Thursday, January 17, 2013

Music Influence..


Music influence.. Assalamualaikum.. aku yakin sume orang mesti tau muzik tu ape kan? Muzik mengikut wikipedia yang ditranslatekan google bermaksud satu bentuk seni yang sederhana adalah bunyi dan berdiam diri??. Elemen yang sama adalah padang?? (yang mengawal melodi dan harmoni), irama (dan rentak konsep yang berkatan dengannya, meter dan artikulasi dan sifat sifat sonik daripada warnanada dan tekstur) Pengajaran yang boleh diperoleh ialah.. jangan guna google translate untuk tukar bahase london jadi bahase melayu =P Ok takpe, hari ni aku nak cite beberapa genre muzik yang aku dengar.

Rock Kapak

Aku rase mereka yang sezaman dengan aku tau ape itu rock kapak. Of coz yang terbayang kat minda masing masing bila sebut rock kapak ni band band yang macam wings, search, spring, lefthanded dan sewaktu dengan nye kan? Aku layan rock kapak bila dengar lagu penantian dari blackrose. Tak silap aku first time aku dengar lagu tu mase ikut famili jenjalan dekat funfair. Mase tengah jenjalan entah sape pasang lagu tu terus jadi minat nak tau. Aku pun tak ingat bile mase aku baru tau tajuk lagu tu. =P Rock kapak ni bagi aku satu genre yang memang tak mudah dilupakan. Aku yakin ramai orang still ingat lagi lagu lagu rock kapak ni kan? Tu sebab bile aku pergi karok ngan hosmate, mesti lagu camni akan jadi pilihan untuk disumbangkan =P Antara lagu yang aku suka ialah taman astakona by slash, karam by zabarjad dan gak cempaka di rembulan by spring. Memang suka sangat dengar lagu tu.

Nasyid

Korang yang bace sampai sini tak payah r nak buat muka pelik tambah tak percaya dengan statement aku ni.. betul r weh aku layan je nasyid =P Sume bermula bile satu hari mase aku kecik dulu, kazen aku tunjuk kaset raihan original yang baru die beli (Budak zaman sekarang tau tak kaset tu ape? =P Lepas tu siap cite lagi kumpulan raihan ni tengah fenomena waktu tu. Macam r aku faham menatang ape fenomena tu kan? Aku kecik lagi kot.. +__+ Tapi aku dengar gak dan lagu yang best dalam album tu sesungguhnya. Korang tau tak lagu ape tu? Lepas tu banyak kemain kumpulan nasyid debut kat malaysia lepas tu. Normal r tu kan. Trend yang popular mesti r ramai nak follow tapi aku puji sebab group nasyid yang debut mase tu memang bertahan lama. =) Antara lagu nasyid aku suka dengar ialah munajat seorang hamba by hijjaz, damai by nowseeheart dan gak bisikan nurani by inteam. Try r dengar weh.. =)

Hardcore

Start dekat asrama, tak silap aku mase form4, aku diperkenalkan pulak dengan muzik hardcore. Sorang classmate aku layan lagu system of a down aka soad. So, mase tu memang aku kutuk kemain die sebab bile aku dengar ape kejadahnye yang dorang ni nyanyi? Boleh kategori sebagai nyanyi ke macam tu? Pening pale kot dengar. Tapi bese r tu, kalau dah selalu cakap tak suka, lame lame sendiri jadi suka. Entah cane aku leh minat pulak dekat lagu soad bertajuk chop suey tu even aku tak faham sepatah pun ape die nyanyi +__+ Masuk pulak dekat matrik, aku jadi minat dekat my chemical romance aka mcr lepas dengar lagu helena tu. Even muzik dorang keras, tapi mungkin sebab instrument dorang yang power buat aku rase best. So untuk kategori camni lak, lagu yang aku rase best dengar banyak kali ialah stockholm syndrome by muse, papercut by linkin park dan gak to the end by my chemical romance. 

Kpop

Aku tak pernah expect leh suka kpop weh. Tak terlintas dalam hati pun. Dengar lagu ost drama korea mendayu kemain. Memang tak masuk!! Tak minatnye dengan kpop ni sampaikan dulu aku tak tau pun super junior tu artis jepun ke artis korea? Group tvxq tu same ke dengan dbsk? dan macam macam kekeliruan lagi. Tak silap aku first time minat lagu korea lepas tengok mv shinee yang bertajuk love like oxygen. Lagu tu macam lagu retro tapi bagi aku best. Lepas dah rapat dengan mamat gps tu, rajin r die influence aku dengan muzik kpop ni. Memang aku rase mamat gps tu promoter yang terbaik. Mula mula die bagi aku dengar 2pm again and again. Memang sedap. Lepas tu die bagi lak tengok mv 24/7 that's guy girl.. pun best gak. Lepas tu aku sendiri yang search dan download sume lagu kpop yang ade =P Lagu kpop aku minat macam insane by btob, breath by beast dan semestinye solo by c-clown.. ^^

So, tu r empat genre muzik yang berjaya influence aku. Memang jauh lari kan? Dari rock kapak ke nasyid ke hardcore last last ke kpop (Aku sendiri tak percaya aku boleh minat kpop weh.. =__=)Tapi bese r tu minat manusia kan berubah ubah. Dulu tak suka makan sos dalam botol, tapi sekarang dah suka makan -- Contoh ni tak kan terjadi dekat aku ok, selamanya tak nak makan.. T__T Memandangkan takde ape dah aku nak cite, aku ingat nak stop menaip dulu kat sini ok. Tapi sebelum tu.. aku nak letak gambar teaser kat bawah ni kejap (Ko ingat ko kpop idol nak main gambar teaser bagai? =P Tu je. Salam.


Detail kalau aku rajin baru aku cite.. =P

29 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hidup rock kapak!!

Unknown said...

hardcore xkena ngan jiwa hahaha..yang lain suma layan zassssssssssss...

Unknown said...

influenced by my husband untuk suka lagu2 iron maiden, cromox bagai.. adess..

Liyaa Mf said...

3 terawal aku layan. Yang last tu setakat ni belum lagi. Aku taknak la cakap aku tak suka, mana tau satu hari nanti aku terjebak gak. Hahaha! Music ni boleh kata banyak gak genre yg aku suka. Tp nak klasifikasikan satu2 aku pun tak bape tau sume nama genre tu & aku tak la handal sgt pasal music :D

Liyaa Mf said...

Eh, tp dulu salah satu genre yg aku paling minat gila, err punk rock kut. Macam Blink 182 sume tu. Err punk rock kan? Dulu la, pernah minat gila. & genre yg laen2, aku layan jugak :D

Shila said...

dapat adiah dari gepren le tu..!

Unknown said...

sume aku penah layan dan masih layan

btw hardcore x

pening pale kah3

tapi lagu dlm album tvxq ngn gdragon y bru mmg peneman aku dlm kete

xngntuk haha

Unknown said...

rock kapak selalu dengar kat radio.. tapi aku tak adalah minat sangat... nak dengar boleh aje...

aku suka lagu damai...

hardcore pula aku dengar sebab kawan sebilik matrik suka dengar... aku pun terpengaruh untuk dengar...

kpop pula sebab tengok drama korea... setiap drama ada lagu, so aku searchlah... kpop yang selalu aku dengar super junior... haha!

Gdsbnga said...

aku layan je mne yg bkenan di hati . yg penting lagu lagu lama mmg gua tak layan . entah sakit telinga dengar . lepas tu ayat dia bebunga sangatt . org dulu dulu mesti jiwang eh ? lols

Unknown said...

lyn sume muzik..jnji best..hihi

Kira Sakura said...

rock kapak : aku sakit kepala klu dengar lagu jenis gitu kecuali klu melody dia yg x bising sgt tue

Nasyid : weii ko xde sebut pun contoh lagu raihan kat situ :p

Hardcore : yg nie sama pesen mcm komen aku yg first tue tp jgn ko xcaya yg aku penah gak layan lagu pesen gini. sama mcm sbb ko la kutuk2 last2 lekat. padan muka :p

Kpop : =.=" aku langsung xminat dengar lagu depa. klu drama depa aku layan :p

Anonymous said...

music itu sesautu yg universal. so KA suka semua !

Lieza Nordin said...

hehhehh.. aku suka lagu bisikan nurani tu.. tapi kdg2 aku tertukar in team ngn unic :p bahhahahha~~ aku ingtkn bisikan nurani tu unic :D sbb aku suka fitri... ekkekeke :P

misz aisya said...

bro, rock kapak tu rock jiwang2 eh?? aku suke gak dgr lagu2 spring tu.

nasyid? of kos lah layan. aku skolah agama kot dulu. nowseeheart tu group nasyid skolah aku dlu (SMKAKL). one of the mber (ustaz azhari) ngajar kat SMKAKL. Che Am kumpulan Raihan tu pulak, suami kpd warden kitorang. boleh dikatakan semua kumpulan nasyid yg femes2, aku dah pernah jumpa. *berlagak sgt ke ayat???haha*

maaf. aku xlayan hardcore. aku kan ayu. :P

K-Pop?? tak lah over sgt. layan mne yg best2 je. aku suka menari tarian lagu 'like this' by Wonder Girls. :)

Badrina Ibtisam said...

wahh layan k-pop ye!! ahak ><

Zubaidah said...

mmg selalu berubah-ubah. dlu ko suke mkn ayam je, skrg dh suke ikan kan? :P mmg aliran muzik ko nie mcm variasi la, tp at least ko dgr nasyid koT! jrg org suke. best sgt ke lagu c-clown 2? x dgr agy. skrg aku gile dgr lagu joong ki ngan lagu b.a.p, dancing in the rain

Zubaidah said...

mmg selalu berubah-ubah. dlu ko suke mkn ayam je, skrg dh suke ikan kan? :P mmg aliran muzik ko nie mcm variasi la, tp at least ko dgr nasyid koT! jrg org suke. best sgt ke lagu c-clown 2? x dgr agy. skrg aku gile dgr lagu joong ki ngan lagu b.a.p, dancing in the rain

Ainn Hazwany said...

hidup nasyid ! Hehe

Unknown said...

lol camne leh terpengaruh dgn kpop ni bro...tak macho la...(hehe gurau2 je..)

mungkin ada sesuatu dlm rentak kpop tu yg berjaya menarik hati kau bro...tu pasal kau minat kot...

PS: entri shahansyah tu dah lama aku published aritu...kau je yg tak cek betul2...

syhrh said...

saya mana ll muzik pun boleh layan. but kalau y rock kapak tu kurang sikit kot. but btw nice entry at all (:

aku HaniAsyira said...

rock kapak:: ada lah jugak aku layan.. tp kalau karok lagu cmni mang layan kan.. aku tgk org len lah.. =P

nasyid:: nasyid raihan terbaik tapi mana contohnya.. skrg pun kalau ada nasyid best aku suka jugak.

hardcore:: mcr, linkin park n greenday aku suka..

kpok:: hmm, kena berfikir dulu..

pasal gambar yang last sekali tu bukan kwn pompuan ko bagi ke?? dia beli kat indon kan.. mcm pernah baca entri ni.. wallet tulah.. hadiah besday.. *pikir

Hansyirah Takezur said...

dalam banyak2 genre tu aku tak layan rock kapak & kpop je. haha

sama la evolution. dulu masa kecik, aku dengar lagu2 siti, darjah 5-6, dah beralih ke lagu2 MCR, simple plan, Linkin Park & so on.

pastu, masa sekolah men, kena paksa minat lagu indon, tp still minat lagu BI lebih. then, da habis sekolah ni, suka gila Sami Yusuf & Dawud Wharnsby Ali gitu. try la dengar weh. :p

ko nak cerita pasal mask tu ke next entry der?

say to easy=) said...

saya lyn hardcore.even mcm ganas tuk pompuan tpi "ade aku kesah"??hahaaha

aNiss :):) said...

ehh nasyid ?? haha

Dylea Lee said...

Layan semua lagu! Haha :D As stated dekat dalam enty Kay are ni. Kpop pun banyak genre. Ada ballad,r&b and soul, pop, dance, rock, hip hop and so on. Bukan semua yang dok menari comel comel je. HAHA :P


Normal la ade lelaki yang suka kpop. Haha. Dulu pun Big Bang, SuJu nyanyi lagu yang cute cute jugak. As time goes by, diorang dah matured, tukar la genre yang sesuai dengan umur diorang. Susah la nak explain apa kaitan dengan kita! HAHA.


And now, nak promote BAP! And Infinite too. Both sangat la daebak! haha. The best! Infinite H *hip hop* - Special Girl. BAP - Rain Sound! >.<

نورعيم said...

rock kapak tu layan time sengal dtg blh la. tak pn buat karok dgn housemate kat rumah. haha.

nasyid tu of course la kan sedap je telinga ni dengar. byk kot pengajran blh kita amek dr lagu tu sendiri.

hardcore tu saya mmg tak layan la. tak paham pn konsep dorg tu.

kpop lg la TAK LAYANNN. penah tgk video dorg nari2 bagai, pastu ckp kt housemate apa je yg best dgn kpop ni. hahaah. heartless je ngn kpop ni.

adan said...

sal muzik ni aku layan rock kapak..

iman adalahhh mutiara..di dalam hati manusia... lagu ni jd siulan time kecik dulu.. lgu sesungguhnya layan bila dh besar..

Puteri Iqa Izyan said...

yang menyenangkan telinga je boleh dengar. tak kisah genre apa pun :')

Unknown said...

kalau lahu hard metal: aku suka steelheart..tetambah kalau dia nyanyi lahu she's gone...lepas tu aku suka avenge 7 fold...

nasyid: aku suka edcoustic and in-team..dan nows aku suka maher zain..semua lagu dia aku dah download...hoho..

tapi sekarang aku layan seconhand serenade kalau mood jiwang la kan...kalau mood rock gua layan simple plan and plain white's tees..ohh..dan kriss allen...hhoho..

lagu melayu aku suka amir jahari,hazama..

ok...itu je..sekian...

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates