Thursday, July 19, 2012

Gadget Owh Gadget..


Gadget owh gadget.. Baru2 ni satu isu semasa yang menarik minat aku dan aku rase kebanyakan orang pun dah tau, ialah mengenai perbincangan untuk membenarkan pelajar sekolah membawa telefon dan gadget2 seperti ipad, iphone, tab, tablet ke sekolah. Aku yakin memang cadangan yang macam ni, pihak pelajar mesti setuju sangat kan? Mase tak bagi bawak pun, ade yang bawak telefon secara curi2 (aku r tu -_-) Sekarang dah hampir dapat green light, memang best r kan?

Sebaliknye, dari ape yang aku dengar.. bagi pihak ibu bapa dan guru, dorang memang tak benarkan pelajar dan gak anak2 dorang bawak gadget2 macam tu ke sekolah. Sebab bagi dorang, kebenaran untuk pelajar membawa gadget yang seumpama itu akan lebih bawak kesan negatif berbanding yang positif. Aku bukan r sorang bapa, ibu tu jauh sekali =P Aku gak bukan sorang guru. Tapi aku memang sependapat dengan dorang ni, aku harap isu ni dapat difikirkan semula. Sebabnye?

Kecurian Itu Maybe

Aku ngaku pernah bawak nset kat asrama time form 5 dulu. So, name pun bawak curi2.. memang cikgu tak tau r. Tapi mase tu, tahun 2004 ape je sekeping nset leh wat? Paling canggih pun takat leh send mesej. Polifonik pun ntah ade ke belum time tu. Screen kaler leh kire ngan jari model die. Game takat snake ngan bantumi je. Nset aku guna time tu nokia 8750 atau name glemer nye butterfly. Tu pun kne curi ok! Nasib jumpe balik. So, bayangkan r ngan condition gadget2 sekarang ni.

Manusia Semakin Kejam

Tak dapat aku nafikan, kebanyakan manusia sekarang, makin hari makin kejam. Kadang2 kejam nye macam takleh time. Sikit2 bunuh, alasan ridikiles lak tu. Tak logik langsung. Contoh terdekat berita pasal kne bunuh sebab tegur suruh buang sampah. Aku bace geleng pale je. Paling baru, tetak kaki sebab tak puas ati mase main bola.. -_- Aku tak nak bile bende ni confirm nanti kuar berita "pelajar bunuh kawan sebab tak nak share game plant vs zombie terbaru" Tak mustahil kan?

Unofficial Game Subject

Canggih nye gadget sekarang ni, sampai leh letak macam2 application. Salah satu nye game r. Aku amek contoh adik aku sudah. Balik sekolah game, cuti game.. kadang2 aku bangun kul 5 pagi pun tengok die main game lagi. Tak tido ke? Kat sekolah je r die tak main game. Tapi kalau kerajaan membenarkan pelajar bawak gadget2 ni kat sekolah, tak mustahil dalam kelas pun memang game je r kat otak tu. Ntah2 subjek bm jadi subjek farmville, subjek math jadi subjek angry bird.. Hmm..

Ade Target Baru

Gadget2 canggih ni harga die bukan 3, 10 ringgit macam cd kat pasar malam tu. Ade yang cecah ribu riban nye. Ape yang aku risau kan, pelajar bawak barang2 macam ni dalam beg sekolah dorang.. bukan ke bahaye? Bile2 mase je leh kne rompak. Tambah2 bile kebenaran bawak gadget dah diberikan.. for sure ramai student akan bawak nak show off kat kengkawan. Mase yang same si perompak senyum sorang2 je r tunggu peluang. Tambah yang balik jalan kaki. Memang bahaya!

Aku rase cukup r kot bape reason yang aku bagi ni. Kesimpulan nye, memang aku tak setuju kebenaran ni diberikan (habis r kne serang ngan budak sekolah pasni =P Aku faham niat kerajaan nak jadikan sistem pelajaran lebih canggih, guna internet sume. Tapi bagi aku dari benarkan baik sediakan kemudahan2 yang macam tu. Jangan jadi macam sesetengah sekolah, kemudahan komputer, internet sume ade tapi bile pelajar nak guna tak dibenarkan. Alasan takut rosak. Apekah? -_-

Note: Tulisan tukar kaler aku rase sebab ade entiti kat situ. Boleh? Gile creepy!

21 comments:

Kira Sakura said...

aku pun tak setuju.. selama nie bebudak lain pegi sekolah xde gadget blh je nak belaja.. selamat je smpi umah.. bab kemudahahan tue pun aku setuju.. kerajaan sediakan sebijik komp untuk setiap meja dlm kelas klu kata nak canggih sgt pelajaran tue..

terlalu byk keburukan banding kebaikan..

Shila said...

untuk budak2 rajin bljr, mgkin boleh laa kot buat study jwpn soalan semua secara on9.. ape ntah nama program tu..? score A..?


aku terbayang anak2 menteri yg cadangkan benda ni merengek2 kt parents diorg nk bwk gadjet pi skolah.. keh3..! kejam kan aku..

vendoline said...

haha budak2 buat karangan tajuk angry bird n farmville.hahaha

Anonymous said...

perlu diperhalusi dulu sebaik mungkin sebuat apa2 keputusan dibuat!

wafiy suzly said...

mengarut jer benarkan bawak henset, caitt.org dulu tak pakai henset boleh jer hidup. kalau nak calling2, pakai public la, budak sekolah je pon..

aizamia3 said...

ibubapa:
semakin bertambah kerisauan.. tak cukup dengan risau anak-anak kena buli kat sekolah, silap2 keluar front page anak kena culik @ paling teruk kena bunuh sebab gadget2 ni..

anak-anak:
cikgu ajar kat depan, dorang leka main game kat belakang.. lagi teruk, dapat pulak anak murid yang tahap kenakalan dia nauzubillah..

cikgu-guru:
mana boleh main marah + pukul.. nanti kena saman.. tu pasal anak murid tak takut..

pengetua-guru besar:
larat ke @ dah bersedia ke nak layan kes2 gadget ni.. kes2 yang sedia ada pun tak selesai, nak tambah lagi yang lain..?

kerajaan:
tak payah diperhalusi.. sebelum ni ok je budak2 ke sekolah.. janganlah menambah beban + masalah pada cikgu-guru, ibubapa..

setuju dengan komen misSenget:
takkan sebab anak2 menteri merengek nak bawak gadget2 tu, maka kena luluskan pulak kebenaran membawa menda tu ke sekolah..


psstt: emo ke ni.. ;)

Unknown said...

Isu ni mmg ada pros and cons dia. Tapi rasanya side effects dia lagi banyak. And yah, setuju dgn kay dari segi keselamatan pelajar tu sendiri. Mmg semua pun da mampu beli hp canggih skrg ni, siap ada i-pad i-fon dgn tab segala.. bawa pegi sekola, pastu ada kes kecurian pulak, parents dtg sekola nak rujuk dgn pengurusan knp bole jadi bnda cmni.. lagi satu, kes jenayah luar sekolah pun jadi kerisauan juga. bukan stakat hp yg nak diragut, dgn nyawa sekali jadi taruhan.. kalau nak ckp psl kebaikan ada hp pegi sekola ni mmg ada jugak, tpi kesan buruk dia lagi ketara la kot. dan membimbangkan.......... hmmmm.

Cikra said...

kalau boleh bawak henset atau gadget lain, memang makin maas la budak sekolah. aku memang tak setuju gadget boleh dibawak ke sekolah. budak2 mudah leka.

dear anies said...

even pakai jam pasar mlm pon leh hilang, ni kan gadjet yg berharga ratus ratusan tu...idak lerrr gamak nyerrrr

❤Mrs. Myra❤ said...

tak bersetuju langsung dengan saranan untuk budak sekolah bawak hp ke sekolah..
aku rasa banyak buruk dari baiknya...
contoh macam yang ko berikan tadi..."Kecurian Itu Maybe.."
Dan 1 lagi, budak2 memang mudah leka dengan gajet2 n hp..silap2, kerja sekolah pon malas nak buat..>_<

amii afandi said...

mula-mula dapat tahu kahabar ni, aku terkebil-kebil. biar betul dapat bawak handphone pegi sekolah?

silap-silap tak de sapalah nak dengar cikgu kat depan mengajar. kalau cikgu nak marah pun, setakat marah je la. nak rampas memang tak lah kan? dah boleh bawak, nak rampas kebendenya.

pening oh kalau jadi cikgu. nak layan itu ini. apa pun tak boleh =.=''

Payeh Kuced said...

soalan karangan spm 2013 ..
" berikan pendapat anda tentang permainan farmzille dan angry bird .. yang mana lebih menyeronokkan ? sediakan hujah anda "

aku as pelajar ni pom x setuju oii bawak fone pegi skola .. lansong takde pekdah nye ..

Hansyirah Takezur said...

sama... aku pon tak setuju.

hari tu gi amik adik aku kat sekolah rendah. terkedu bila tengok diorang pakai android bagai. dah la siap bukak tenet..

bukannya tak menyokong teknologi pon kalau tak benarkan bawak. tu lebih bagus.

satu lagi, nanti takut budak2 nie buat gedik macam video kat fb tu. sakit mata, tak datang sekolah 5 hari dapat mc. haha. klaka. :p

cinta siswi said...

adesss.. as a future teacher, i object this proposal..hahah.. nnti siswi mengajar, bdk2 dk main game.. mencik ah gni..huu..

selamat berpuasa kay_are.. :)

missha said...

keburukan lagi bnyak. lagipun.. selama ni, dah berapa abad , tak bawak henset boleh je hidup. err.. bwak curi2 cukup la..haha

Noor Fatin said...

setuju dengan entry ni. aku pun tak setuju. hilang dah satu, mahal pulak tu. lagipun waktu sekolah bukannya lama sangat, lain la kalau 24jam, xpun kalau dok asrama ke, boleh consider lagi la kot2 nak tepon mak ayah je. kalau setakat sekolah harian xpayah kot. kakakaka

budak2 skrg tak macam budak2 kita dulu. lain. sangat lain.

aku lepas spm baru dapat hp sebijik. baru dapat. bayangkan.

hebat budak2 sekolah sekarang.

haha

Nurul Husna Mohd Hassan said...

ada baik n buruk. tapi risau yang burul lagi banyak dari yang baik..

Badrina Ibtisam said...

Haiii sy budak sekolah!! Hahaha B-) Sy tk tahu samaada sy happy ke tk dgn bwk phone ni. Sy tk rasa apa2 kot sbb sy bukan jenis yg suka bwk phone ke sekolah :P

Unknown said...

walaupun ada kebaikan..tp keburukan adalah yg sgt byk..selain leka dan lalai..chii setuju dgn point2 yg kr berikan dan aizamia

chii dpt kenal henpon time umo 18 thn..tp budak2 skrg..6 thn da ada ipad sendiri T_____T canggih sungguh

Zehan Ilyana said...

aku pun tak setuju bebudak bawak fon pegi sekolah..hurm...

Liyaa Mf said...

Usul ni aku bangkang! Cehh, emosi :P

Kena fikir, yg kita nak benarkan bwk gadget ni bebudak, dorang tak matang lagi. Dah tentu lebih ramai yg guna ke arah maen2 je drpd guna utk belajar. Lagipun, kesian r kat bebudak yg dtg bkn dr family kaya. Sedih dorang nanti. Takpun, dorang paksa gak parents dorang nak hp ipad segala. Kesian kat parents dorang lak. Yg anak org kaya, blaja je r guna ipad sume tu kat umah. Bleh je kan?

Reason ada target baru tu yg plg bahaya aku rasa. Aku rasa tak ramai fikir sampai ke situ. Aku pun tak terfikir gak. Ni dah menggalakkan jenayah kan?

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates