True end of life.. Assalamualaikum. Tajuk entri dapat lepas guna google translate. Walaupun aku rase tajuk tu memang lari jauh dari ape yang aku imagine, tapi sebagai tanda hormat google translate yang dah susah payah tolong translate, biar je even result translate kelaut. Kepada readers yang notice, memang betul ade satu entri sebelum entri semalam yang aku dah remove. Sebabnye aku rase entri tu emosi sangat dan bile aku fikir balik, tak sesuai dengan blog aku sekarang ni. Tambah lak, beberapa komen yang aku receive menunjukkan banyak salah faham dengan ape aku cube citekan. So last last aku decide untuk remove je terus entri aku yang sebelum ni. Sekian, harap maklum.
Seperti yang korang tau, minggu lepas ade beberapa cuti. First maulidur rasul hari khamis, lepas tu thaipusam hari ahad. So, sebagai sorang pekeje yang ade annual leave.. kesempatan tu aku guna untuk amek cuti half day pada hari rabu dan cuti sehari pada jumaat. Dengan itu, dapat r aku cuti selama lima hari. Memang best betul cuti lame lame ni. Tak caye, cube r.. =P Macam bese, setiap kali balik kampung.. satu bende yang aku akan buat ialah menonton televisyen. Aku memang jarang sangat tengok televisyen dekat rumah sewa so memang balik kampung je, televisyen menjadi keutamaan aku. Tapi, mase cuti hari tu.. satu lagi drama bersiri melayu telah berjaya attract aku.
Sebelum ni ade aku notice beberapa orang kenalan blogger pernah citekan dalam blog dorang tentang drama ni. Cume, sebab mase tu aku takde kesempatan nak tengok sendiri drama tu.. aku tak amek tau sangat. Tapi mase cuti hari tu.. disebabkan pengaruh kakak dan adik adik aku, aku jadi tertarik untuk follow drama tu sekali dan aku setuju dengan entri beberapa kenalan blogger sebelum ni yang cakap drama tu memang best. Drama ape tu? Suatu drama yang diadaptasi dari sebuah novel. Dapat sedikit idea dekat situ? Seperti bese, kalau aku dah minat suatu drama tu, memang habit aku akan download sume episod so that dapat r aku tengok berpuluh episod yang aku dah terlepas tu.
Adik laki buang tebiat senangkan keje bro die.. =P
Tapi, statement yang dikuarkan adik laki aku wat aku shock. Macam tak percaye je. Buang tebiat ke ape adik laki aku tu? Adik laki aku yang nak amek pmr tahun ni, sorang gamer yang keje main game depan komputer tiap mase bagi aku dah pecah rekod bile die cakap die dah download sume episod drama tu. Tak pernah dalam sejarah adik laki aku tu download drama bersiri melayu setau aku. So, dua kesimpulan aku boleh bagi dekat situ, either adik aku tu memang demam dan buang tebiat or cite tu memang best sampai adik aku semangat nak download full episod. Tapi tolak tepi sume tu, yang penting adik aku dah download, so bagi je hard disk kat adik aku, copy dan setel. ^^
Senang keje aku. Tambah lak, adik laki aku tu cakap episod yang lepas lepas ni pun die akan download so tak perlu r aku susah payah cari kan? Cucuk je hard disk balik kampung lagi sekali dan setel.. =P Sekarang ni aku baru layan sampai episod tiga tapi memang nampak ade unsur unsur humor dekat drama tu. Ade gak r part yang wat aku nak gelak dan aku setuju dengan entri beberapa kenalan blogger yang cakap drama tu memang menarik untuk ditonton. Aku nak cite detail macam tak bape reti sebab baru tengok beberapa episod je. Tapi disebabkan aku ni memang genius (Riak yang tak sudah sudah =P aku cube r bagi sinopsis sikit untuk drama tu based on beberapa episod aku dah tengok.
Drama yang aku maksudkan..
Drama ni mengisahkan zain hakimi yang tersepit di antara kehendak ibu die dan tunang die sofea. Ibu zain hakimi digambarkan sorang yang islamik (Even aku tengok takde r islamik mane pun, dengan baju jarang, rambut dye.. opps!! =P so memang tak berkenan langsung nak bermenantukan sofea tu yang merupakan bekas gro. (Yang aku pelik, kalau dari awal tak suka nape ditunangkan gak? @.@) Ersalina pulak sorang pelajar lepasan spm yang ade hati dekat abang kepada bestfren die. Entah cane mak ersalina boleh kenal dengan mak zain hakimi tu aku pun tak tau. Dipendekkan cite, mungkin tak tahan dengan perangai mak zain, sofea telah lari mase hari pernikahan dorang dan ersalina tak pasal pasal je telah dijadikan bidan terjun untuk gantikan tempat sofea. Dari situ bermula r hidup baru zain hakimi dan ersalina sebagai pasangan suami isteri even memang kenal tak kenal je hubungan dorang sebelum ni. Dari ape yang adik aku cite, later on.. zain hakimi mula terima ersalina dalam hidup die tapi suatu kejadian yang tak disangka sangka telah meretakkan hubungan dorang. Pada mase yang same, kawan baik zain hakimi turut menaruh hati dekat ersalina dan tambah worst lagi, abang kepada bestfren ersalina kembali semula ke tanah air dan cube mendapatkan semula cinta ersalina. So ape akan jadi seterusnye? Aku terbace sinopsis dalam novel dan somehow aku dah tau klimaks, ending dan shocking truth dalam novel tu. Kalau betul drama ni follow jalan cite novel seratus peratus, memang ending cite ni tak surprise dah.. (Menyesal pulak cari sinopsis novel ni.. +__+)
Selingan kali ini bertajuk bcoz he is mat luthfi..
Kepada yang masih belum tau, mat luthfi yang memang femes emes dengan video superb kelakar die dalam youtube dah ade blog. So, sape nak bace blog mat luthfi tu. korang boleh r klik --> SINI Tapi aku bukan nak cite pasal mat luthfi sangat r. Aku just nak cakap kalau nak komen kat entri die, kne taip word verification yang rata rata blogger cakap leceh, annoying dan seumpama dengan nye. Tapi, aku tengok berpuluh komen mat luthfi tu dapat dan dalam puluh komen tu, ade sorang dua je yang komen pasal word verification tu. Tukang komen lain takde pun. Notice something yang bias kat situ kan? So kat situ dah cukup buktikan mengenai entri aku yang kat --> SINI Bukan word verification tu satu isu, tapi sape yang guna word verification tu. Soalan, kenapa still ramai drop komen kat blog even kne taip word verification yang menyusahkan tu? Simple, bcoz he is mat luthfi. Kalau mat lain, aku yakin confirm kene maki.. tak pun komen die dapat dalam setiap entri ialah kosong kosong owh owh.. (Nyanyi lagu najwa latiff =P