When I speak, you listen! Assalamualaikum.. Agak korang ape yang aku nak cite based on tajuk entri aku hari ni? Aku rase kebanyakan orang dah tau mengenai isu hangat yang sedang diperkatakan sekarang ni. Tak lain tak bukan isu listen listen dan listen tu. Tapi sebelum tu, kepada sesape yang tanye mengenai contoh lagu raihan, sila perhatikan petikan ayat aku amek dari entri yang lepas "..Tapi aku dengar gak dan lagu yang best dalam album tu sesungguhnya. Korang tau tak lagu ape tu?.." So dekat situ bak kata papa zola, jelas lagikan nyata! Aku dah state contoh lagu raihan = sesungguhnya. Nampak sangat tak alert.. =P
Berbalik pada topik yang aku nak share hari ini, aku tak pasti kebanyakan blogger tau ke tak pasal isu ni sebab aku tengok banyak blogger tak update entri pasal isu ni. So, sebab tak ramai yang update.. biar aku je r yang update kan? Tambah time tengah takde bahan ni.. T__T Baru baru ni, dekat youtube telah muncul satu fenomena baru selepas gangnam style. Istimewa nye fenomena baru tu datang dari malaysia dan telah dibawa sorang presiden persatuan yang memperjuangkan hak wanita. Fenomena yang dikenali sebagai listen listen listen. Macam macam bentuk ade. Ade sesapa yang tau cane boleh timbul fenomena tersebut?
Sume tu berlaku bila sorang student yang diberi peluang untuk bertanyakan soalan dalam suatu forum telah memberikan pendapat mengenai isu perhimpunan bersih baru baru ini dan bertanya mengenai status pendidikan percuma dekat malaysia terhadap presiden tersebut. Tapi, ape yang berlaku selepas itu adalah something yang aku tak expect langsung. Presiden tersebut bukan sahaja tak menjawab soalan yang diajukan sebaliknya bertindak memalukan student yang bertanya soalan tadi dihadapan ribuan pelajar lain yang ada dalam forum tersebut. Betul betul aku tak expect boleh jadi macam tu dalam sesuatu forum.. hmm..
Aku yakin sume ade pendapat masing masing so sape nak tau detail mengenai video tu leh klik dekat --> SINI Pendapat aku mengenai isu ni, sume ni tak kan jadi kalau presiden tu bijak menjawab soalan yang dikemukakan. Tapi ape yang berlaku, mungkin disebabkan rase terancam dan tak tau cane nak jawab soalan terutama mengenai pendidikan percuma yang tidak dapat diberikan dekat malaysia.. presiden tersebut mengambil jalan mudah iaitu memalukan pelajar tersebut yang dikatakan terlalu banyak komplen tak macam student lain yang gembira dengan ape yang kerajan dah bagi dekat dorang. Err.. ye ke korang gembira?
Aku pernah tanye sorang rakan sekeje aku dulu mengenai isu pendidikan percuma dekat malaysia dan jawapan yang aku dapat memang bagi aku brilliant. Jawapan lebih kurang macam ni "Sekarang, even diberi ptptn dengan biasiswa kat student, still ade certain student yang salah guna wang tersebut dan malas blaja, malah ade yang tak dapat grad dan dibuang uni.. cuba bayangkan kalau malaysia bagi pendidikan percuma dekat sume orang? Tak mustahil makin ramai yang akan gagal sebab gagal cane pun, duit dorang tak rugi satu sen sebab sume kerajaan dah support. So kat malaysia, memang tak leh bagi free education.."
Atas tu contoh jawapan dari rakan sekeje yang bagi aku boleh diterima kan? Tapi ape yang berlaku dalam forum tersebut, presiden bukan sahaja tak menjawab soalan malah suruh student yang bertanya tadi pergi berhijrah ke negara lain kalau tak suka duduk dekat malaysia. Patut ke macam tu? Yang buat aku rase macam ape je, presiden tu tak puas hati dengan tindakan student tu compare malaysia dengan negara lain, tapi dengan suka hati die compare manusia dengan binatang seperti kucing, anjing, lembu, kambing, ikan, burung dan jerung. Binatang.. binatang r kan. Kita ni manusia. Mane boleh nak disamekan dengan binatang kan?
Kalau ade pun binatang yang same dengan manusia, charles darwin sorang je yang ngaku macam tu.. =P so bagi aku memang tak patut r. Satu lagi yang buat aku macam tak bape nak faham ialah gelagat student lain dalam forum tu. Student tu cakap, dorang tepuk, presiden tu lawan balik pun dorang tepuk. Soalan aku, student lain tu berpihak kat sape sebenarnye? Kalau dalam game bola sepak, individu macam ni.. sokong mana mana pasukan yang tengah menang dipanggil lalang. Tapi dalam isu macam ni kita panggil ape pulak? Tolong r ade pendirian sikit, kalau sokong A, sokong je r A.. jangan bila A kalah, sokong B pulak.. -__-
Panjang dah aku menaip so aku ingat nak stop dekat sini dulu. Ape pun, macam aku cakap tadi.. sume orang ade pendapat masing masing so pada pendapat aku.. tindakan presiden tu memang salah sangat sebab pertama, tak bagi student tu habiskan pertanyaan die.. siap amek mic tu lagi. Kedua, tak jawab langsung soalan yang ditanya malah merepek sampai ke binatang pun ade problem. Ketiga, merasa diri dah cukup hebat sebab ilmu lagi tinggi dan lebih berusia. Sorang member ade cakap dekat aku.. tinggi mana pun pangkat.. manager ke, bos ke, presiden ke.. still ade bende dorang tak tau. So.. sentiasa stay low ok. Sekian.
19 comments:
Aku ada baca banyak jugak pendapat/explaination pasal benda ni sbb taknak tersalah faham dengan situasi or provokasi yg berlaku. Tp kalau nak komen kat sini, terlalu panjang kut. Kalau nak buat entry, err tak reti kut aku nak buat entry psl isu semasa. Hehehe.
Aku suggest kau baca la blog2 laen yg cite psl benda ni. Maksud aku, blog yg cite secara profesional la. Bukan sekadar bercerita, tp ada yg explain psl apa sepatutnya jawapan yg diterima Bawani, apa situasi yg berlaku sebenarnya yg kita taktau drpd video. Contohnya, Sharifah Zohra tu bukan la panel, tp dea moderator je. Then Bawani pulak tanya bukan masa session Q&A. Tp tetiba muncul masa penghujung majlis. Pastu kau nilaikan la sendiri.
Kalau ikut pendapat aku, apa pun yg berlaku, sepatutnya bukan jawapan camtu sepatutnya yg diterima Bawani. Maybe soalan tu kurang bijak. Tp yg pandai tunjukkan la pada yg kurang pandai. Betul tak? Even dah tak cukup masa sgt pun, ada cara dan adabnya utk menjawab. Pd aku la.
Psl student laen tu, pd aku dorang memang sukakan perbalahan. Dorang tak sokong sesape. Janji ada org berbalah, jom kita sorak! Camtu kut. Takpun mengejek. Instead of dorang nak boo dedua, tp dorang tepuk la bila mana2 pihak pun kena hentam :)
ekekeke....mmg isu hangat...speak and listen nie....
semua orng ada pendapat masing2, kita hormati saje !
nk samakan manusia ngan binatg mang xpatut..dunia dunia....
aku tak tgk video listen listen ni sampai habis . aku tgk matluthfi punye parody je . aku suka cara matluthfi bg pendapat pakai benda alah ni . kenapa ramai students yg blaja dkt oversea tk nk balik msia dan keje dekat sini , antaranya bile dorang bsuara org bangkang kaw kaw punyee pdhl cuma nk bg pendapat ataupun just nak tanya je . tak boleh menyuarakan pendapat dan keje ikut jee apa org atas cakap .
bile bce blog ko nie aku perasan yg kisah budak nie sme mcm kisah aku. tp aku rse yg dye kne tangung lebih berta dari aku as semua org tw psl nie. aku pown pernah bercakap depan sebuah persatuan sbb aku xleh terime kesilapan dorg, and then x abis ckp kne tuduh kurg ajar la ape la ngan org yg ade pangkat agy tggi dari aku. bagi aku sendiri, x kire r org tu takde pengalaman ke, x terror ke ape, tp org yg ade pangkat and dipandang mulia sgt nie should respect other person bile dorg tgk bagi soalan and pendapat.
kita tgk video nie part tu ja,,,so kurang faham sgt situasi.
tp apa yg boleh dinilai dr video yg pendek tu...pn listen mmg xmenjawab soklan langsung..=.="
penah tgk video ni.
mcm mengejutkn je panel tu ckp seolah2 mcm marah. seorg pnel tak septtnya cakap mcm tu.
dan kalau betul si perempuan tu interupt bkn masanya pn, si panel tu pn xptt ckp mcm tu seolah2 dia yg betul.
paling sentap ayat dia "beza awk dgn sy, sy ada degree apa entah" lagaknya mcm dia sorg je ada deg.
aku bkn xnk update cite cm ni tapi aku x tau ujung pngkal.. hah!! :) bgi aku la.. betul la apa y kwn kau ckp.. kalau free sgt .. dorang x ambik kisah sbb kalau fail bukn duit dorang rugi.. isu ni boleh jtuhkn imej malaysia la.. haha ^_^ sama2 lah bijak mnjwb n memberi :)
mungkin dia bercakap tanpa berfikir.. mcm tulah akibatnya..
bg aku.. presiden tu menggunkn kuasa yg dia ada utk mnutup mulut bawani dgn cara memalukannya..
sal binatang tu.. hurmm.. myb apa yg nk d sampaikn oleh presiden tu ialah manusia2 ni mmg kerjanya nak komplennnn je..mybe la..
btw aku suka part presiden tu buat bunyi burung ada masalah.. cer tgk blk.. lawakkk bro.. :P
setuju dgn pendapat liyaa kat atas tu...mungkin ada cerita yg tak masuk dalam video yg kita tak tau...
tapi aku mmg hilang respect dgn Kak Pah.... sepatutnya sbg moderator beliau harus cool...bukan nye terprovoke...
sikap suka potong cakap org2 muda ni aku tgk berleluasa dalam sistem pendidikan melayu...tgk di sekolah2 kebanyakan murid jadi segan utk bertanya pasal takut dimalukan semula oleh cikgu...padahal benda ni boleh mengganggu kreativiti dan pemikiran pelajar...
kalau kita tgk tempat belajar yg dipenuhi kaum bukan melayu...kita tentu akan terasa pelik...pasal diorg ni jenis yg akan tanya walaupun soalan tu dianggap bodoh...sikap bertanya ni mmg perlu ada dalam sistem pendidikan...cuma apa yg perlu dididik ialah adab dan cara sesuatu soalan itu ditanya...bukannya spin kasik malukan pihak yg bertanya tu...
dari aspek pendidikan free pulak aku mmg sokong 100% dan tak setuju langsung dgn pendapat member kau tu...aku nak explain kang panjang pulak dan off topic...
ok cau cin cau dulu...
seriously tak tau nak komen apa sangat pasal kes ni. ngee~ masing2 ada pendapat sendiri.
even soal pendidikan percuma pun ada pro dan kontra. mmg bagus pendidikan percuma tp berapa ramai yg nak hargai? Even sekarang pun ramai yg sambil lewa dgn duit pinjaman. Apatah lagi kalau dapat pendidikan percuma?
:)
isu hangat listen ni...
ada dah beberapa orang blogger yang post pasal ni...
masing2 ada pendapat tersendiri...
bila baca part lalang tu, aku teringat yang post aku hari ni is lalang... :D
sekrg memg tgh hangat dengn isu ni. Eh sys stuju dengn pendapat rakan sekerja anda..
*nak kata kat aku la tue sebab aku tak alert pasal lagu raihan tue ;p
aku ada tgk menda nie dlm utube. memang sangat kurang ajar la cara presiden tue. klu tkt terancam xpayah buat forum. hidup la dlm dunia sendiri. ini tak buat forum tapi apa pandangan mahasiswa langsung xnk terima. biadap sungguh.
adakah aku komen lambat?takpe,aku nak komen jugak..
aku ada dengar yang video tu separuh je.part 4 je yang ditunjukkan.tapi situasi sebenar student tu tanya soalan masa sesi Q&A dah habis.tak kisah la soal tu kan..sebab sepatutnya kita perlu respect satu sama lain even majlis tu dah berakhir.yang tarik mic paling aku tak suka.
pasal isu pendidikan pulak,bagi aku wajar kot bagi free.kalau boleh bagi federal 200billion setahun rasanya tak salah spend 10billion untk pendidikan.macam aku duduk terengganu ni.aku rasa banyak wang kerajaan yang dibazirkan.bukan million but billion.
memang aku tak nafikan,students skrang banyak yang kena tendang,malas belajar.tapi lagi ramai golongan susah tak dapat nak sambung belajar sebab takde duit.itulah fungsinya pendidikan percuma tu bagi aku..
thats my opinion.chill bro :)
aku naik menyampah dengan trenmark listen2 ni wei...pada aku pah tu tak profesional..sepatutnya dengar dulu pertanyaan tuh rhen baru lah fikir dengan tenang dan keluarkan jawapan yang bagus dan rasional..bukan merapu...hoho...
#dekat fb or twitter sekarang tak abis2...listen!listen!
kata forum suara mahasiswa.. tapi dy selamber tarik mic stand tu n suruh bawani tu brhenti berckp. ohh seriesly tak profesional..
and bg jawapan yg tak ada solution n relate langsung dgn apa yg dibahaskan..
Post a Comment