Wednesday, July 25, 2012

Little Resentful.


Little resentful.. Salam dan selamat sejahtera. Aku bukan nye sorang manusia yang baik sangat. Bese2 je. So memang jarang sangat aku pergi masjid time malam2. Balik keje pun pukul 6 petang so memang kalau ari2 bese aku solat maghrib ngan isyak kat umah je. Tambah lak aku dah jarang sangat kuar malam2 sebab sekarang ni kalau aku kuar malam2 bile balik susah nak dapat parking. 

Tapi, sempena bulan ramadhan ni.. aku cube r bagi semangat kat diri aku untuk turun ke masjid dan alhamdulillah setakat ni still tak skip lagi terawih tu. Kalau kat shah alam ni, aku memang prefer untuk solat terawih kat satu masjid tu sebab macam tahun lepas masjid ni memang selalu wat sikit tazkirah setiap kali terawih. Secara jujur nye aku memang prefer tazkirah daripada ceramah.

Sebabnye, tazkirah ni tak lame.. lebih kurang setengah jam pun boleh habis. Ceramah lak kadang2 leh drag sampai ke 2 jam dan aku memang bukan someone yang leh stay duduk mendengar dalam tempoh yang lame camtu <-- pengakuan ikhlas. Even perhimpunan pagi time sekolah dulu2 pun kalau boleh aku nak skip. Tambah2 bile pengetua yang bagi speech. Gile lame tak ingat.. =_=

Lari topik jap. Dua malam aku terawih kat masjid kampung aku dan malam yang kedua tazkirah yang diberikan menarik perhatian aku. Tajuk pasal terawih tu sendiri. So, terjawab sudah persoalan aku selama ni.. yang mane lebih baik 8 + 3 or 20 + 3 ? Melalui tazkirah tu, aku dapat tau 8 + 3 ialah ape yang Nabi Muhammad S.A.W buat dan 20 + 3 tu di perkenalkan zaman Saidina Umar Al-Khattab.

Bende tu jadi soalan sebab masjid kat kampung aku bese wat 8 + 3 je tapi ade certain2 masjid yang wat 20 + 3. Tapi sebab aku dah terbese, memang aku wat 8 + 3 je. Tapi kadang2 ade sore sumbang yang kedengaran "Kalau takat buat 8 je pastu balik, baik tak yah pergi." <-- panas2 So pasni kalau ade yang kuar statement camtu kat korang gak boleh r korang tampo individu tu laju2 ye.. =P

Malam ketiga pun menarik tazkirah die, pasal puase. Seronok aku dengar. Cuma semalam, memang wat aku geram sikit <-- perenggan 6, baru masuk main topic -_- Bile orang masjid bagitau tazkirah akan disampai kan oleh sorang adun, aku dah rase mesti akan cite pasal tu punye r. Memang tepat tekaan aku. So, semalam first time pas tazkirah start dalam 15 minit, aku blah balik umah.

Tajuk tazkirah pasal taqwa tapi isi taqwa tu ade r dalam 15 percent je kot.. tak pun lagi kurang. Tajuk taqwa tapi yang banyak di bagitau ulang2 pasal negeri selangor takde air r, kerajaan kedekut air, cite pasal terengganu, cite pasal sumbangan untuk rakyat, harga lembu mahal, undi die jangan undi de Apekah? Aku stay dengar tazkirah sebab nak tambah ilmu bukan nak tau parti mane kne undi. Grr

Sempat penceramah bagitau die bukan cite pasal politik tapi lebih kepada isu semasa. Tapi kalau memang isu semasa tak perlu kot nak kne state pasal taktik parti tu raih undi sume, siap state negeri tu negeri ini lagi. Die tak sedar ke yang die ngah cite pasal politik sebenarnye more daripada cite pasal tajuk taqwa tu sendiri. Kalau ye pun nak berkempen tak perlu r nak wat camtu kat masjid. 

Aku bukan sokong mane2 parti sangat sebab aku pun tak dapat tentu kan parti mane yang ok or tak ok tambah lak aku penat tengok drama dalam politik ni. Cuma semalam memang wat aku geram sebab aku rase macam waste of time aku je <-- salah tak aku pikir camni? Tu yang last2 aku blah terus tu. Kepada adun tersebut, time kasih sebab wat aku tinggalkan masjid lebih awal dari bese semalam. -_-

Note : Bile cek2 something, waah... just 20 more to go.. (^_^)

27 comments:

missha said...

kot kalau ade yang kata "Kalau takat buat 8 je pastu balik, baik tak yah pergi." err.. merka itu terlupa ke yang mana lagi baik, tak pergi atau buat 8 jer..


hm.. missha tension jugak kalau trdngar ceramah or tzkirh yg berunsurkan bnda tu..

Hansyirah Takezur said...

20 more to go? mende? download masked rider ke? haha.

ntah le. no komen aku bab2 politik nie. bidang aku dengan politik pon tak boleh nak dipisahkan.

bagi aku takpe je dia nak cte hal isu semasa since ramai yang tak amik tau pasal tu. tp kalau lebih kepada meraih undi tu tak payah la.

kalau dia tazkirah pasal taqwa semata-mata dan orang nampak kredibiliti beliau di situ pon sebenarnya dah mampu nak raih undi.

papepon, kita takleh nak expect niat dia. mungkin dia ikhlas. mungkin sebaliknya. wallahu'alam.

Kira Sakura said...

klu ada tazkirah atau ceramah yg menjurus ke arah politik pun mmg aku angkat kaki jugak..

entah la aku x minat politik..

Anonymous said...

kalau masa kecik2 dulu mmng buat terawih 20 kat masjid, rasa cam biasa dan seronok pulak, tapi la ni x bolehlah kan.. faktor usia hehehe

Ain Norainsyah said...

Bagi aku, kuantiti tak penting. yang penting, kualiti solat tu sendiri. Kalau buat sampai 20 tapi tersengguk-sengguk dalam solat nak buat pe gak kan.

Aku tak faham apa kaitan takwa dengan PRU. Yang pasti, mengambik kesempatan untuk berkempen dengan topeng tazkirah kat masjid is quite rude. :P

Unknown said...

20 hours, 20 seconds, or 20 ppl... erm, takdak idea.. ni kena tggu kay cerita ni baru tau. hahaha =D

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye...sni xde plak camtu....tapi malam 1 ramadhan jew kat masjid...pastu bila batuk dan menjadi jadi...kat rumah jew la...xnak ggu jemaah lain...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kat tempat saya buat 8 je, sebab kalau buat 20 nanti ramai yang balik :)

wafiy suzly said...

aku tak amik pot pasal politik, haha

wafiy suzly said...

http://ustazlove.com/blog/2011/07/tarawih-8-rakaat-ke-20-rakaat/#axzz21cKa0c49

jawapan kepada solat 20 ke 8..

wafiy suzly said...

http://ustazlove.com/blog/2011/08/solat-witir-selepas-tarawih/#more-2244

untuk solat witir

Unknown said...

baru tau pasal 8 plus 3 tu.. hmm, kalau pasal politik.. memang jadik bingung. bila bingung. malas nak layan.

Gdsbnga said...

politik ? satu hape aku tak tahu . ah tapikan tu waktu tazkirah , bagilah tazkirah bebetul . ni sibuk nak undi - undi . duniawi semua tu . kehkeh

NIZAM said...

something? sj kan u kasi suspen. surprise. hehehe.

biasalah kay_are, nk GE dah kan. sabar je lah.

Abu Bagi said...

rasanya aku dgn ko ni jenis yang sama.. tak blh letak "hahahaha.." sb itu bukn sesuatu yg blh di banggakan :P

but lately aku agak rajin ke surau, hope smngt aku ni berterusan...

Cendol said...

ape kes tu org yg ckp "takat buat 8 je.."
ape masalah dia?lantak la!sunat je pun..Nabi pn ade je buat 8.
yg tukang duk mengata org tu,dia buat smpe doploh pn belom tentu baguih lagi..pndai sgt nk judge org.huh geram aku!

Cendol said...

dlm masjid patutnye tak payah le politik smpe gitu.nk ckp politik,buh tajuk politik.bg tau sume, "hey org2 sekalian,aku nak kempen ni"
jgn le gune tajuk konon tazkirah tp nak selit politik..

Unknown said...

at least pasni da bleh jawab " sy ikut apa yang rasulullah buat..8+3 je :)

ishk..kalo chii pun akan blah gak..drpd elok2 niat nak dgr tazkirah..tp x pasl2 ada unsur2 politik plak

نورعيم said...

boleh je nak tampo laju2 kalau ade yg perli buat 8+3 tu. buat yg mane termampu. kalau buat 20+3 tu dgn niat nak menunjuk baik xpyh buat.

buat sbb ikhlas.

part yg tazkirah adun tu kalau sy tempat awk pun buat tindakan sama. bosan kot dlm masjid buat mcm tu.

apa pun selamat berpuasa awk. semoga ramadhan tahun ni k=lbh baik dt tahun2 lepas. be a better person insyaAllah :)

najwa nano said...

salam ramadhan kr..
rindu kau..hihihi:)

saljihitam said...

nom nom nommm

aizamia3 said...

amik kesempatan namanya tu..

vendoline said...

aku kalau dengar je bab politik terus..arghhh malas

Zubaidah said...

bagus r pi masjid, at least ko ada usaha kan?????serious, x suke ceramaha. ntah pape adun tu, nyampah kot lo ada isu2 politik kat masjid. cam x hormat ada gak

Payeh Kuced said...

ape pulak campur politik bagai.. aku tak suka betol kalo tazkirah ke ceramah ke hape semua tu nak kena selit unsur politik ... haihh !

adan said...

tajuk takwa tu just bunga2 je bro.. hihihi....

isi semua pasal isu semasa la konon.. hahaha..walhal taktik politik..

Liyaa Mf said...

Aku pun nak mengaku ikhlas. Kalau ceramah agama ni aku leh dengar yg singkat2 je r. If panjang sgt, mesti nanti hilang fokus :P

Psl terawih tu, pd aku tak patut org yg kata bek takyah wat if 8 je. Apa yg penting kan niat kita samaada ikhlas ke tak. & yg menerima ibadat kita tu pun dah tentu cuma Allah je. So, tak perlu nak ckp camtu kut. Buat r ikut kemampuan & keikhlasan rasanya.

Taqwa cite psl politik? Susah r org yg berjiwa politik ni. Kdg/certain of them lebih taksub pd politik drpd agama. So, kau tak perlu rasa bersalah if kau rasa buang masa tu. Kalau aku pun, akan rasa benda yg sama. Haha!

ElementOfLife © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates