke apa.. tp kita yang manusia selagi apa yang ada depan mata kena bersyukur dan hargai kan.. nanti bila apa yang dimulut tue makbul time tue la baru nak nyesal..
*ok aku tue tuju ke manusia tue jugal hihihihi
weiii moga cepat sembuh :)
tulahhhhh, lain kali lain kali lain kali
ada sorg lagi manusia tu , dia demam hari sebelum raya.
Alhamdulillah, masa hari raya dia dah sihat. :D
Since aku dah baca latest entry kau, so aku dah tau yg kau dah sehat pun drpd demam kan? So takyah dah r nak wish get well soon ek? Hahaha! Lenkali jangan kerek sangat tak suka raya bagai :P
Papepun aku nak bagitau. Masa aku budak2 & bujang2 dulu pun aku tak rasa sgt raya tu sesuatu yg bermakna. Tp since dah kawen, raya terasa amat2 bermakna kau tau? Hehehe. Masa untuk berkumpul saudara mara adek beradek ipar duai anak buah sepupu sepapat sume. Haaaaaa :D
*Memula aku ingat kawan nelayan tu ikan. Baca drpd komen, fisherman's friend rupanya #_#
alahai... macam OE jugak time raye puase hari tu...
asyik cakap benda yang sama, kalau tak raya pun tak ape..
last2, raya tahun nie adalah raya paling worse yang pernah OE rasa...
pengajaran untuk diri sendiri jugak.
lepas nie dah tak nak cakap macam tu dah...
^^
ai raya tahun gembira dalam sakit :(
Post a Comment