Monday, January 28, 2013

Mask!


Mask! Assalamualaikum.. masih bersiaran dari rumah, actually aku ni baru je baik dari demam ke pening ke angin ke sakit perut? Entah r.. yang pasti aku tak bape sihat beberapa hari lepas. Dah macam satu kemestian lak bila cuti lebih sikit, mesti jadi tak sihat tetibe. Adakah itu bermaksud aku ni memang tak boleh cuti lame lame? Err.. Takpe lupekan isu tersebut. Memandangkan aku baru je sihat dan takde isu sangat nak dibincangkan so hari ni aku nak cite pasal trademark aku tu, tak lain tak bukan, topeng.


Aku tau memang cantik pun mask aku ni kan? =P

Ade beberapa kekeliruan dan salah faham dapat aku lihat dalam entri yang lelepas mengenai topeng aku tu. Topeng aku tu bukan nye dibuat handmade oleh sesapa atau mane mane blogger. bukan same sekali ok. Dalam entri aku baru baru ini.. mengenai item yang aku dapat dari blogger tersebut, topeng tu hanyalah aku letak sebagai trademark aku je sebenarnye. Memang saje je aku letak topeng dekat setiap gambar item tu semata mata sebagai hiasan je. Bukan topeng tu salah satu hadiah aku dapat. Bukan.


Header first aku yang guna mask sebagai hiasan

So, dari mana datangnye topeng tersebut? Actually, pada asalnya, topeng tu merupakan kepunyaan adik aku yang nombor empat tu. Dekat sini, adik nombor empat aku maksudkan ialah anak nombor empat dalam famili aku. Tak silap aku adik aku beli topeng tu dekat area shah alam. Entah bila aku pun tak tau. Tapi ade satu hari tu, adik aku pergi tunjuk dekat aku topeng tersebut dan bila aku tengok, memang cantik topeng tu. Siap aku tangkap gambar aku pakai topeng tu lagi, pernah letak dalam blog tapi dah remove.. =P


Header kedua yang simple tapi konsep mask masih dikekalkan

Last last bile aku pikir, macam menarik je topeng ni kalau letak dalam blog.. terus aku paksa adik aku wat kan satu header untuk aku yang dalam die ade topeng ni. Sesapa yang follow blog aku lame mesti tau kan header yang mane? Header yang warna biru tu r. Tak sangka lak aku, lepas tu.. kebanyakan blogger yang baik hati cite pasal aku akan state aku sebagai "blogger bertopeng" sedangkan aku sendiri pun tak state aku macam tu. Tapi, last last aku rase why not aku stick ngan topeng tu dan jadikan trademark aku?


Header terkini yang sekali lagi mengekalkan mask sebagai hiasan..

Dipendekkan citenye, macam korang nampak sekarang ni.. topeng tu memang dah menjadi trademark dalam blog aku. Sebab tu untuk header aku yang baru tu pun aku still letak topeng tu sebagai hiasan. Even ade blogger yang panggil aku topeng instead of name aku. Sekarang ni, topeng tu memang di bawah jagaan aku r lepas susah payah aku mintak kat adik aku =P Adik aku sekarang ni dah bahagia dengan topeng v for vendetta yang die beli baru baru ni. Nasib tak tertarik dengan topeng adik aku yang baru tu.. kalau tak, err..

Selingan bertajuk kemana menghilangnye nombor ic aku?

Aku nak bertime kasih dekat certain blogger yang notice dan bagitau aku dalam komen korang mengenai nombor ic aku yang telah aku reveal secara tak sengaja dalam entri sebelum ni. Lepas aku bace komen tu, dengan sepantas panther aku telah buang gambar tersebut, edit balik sebelum upload gambar tu semula. Sebab tu, tukang komen yang selepas tu akan mendapati yang takde nombor ic aku dekat gambar tu lagi. So jangan confuse sebab bukan korang tak nampak, cume aku dah remove ganti gambar tu je. Sekian.. =)

Note: Entri orang tak sihat memang takde arah macam ni.. +__+

19 comments:

adan said...

owh patutlah..aku pun tcari cari gak no ic ko..

aku dh lama tau topeng tu jd trademark blog ko bro.. nampak misteri je kannn..

CikTeddyCorner said...

topeng tari-menari ;)

Unknown said...

cehhh..aku ngat dia bagi ko dengan topeng tuh sekali...dengan aku2 pun jd salah faham..wei tengok le header baru aku...hoho...nak lawan dengan ko tuh =P

Unknown said...

wahhh besz gak eh ada trademark sendiri kekeke..nk buat trademark kain batik la aahaa..

نورعيم said...

yang pasti warna merah tu mcm blogger mata cantik kan? hihi.

lepas ni baik jgn balik rumah dan cuti. kerja je hari2. hahaha.

faa_razak said...

kan dah jangkit . lain kali jgn kutuk org tak sihat . kan dah jangkit =P

topeng . haha . nama first syfa panggil kat big bro . lol .

hmm hmm . tukar header and template sbb nak sama ngan kak ain kaaa ? =P terbaca komen org atas . hihi . kantoi . kbai

محمد رازيق said...

pergh terbaik la header baru ko bro. nice.ni boleh tampah tak? hehe

Gdsbnga said...

kekalkan trademarkmu , tingkat prestasi . yosh!

lerr patutlah aku tak nampak nombor ic yg ter-reveal tu . dah delete ghupenye . wkwkwkwkwkwkwk

HeNRieTTa JoSe said...

mmg chantek header baru..haah....dr rietta ikuti blog nie dalam setahun yang dulu...mmg rietta cop blog nie blog topeng...hehehe...

psss...eeeh ye ker....rietta pown xtaw....tpi klu selsema jerr la rietta gunakan...

Kira Sakura said...

mask rider = blogger bertopeng

ko nampak tak kaitan tue? :p

bagus lah ko dah buang. aku lak yg riso ko letak situ

Nadia Johari said...

okla tu ade trademrk tersndiri..nmpk ic aritu..tp rami dh komen so nad komen pasl kete tu jele..hehe..

tomatokering said...

memang terbaik trademark blog ko. feymess lagi pasni! :P

aku tak sempat baca pulak no ic ko kalau tak boleh mandrem. kakakka :p

Liyaa Mf said...

1stly, aku harap kau lebih rajen bekerja pasni. Takyah cuti lelama dah. So takde r kau saket lagi. Hahaha!

2ndly, aku pasan psl salah paham topeng tu. Punya la dorang kompius igt topeng tu pun handmade. Hehee. Untung weyh kalau cenggitu. Btw, aku pernah nak conceal muka aku dlm blog ngan letak gambar aku pakai topeng. Konon2. Tetiba terus teringat kau, tak jadik. Nanti kau kata aku tiru pulak. Hahaha!

3rdly, aku pasan awal2 lagi psl no ic tu. Dulu kau kan penah kena tegur psl benda ni masa kau reveal slip result pmr kut. Tp this tyme kau reveal lagi full name ngan no ic. Grrrrrr! Degil ek? :P

Ratu Hatiku said...

mmg cantik mask tu...

Unknown said...

eh cantiklah mask tu.. bagus kan ada adik yg boleh dipaksa paksa buatkan header..husband saya mintak tolong buatkan header sampai sudah tak buatkan..grr..

czueka zulaikha said...

rindu tgk kau pkai topeng..
disebabkan mask ni la aku add fb kau hahaha..
utk bongkar identiti kau wahai KR :P
trademark tu penting, sbb tu aku ingat kau :)

Unknown said...

blogger bertopeng... :p
topeng tu menarik... sesuailah dengan trademark ko tu... :D

Zubaidah said...

btol la, aku pon perasan gak yang ko selalu letak gambaq topeng tu, tapi bg aku trademark yg menarik, bru mcm misteri ckit dak? kih3

missha said...

nice trademark.. ada elemen misteri kat situ.. :)

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates