She's my heart dream.. Salam kat sume reader aku. Memandangkan dah lame gile tak ingat aku tak cite pasal novel yang aku bace, so di pagi jumaat ni aku nak cite pasal novel lak ye. Novel ni memang aku nak sangat2 cite kat korang sampaikan dah berbulan novel ni ade kat tangan aku tanpa aku pulang balik kat owner sebenar novel ni.. tak lain tak bukan, akak aku. Memang aku dah tekad, selagi tak cite pasal novel ni dalam blog, memang tak kan aku pulangkan balik novel ni =P
Untuk tajuk entri kali ni, macam bese mula mula aku mintak tolong google translate tapi memang kecewa r dengan outcome die. Aku taip tajuk novel dalam bahase melayu dan hasil die.. she dreams liver =__= Dasar google translate satu satu word tu.. sabar je r. So, last2 aku decide untuk translate tajuk novel ikut suka ati aku je. Hasilnye.. jadi r tajuk macam kat atas tu. Ok, pedulikan tajuk entri yang aku guna tu, jom same same tengok novel ape yang aku nak cite kan ari ni.. macam bese, scroll bawah =)
So, lebih kurang camni r jalan cite novel kali ini..
Novel ni mengisahkan asma, seorang perempuan berasal dari sebuah kampung. Keluarga asma ni bukan kaya so atas sebab tu asma tak dapat continue die nye studi walaupun asma ni sorang yang bijak. Untuk bantu famili, asma keje sebagai sorang pembantu dekat sebuah klinik gigi. Tapi, die still mengalami masalah kekurangan wang. Satu ari, teman serumah asma bagitau yang sorang datin sedang mencari sorang pekeje. Selepas perbincangan, asma bersetuju untuk bekerja sebagai..
Jeffrey, boss di sebuah syarikat yang garang macam singa dan ditakuti kebanyakan staff dekat ofis dia. Hidup jeffrey berubah dengan kedatangan sorang pembantu yang akan mengemas rumahnya setiap hujung minggu. Walaupun tak pernah bertemu dan bercakap hanya melalui nota ditampal kat peti ais, jeffrey merasakan terhibur dengan kehadiran pembantu rumah tersebut. Satu kejadian telah menemukan jeffrey dengan pembantu rumahnya dan alangkah terkejut dia bila mendapati..
Kembalinya lilac ke tanah air adalah untuk mendapatkan kembali ex boyfriend yang dia tinggalkan dulu sebab nak kawin dengan someone yang lebih kaya. Tapi rupanya lilac telah ditipu so akhirnya dia nekad untuk menawan kembali cinta ex boyfriend die. Namun, kepulangan lilac tidak disambut baik ex boyfriend die yang kecewa ngan keputusan lilac meninggalkan die dulu. Lilac yang memang tak nak kalah terus mendesak si ex boyfriend untuk terima diri die balik hingga menyebabkan..
Rancangan yang pada asalnya dibuat untuk membantu majikannya akhirnya menjerat asma ke keadaan yang lebih complicated. Keadaan jadi lebih teruk dengan tersebarnya gambar gambar yang diambil secara curi di malam jamuan tersebut. Asma betul betul tak menyangka keadaan akan jadi macam tu. Akhirnya setelah berbincang dengan famili dan ibu majikannya, asma bersetuju untuk mengikut apa yang dicadangkan bagi membersihkan nama baik majikan die dan cara itu ialah dengan..
Dia idaman hati = she's dream liver.. terbaik google translate -_-
Nak tau ape yang aku tak mention, leh r dapatkan novel ni dan bace sendiri ok. Overall yang aku suka untuk novel kali ni is dialog yang digunakan oleh watak dalam novel memang wat aku nak gelak je. Kelakar habis! Memang pandai penulis novel ni menggunakan dialog yang santai dan bersahaja. Satu yang aku tau pas bace novel ni, rupe nye penulis novel ni pun ade blog. So, sape yang nak menerjah blog penulis novel, leh r klik dekat --> SINI Sekian cite novel dari aku ari ni. Salam.
27 comments:
hebat translation adri google..
haha jue sllu guna juga..
dia itu lain daripada lain.
dia itu pelik..tapi pelik menambat hati..
mmgla...google translate satu2 tu..hik3x...mcm best aje cite nie...nnt nk baca sinopsi die dlu laa :)
rajinnya kau baca novel. huhu. aku tengah gila novel mat saleh la skrg. sume gara2 aku jumpa kedai buku excess yang memang dekat gilaaa ngan u aku. and buku kat situ murah gilaa,murah la untuk novel mat saleh kan. fuhh.
my point is, aku tataw kenapa aku tak tertarik ngan sinopsis yg kau bg. mcm laa sebelum nie aku tertarik sangat kan. ye aku sangat jujur. terima kasih ;P
rajin nye baca novel...jarang kot lelaki nk baca novel ni..tmbah novel cnmi...huhu....teruskan dgn hobi tu...heheheh....
apa2 pun xde soul la sknag nk baca novel bg la novel tu best cnmr pun..heheh...
ciss..saje je kan..rasanya boleh agak dah "jalan" nak membersihkan nama tu.. :D
tak sempat nak layan novel!
liver lah sgt kan..
xtaw lah mcm mana.. aku dh kekurangan layan novel cmni dah... =P
jadi, sape idaman hati Mr KR?hehe
hahaha... aku dah baca novel ni... masa aku baca perenggan satu sinopsis tu, aku rasa macam pernah baca aje novel ni..
bila scrol ke bawah, nampak aje cover novel tu, aku dah gelak... haha..
for sure aku dah baca novel ni...
novel ni memang best..kelakar..
jeffrey sangat baik... ^_^
nice translate...
she's dream liver
bhahahahahahahaha
dah lama tk bace novel yang cenggini . sebab story line dia kebanyakannya sama . bosanggggggggg
Sinopsis kau perenggan 1,2,3 lebih kurang sama ngan 1 novel laen title MAID. Err aku rasa aku penah bgtau lama dulu aku layan novel ni. Tp pembacaan aku tergantung mcm tu je sbb bz. So aku lum tau ending cite tu. Tp leh kata intro & background cite tu basically the same ngan cite kau ni. Aku rasa laa. So aku cam leh agak Asma tu keje apa ngan datin tu. Cehh, kompiden je aku :P
And perenggan 4 pun aku rasa cam aku dpt agak cadangan bersihkan nama. Hahaha. Kompiden gila! Sebenanye aku taktau pun apa yg aku agak tu betul ke tak :P
kebelakangan ni akak suka baca novel tapi nak menghabiskannya punyalah seksa ---> anak-anak lebih memerlukan akak dari novel.. ;)
serious, cm best je! tp ak jenis pinjam novel, bukan beli novel, takdak duit ;P
novel yang menarik
x yah gunalah google translate..buat gelak je
baca kpd sinopsis awk tu kan, novel ni lebih kurang novel M.A.I.D je. yg bezanya mak datin dlm maid tu tak suka si heroin tp mak datin ni mcm suka je kan?
mcm boring dah baca novel, taktau nape. huhu.
why not try novel "i love you stupid" confirm taktahu bula blh habis sbb tebal sgt. kwn ckp novel tu best.
#btw, nama sebenar awak eh kat fb tu? heee.
terima kasih sbb suggest novel. .akan ku beli haha.
eh aku tak tau la ape tu catalyst yg kau mention tu. .
wah , kay are pun baca novel ??
dlm aty ada taman !
:P
hahaha yang google translate tu kelakar xD macam best je novel tu :O rasa nak beli
hehe... mintak tolong google pun kadang2 memang jadi tak betul jugak...
oh bolehlah masukkan novel nie dalam list OE. tahun depan bila pergi pesta buku, dapat diskaun, baru OE nak beli. hehe... ^^
ko ni kannn... memang lah.
dahla aku jenis takde masa nak baca novel.. baru tengah syok, skali..........
len kali aku nk komen sparuh2 laah.. hahaha.. :p
wahh.. semangat kay_are.. menarik.. tp jln cite mcm cite she's my maid je.. :)
salam ziarah.
teringin juga mendapatkan novel ni. Sambil menikmati potato cheese wedge air tangan sendiri.
Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.
mesti nanti asma tue kawen ngn jeffrey tue *memandai je aku hahahahahahaha
weiii bila nak review cerpen aku wahahahahahaha :p
Macam best ^_^
Ada masa Wilma nak cari novel nie...
dengan ape......
alamak separuh jalan lak.ehhehehe
tp mcm best jalan citer
Woo Rajinnya baca novel! Tak sngka laki pun suka baca novel huhu.
Google translate..mmg tak boleh dipakai...guna untuk cari makna perkataan boleh tp klu guna untuk 1 ayat....hancuss
Post a Comment