Thursday, January 31, 2013

True End Of Life..


True end of life.. Assalamualaikum. Tajuk entri dapat lepas guna google translate. Walaupun aku rase tajuk tu memang lari jauh dari ape yang aku imagine, tapi sebagai tanda hormat google translate yang dah susah payah tolong translate, biar je even result translate kelaut. Kepada readers yang notice, memang betul ade satu entri sebelum entri semalam yang aku dah remove. Sebabnye aku rase entri tu emosi sangat dan bile aku fikir balik, tak sesuai dengan blog aku sekarang ni. Tambah lak, beberapa komen yang aku receive menunjukkan banyak salah faham dengan ape aku cube citekan. So last last aku decide untuk remove je terus entri aku yang sebelum ni. Sekian, harap maklum.

Seperti yang korang tau, minggu lepas ade beberapa cuti. First maulidur rasul hari khamis, lepas tu thaipusam hari ahad. So, sebagai sorang pekeje yang ade annual leave.. kesempatan tu aku guna untuk amek cuti half day pada hari rabu dan cuti sehari pada jumaat. Dengan itu, dapat r aku cuti selama lima hari. Memang best betul cuti lame lame ni. Tak caye, cube r.. =P Macam bese, setiap kali balik kampung.. satu bende yang aku akan buat ialah menonton televisyen. Aku memang jarang sangat tengok televisyen dekat rumah sewa so memang balik kampung je, televisyen menjadi keutamaan aku. Tapi, mase cuti hari tu.. satu lagi drama bersiri melayu telah berjaya attract aku.

Sebelum ni ade aku notice beberapa orang kenalan blogger pernah citekan dalam blog dorang tentang drama ni. Cume, sebab mase tu aku takde kesempatan nak tengok sendiri drama tu.. aku tak amek tau sangat. Tapi mase cuti hari tu.. disebabkan pengaruh kakak dan adik adik aku, aku jadi tertarik untuk follow drama tu sekali dan aku setuju dengan entri beberapa kenalan blogger sebelum ni yang cakap drama tu memang best. Drama ape tu? Suatu drama yang diadaptasi dari sebuah novel. Dapat sedikit idea dekat situ? Seperti bese, kalau aku dah minat suatu drama tu, memang habit aku akan download sume episod so that dapat r aku tengok berpuluh episod yang aku dah terlepas tu.


Adik laki buang tebiat senangkan keje bro die.. =P

Tapi, statement yang dikuarkan adik laki aku wat aku shock. Macam tak percaye je. Buang tebiat ke ape adik laki aku tu? Adik laki aku yang nak amek pmr tahun ni, sorang gamer yang keje main game depan komputer tiap mase bagi aku dah pecah rekod bile die cakap die dah download sume episod drama tu. Tak pernah dalam sejarah adik laki aku tu download drama bersiri melayu setau aku. So, dua kesimpulan aku boleh bagi dekat situ, either adik aku tu memang demam dan buang tebiat or cite tu memang best sampai adik aku semangat nak download full episod. Tapi tolak tepi sume tu, yang penting adik aku dah download, so bagi je hard disk kat adik aku, copy dan setel. ^^

Senang keje aku. Tambah lak, adik laki aku tu cakap episod yang lepas lepas ni pun die akan download so tak perlu r aku susah payah cari kan? Cucuk je hard disk balik kampung lagi sekali dan setel.. =P Sekarang ni aku baru layan sampai episod tiga tapi memang nampak ade unsur unsur humor dekat drama tu. Ade gak r part yang wat aku nak gelak dan aku setuju dengan entri beberapa kenalan blogger yang cakap drama tu memang menarik untuk ditonton. Aku nak cite detail macam tak bape reti sebab baru tengok beberapa episod je. Tapi disebabkan aku ni memang genius (Riak yang tak sudah sudah =P aku cube r bagi sinopsis sikit untuk drama tu based on beberapa episod aku dah tengok.


Drama yang aku maksudkan..

Drama ni mengisahkan zain hakimi yang tersepit di antara kehendak ibu die dan tunang die sofea. Ibu zain hakimi digambarkan sorang yang islamik (Even aku tengok takde r islamik mane pun, dengan baju jarang, rambut dye.. opps!! =P so memang tak berkenan langsung nak bermenantukan sofea tu yang merupakan bekas gro. (Yang aku pelik, kalau dari awal tak suka nape ditunangkan gak? @.@) Ersalina pulak sorang pelajar lepasan spm yang ade hati dekat abang kepada bestfren die. Entah cane mak ersalina boleh kenal dengan mak zain hakimi tu aku pun tak tau. Dipendekkan cite, mungkin tak tahan dengan perangai mak zain, sofea telah lari mase hari pernikahan dorang dan ersalina tak pasal pasal je telah dijadikan bidan terjun untuk gantikan tempat sofea. Dari situ bermula r hidup baru zain hakimi dan ersalina sebagai pasangan suami isteri even memang kenal tak kenal je hubungan dorang sebelum ni. Dari ape yang adik aku cite, later on.. zain hakimi mula terima ersalina dalam hidup die tapi suatu kejadian yang tak disangka sangka telah meretakkan hubungan dorang. Pada mase yang same, kawan baik zain hakimi turut menaruh hati dekat ersalina dan tambah worst lagi, abang kepada bestfren ersalina kembali semula ke tanah air dan cube mendapatkan semula cinta ersalina. So ape akan jadi seterusnye? Aku terbace sinopsis dalam novel dan somehow aku dah tau klimaks, ending dan shocking truth dalam novel tu. Kalau betul drama ni follow jalan cite novel seratus peratus, memang ending cite ni tak surprise dah.. (Menyesal pulak cari sinopsis novel ni.. +__+)

Selingan kali ini bertajuk bcoz he is mat luthfi..

Kepada yang masih belum tau, mat luthfi yang memang femes emes dengan video superb kelakar die dalam youtube dah ade blog. So, sape nak bace blog mat luthfi tu. korang boleh r klik --> SINI Tapi aku bukan nak cite pasal mat luthfi sangat r. Aku just nak cakap kalau nak komen kat entri die, kne taip word verification yang rata rata blogger cakap leceh, annoying dan seumpama dengan nye. Tapi, aku tengok berpuluh komen mat luthfi tu dapat dan dalam puluh komen tu, ade sorang dua je yang komen pasal word verification tu. Tukang komen lain takde pun. Notice something yang bias kat situ kan? So kat situ dah cukup buktikan mengenai entri aku yang kat --> SINI Bukan word verification tu satu isu, tapi sape yang guna word verification tu. Soalan, kenapa still ramai drop komen kat blog even kne taip word verification yang menyusahkan tu? Simple, bcoz he is mat luthfi. Kalau mat lain, aku yakin confirm kene maki.. tak pun komen die dapat dalam setiap entri ialah kosong kosong owh owh.. (Nyanyi lagu najwa latiff =P

23 comments:

sahromnasrudin said...

seriyes..aku tak dan nk layan cite nie heheheeee

Unknown said...

hahaha...wei cerita ni best tau...ko tau abang aku balik keja dengan xmandi terus terpacak depan tb...yg paling xtahan...dia dengki dgn zain hakimi pasal awek di puji rambut zain tu smart...tu yg sggup terpacak depan tb...hadoi...terpengaruh betul...tp memang best wei...

aku try bukak mat lufthfi...xmau pun...hohoho...alah word verification tuh kalau mat luthfi punye memang aku sanggup susah payah untuk komen...hahhaa...nama pun mat luthfi kan...kalau ko punya belum tentu aku komen...keh3...diskriminasi sikit...

Liyaa Mf said...

Aku pernah tgk cite ni skali dua. Tapi to be honest, aku tak bape fokus. Em tak bape tertarek kut. Aku macam semak je tgk cite tu. Hahaha! Biasa laa aku kadang lambat sket nak suke benda especially benda2 dlm tv. Sbb aku bukan kaki tv kut. Ke aku ni yg banyak cekadak? :P

Psl WV, tak kesah la dea sape pun aku tetap ngan komen aku yg dulu. Lagipun Mat Lufthi je pun aku bukan minat sgt. Err sumenye aku tak minat kan? Aku tau aku memang kerek :P Aku tetap uncomfortable ngan WV tapi aku tak kata aku takkan komen terus. Still boleh komen kalau aku nak :D

adan said...

aku jarang tgk tibi dah..tp melalui entri ko ni aku rasa tertarik lak dgn jalan cerita drama tu.. mst ersalina tu cntk sgt sampai ramai lelaki minat dia.. tp kan apa cerita dgn sofea?

sebb dia mathlutfi bro.. bukan matKR..:p
ko cer try pakai word verification..kita tgkk..

Unknown said...

aku tengok gak drama ni... novelnya pun dah baca... ada bezalah sikit jalan ceritanya...
tapi tak tahu akhirnya cam mana...
apa2 pun kena tunggulah sampai cite ni habis...

memang ramai pun yang komen kat blog matluthfi tu... sebab dia matluthfi... :p

Miss_NIJ said...

hoho xpernah tgk pon ==' sebab malas nak turun bilik tv..tapikan...setiap kali cita tu de mesti TL penuh ngan skrip SHN ==' budak2 laki u sya minat glerr ngan cita ney

inche hlovate said...

sya stuju..becoz he mat luthfi bukan mat saja..kan kan??

erm drama tv3 ni setiap hari sya follow hihi..memg best la..kdg2 tu ade scene yg buat org geram je kat kwn si Zain tu

faa_razak said...

cite ni ar yg kemain lagi fokus tu kan . haha . tak tengok apa punn cite tu .

najwa nano said...

best drama ni.tapi kadang2 bosan gak sebab dorang laki bini suka tarik tali.babak tarik tali je dah 2minggu.tp aku tetap follow.aku tengok cerita ni sebab pelakon dia suits together.kadang2 rupa pelakon memainkankan pranan.drama sblm ni aqasha dengan spe ntah.org ckp cter tu best tp sbb aku dh cop pelakon tu xhensem jgn hrp la nk nengoknya.
adik ko download ktne?nak jugak!

Dylea Lee said...

Memang hari hari layan cerita ni. But TBH, kadang kadang rasa nak jerit je dekat Ersalina tu and Zain. Gaduh cam budak budak. HAHA. Sabar jelaa. But still, follow jugak.

Tau tak, ni la cerita yang buat kita ni emo lebih. HAHA. Zain tu haa.. kalau suka, cakap suka. Ni tak, dia pegi buat si El tu sakit hati. And paling bengang dengan si Ikram tu. Orang tu dah kawen okay, nak kacau kenapa? Sama la dengan watak yang dok ngorat si Zain tu. Especially scene semalam. And best friend Zain tu, si Hadi! Grr.. benci gila! Jahat jahat jahat!


Haaa.. nampak tak betapa emonya daku? HAHA. Grr.. kadang kadang rasa nak tutup je TV! Haha :P

Nadia Johari said...

nad x lyn crite ni..sebb ape..sebab die ditygkan pada wktu maghrib..dan waktu tu my mumm akn menutup tv..hahaha..

Gdsbnga said...

Dah dua minggu tak tgk setia hujung nyawaaaaa . Baiknya adik kau tolong downloadkann . Aku harapkan dgr cite selanjutnya dari mak aku jelah (˘̩̩̩^˘̩̩̩) . Aku hari hari kot baca blog matlutfi . Simple je entry dia tp entah mgkn sb dia matlutfi so aku pun ttariklah . Klu mat lain hmmm boleh jalan kot hahahaha

Hansyirah Takezur said...

nice. tp ntah lah. tak tengok kot. hewhew

misz aisya said...

aku tengok citer ni awal2, sbb kelakar n suwett tahap diabetes! tp, sejak zain dah tau ersalina tu pregnant, citer tu buat aku menyampah kat zain. bjet mulia je..

plus aku bz, no TV. nnti murid2 aku xblaja plak sbb aku xprepare.

sori lmbt singgah blog kau.

نورعيم said...

tabik la sape yg rajin download cerita. sy mmg tak reti dan tak rajin kehkeh.

awal2 dl layan jgk la cerita ni. tp lama2 makin bosan. muahaha. dah habsi belum cerita ni? lama dah haihh xtgk. novel dia pn dah selamat khatam.

Lieza Nordin said...

aku baru tau kewujudan cite nih kat tv.. ohhh .. ketinggalan laa.. xpe2... nnti aku kejarr.. kalau smpt --'

Unknown said...

Saya peminat setia cerita tu . Setia Hingga Akhir Episod <3

mirmashi94 said...

aku tgk separuh je masa tengah cuti sem. dah start sem ni, memang tak laa. berkejar sana, berkejar sini. solution, separuh lagi aku baca novel. sekian, terima kasih. kira aku dah khatam la kot cite ni. haha :d

aku HaniAsyira said...

aku tgk bila aku rajin nak tgk.. takpun aku tanya je anak sedare aku pa jadi.. mnggu ni akhir jadi, mmg akan aku tgk lah..

untunglah ada org tukang download kan..

Kira Sakura said...

aku tgk gak cite tue tp malas layan sgt sebab aku tgk pun time kt umah sewa jer. bila balik umah sewa byk lagi keja aku nk buat. yg penting nya aku kena siapkan keja awal sbb nak tido awal. sebab tue jarang tgk cite tue :p

Ain Norainsyah said...

aku jarang tgk tv tapi citer ni aku tgk je.he
ape la yg ko tulis kt entri yg ko padam tu. curious plk.he

Zubaidah said...

aku sebenarnya heran sgt2 asal semua duk ckp citer nie best, and aku mmg susah nak layan drama melayu. ai tu aku ade tgk 1st episode, yg mnarik perhatian is, HERO DYE HENSEM! kih2, and ibu dye yg knon islamic tu mcm................................PELIK

missha said...

walaupun semua orang dok layan cita ni suatu masa dhulu, tak teringin nak layan..zzzzzzz...

tapi dah semua orang dok tngok, join the venture je lah. huhu :) so kesimpulannya, not bad lah cite ni even ada benda yang pelik macam mak zain yang islamikkk tuuuu

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates