Tuesday, January 22, 2013

Underrated..


Underrated.. Assalamualaikum.. Baru baru ni, kalau korang notice.. selalu gak aku selitkan satu group kpop dalam entri aku yang sebelum sebelum ni. Group yang aku maksudkan tu tak lain dan tak bukan, yang name nye c-clown tu. So, ade certain blogger tanye best sangat ke lagu yang c-clown ni nyanyi? Pada pendapat aku, memang best. Jarang sangat aku nampak group kpop yang mane sume orang nyanyi. Certain je yang macam tu. Certain group lagi.. mesti ade yang aku panggil "hanya sebagai hiasan" Mengambil beberapa contoh.. boleh rujuk sungyeol from infinite, ricky from teen top dan terkini peniel from btob. Ape pun, hari ni aku nak cite pasal isu kpop yang aku tak bape berkenan iaitu underrated.

Warning: Aku rase entri kali ni yang minat kpop je boleh faham kot.. err..

Kepada sesapa peminat kpop yang tak kenal group name c-clown tu yang mane satu.. kalau korang tengok performance kat music bank tu, sekarang ni ngah bz promote lagu far away young love dengan tarian dorang yang aku namakan tarian kibas jaket tu. Secara jujur nye, mula mula pun aku macam tak peduli pasal group ni sebab name die je dah wat aku rase err je. Tapi lepas tengok performance dorang, pastu view pulak mv.. terus jadi minat aku dekat group ni. Group ni boleh dikatakan satu group rookie yang bagi aku berpotensi tahun lepas. Kalau sampai mamat gps pun masukkan dua lagu single group tersebut, solo dengan far away young love tu.. memang terbukti sangat yang muzik c-clown tu sangat berkualiti.

Sebabnye kat sini, member aku si mamat gps tu memang cerewet pasal lagu. Cume 100 lagu yang terbaik je layak menjadi koleksi mp3 die. So, bile dua lagu tadi masuk dalam mp3 die.. terbukti kat situ kualiti dua single tadi. Aku dah view live performance dorang dan memang aku nampak peningkatan setiap minggu. Group tu memang satu group rookie yang berpotensi. Setiap member boleh menari dan menyanyi tak macam certain group lain yang ade sorang dua ahli just sebagai "pencukup korum" dan "penyeri" je. Tapi aku tak hairan pun kalau ramai peminat muzik kpop yang bukan dari korea tak kenal langsung c-clown ni. Aku pun boleh nampak yang group c-clown ni tersangat underrated.

Kenapa boleh jadi macam tu? Mudah je, kite tengok group kpop name exo. Aku yakin sume peminat kpop kenal exo kan? Group yang ade 30++ teaser sebelum debut ngan lagu mama dan lepas tu? Ramai yang amek tau pasal group tu sebabnye, group tu bawah sm entertainment.. company yang dah up kan shinhwa, tvxq, suju, snsd, shinee dan ramai lagi. So mesti r sume akan looking forward dengan exo kan. Same kes dengan group duo jj project. Aku tengok ramai yang amek tau perkembangan dorang sebab mereka tu bernaung bawah jyp entertainment, satu lagi company muzik besar yang dah release 2pm, 2am, wonder girls dan beberapa idol lagi. Belum lagi amek kira a-jax dari dsp dan group nuest dari pledis.

Tapi, bape orang sangat yang tau kewujudan company muzik yang dipanggil yedang entertainment ni? Terus terang cakap aku tau pasal company tu first time bile aku tengok name company yang debutkan c-clown ni. Sebab tu aku tak hairan pun bile aku tengok even group ni cukup berpotensi, dorang still underrated dan banyak fan kpop yang tak recognize pun dorang. Bagi aku bende macam ni tak fair sebab nasib group masing masing debut bawah company mane tapi tak leh r judge, asalkan company tu femes.. artis yang dorang debut cukup kualiti dan vice versa. Terus terang cakap r, lepas aku tengok debut exo ngan lagu mama tu, yang terlintas dalam minda aku.. "Lepas 30++ debut teaser bagai dan hasilnye ini je ke?"

Mungkin ade yang tak setuju dan cakap certain group macam bap dengan btob tu debut dari company yang boleh kata "anak" gak tapi still boleh success. Aku memang setuju dengan statement tu tapi kne ingat gak, even company bese cane pun, as long ade artis bawah company tu orang dah kenal, senang rookie nak dikenalkan. Sebagai contoh, bap debut bawah company same dengan secret. Sape betul betul notice, bap ni dah di perkenalkan member die dalam mv secret shy boy dengan starlight moonlight. Tengok mv tu dan korang dapati dalam mv tu ade yong guk, young jae, him chan dengan jong up. Menerusi mv tu, sume orang dah leh recognize muka certain member dalam bap so lagi senang dikenali mase debut nanti.

Tapi group c-clown ni pulak bernaung dekat satu company yang same dengan group chi chi. Problem die, korang kenal group chi chi? Aku series tak pernah tau pun group tu ade bape orang, cane rupe member dorang dan konsep lagu dorang. Aku takde idea langsung. So, satu group rookie yang debut bawah label same ngan group yang orang tak bape tau pun, memang tak ramai yang amek peduli sangat.. termasuk r aku mase mula mula c-clown tu debut. Memang aku tak tau pun lagu yang aku pernah dengar tu rupa nye lagu group c-clown tu. Memang tersangat r underrated dorang ni. Sampai bile aku minat dan cari info pasal group ni, dengar lagu debut dorang, terdetik dalam hati "Owh, rupenye lagu ni dorang yang nyanyi.."

So kesimpulan dekat sini, pada pendapat aku kepada peminat muzik kpop ni, isu underrated ni kne tolak tepi. Tak boleh nak judge sesuatu group yang debut bawah company yang kecik dan tak bape diketahui orang tu takde potensi macam group bawah label gah macam sm, jyp, dsp dan gak yg. Bukan aku nak bias dan cakap group rookie yang debut bawah label femes tu tak bagus, cuma be fair dengan group berlabel kecik ni. Kadang kadang boleh nampak group macam ni lebih banyak potensi cume masalah yang dorang hadapi ialah kurang diberi perhatian oleh fan kpop sendiri disebabkan label kecik sampai certain tak amek peduli pun dengan group bawah label kecik yang macam ni. Sekian cite kpop aku. Salam. 

Note: After chocolate, vanilla and cappuccino.. next will be coffee.. ^__^

16 comments:

Liyaa Mf said...

Okeyy! Aku rasa kau memang nak suh aku rest drpd komen panjang2. Seriesly memang sepatah haram aku tak paham entry ni. Aku dah cuba. Tapi seriesly aku takde point nak cakap apa. Hehehe.

Gila betul la kau ni. Minat sampai macam ni skali? Siap tau company, err dan dan apa ntah lagi. Aku nak sebut pun taktau nak sebut apa :P

Btw, aku tunggu kau nye new bloglist :D

Unknown said...

serius kau memang peminat kpop tegar...
aku tak tahu pun group c-clown tu...
lagipun aku tak tengok pun performance kat music bank tu...
jadi memang tak tahu lah...
and aku bukan peminat kpop tegar macam kau...
siap tahu company lagi... memang tabik springlah kat kau...

Unknown said...

hahaha..adess..komen saya sama cam komen yang pertama di atas.. berpinar baca nak pahamkan..saya cuma suka certain lagu dan certain pelakon yang jambu saja.. tapi biasanya tak tau nama pun.. paling tau pun nama leeminho sbb tengah tengok cerita city hunter.. hahhaa.

NIZAM said...

OMG! bila aku baca entri ni dah macam baca essay bahasa melayu SPM kategori fakta tau.*ternganga kejap* penuh dgn isi, fact & explanation.

Gdsbnga said...

aku tak faham apa punn . hahahahaha banyak beno lah group baru . yg aku kenal cuma big bang , suju , cn blue , infinite dan lain lain yang pernah datang running man . bila aku bukak channel hitz , kan skrg dah ade kpop semua tu kan , mmg banyak ah kumpulan yg aku tak penah tahuu pun . gila ah kau ni . byk jugak eh group kpop yg kau tahu . haha

inche hlovate said...

siyes tak paham..owh anda pemint kpop rupanya

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe....rietta kurang berminat dengan KPOP....

-eim- said...

haha...mmg ak xkenal pon sape c-clown tu..
kalau artis bawah company yg xfemes,,mmg susah org nk kenal.
kena korek2 baru jumpa...

Kira Sakura said...

arghhhhh aku nyampak bila ko update pasal kpop. seyes sepatah haram aku tak reti. ce ko update pasal my blessed mom ke. rain come to my life ke. reti la jugak aku nk komen :p

Anonymous said...

mmg fening baca ni. nak suh anak dara KA baca n terangkan nnti hehehe

najwa nano said...

aku suka korea tapi aku tak suka lagu sebab aku tak faham.hehe.
tengah dengki ngan ko ni.dapat tulis panjang2.hehe

Unknown said...

bagus bro...walaupun aku takleh nak komen pasal kpop sebab aku tak minat...tapi aku respek dgn cara kau menilai artis tu...kalaulah semua peminat kpop mcm kau kan bagus....

Unknown said...

k..aku tak tahu nak komen apa..sbb aku tak minat kpop..mohon memahami...wohaaa....k,bai =P

aku HaniAsyira said...

speechless.. (pendek dan ringkas komen aku) =P

tomatokering said...

aku rasa aku kena promote kat adik-adik aku blog ko sebab dorang pon sepesen dengan ko. wahahah :P

missha said...

memng tak paham... =.=' bukan jiwa.hehe

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates